sangat risau.

~salam coretan ukhuwah~





2 minggu ini.sangat pening.sangat memerah keringat.


namun telah berakhirnya peperikasaan akhir tahun 2008.satu stesen persinggahan yang berjaya mahupun tidak berjaya.dilalui dengan penuh ketidak terkataan.






aku pelik.sejak beberapa minggu ini.aku bertindak pelik dari luar kebiasaan norma-norma seharian hidup aku.lalai barangkali dalam melakukan segala kerja dan apa pun.tidak begitu fokus dan ingat kepada Allah.dikaburi nikmat dunia zahir.mungkin tiada pengisian atau suntikan rohani sejak kebelakangan menyebabkan perkara sebegini. atau mungkin masih terdapat sisa-sisa jahiliyah virus yang merebak ke seluruh alam batin aku?futur?sila rujuk http://thetalkingpen.blogspot.com untuk pengetahuan lanjut tentang apa itu jahiliyah





beberapa hari yang lepas.dengan tidak tersengaja aku menonton filem menarik di HBO.Harry Potter and The Order of Phoenix.satu babak yang menarik hendak dikongsikan kepada semua.ketika itu Harry Potter mengalami keadaan lemah sangat dan futur.Bapa angkatnya Sirius Black menasihatinya dengan kata-kata beliau(remix version):-


"Dunia ini tidak hanya diduduki oleh Death Eaters mahupun sebaliknya.

Sama juga dengan diri kita.terdapat unsur kebaikan dan juga kejahatan.Kamu

hanya perlu memilih antara kedua jalan"



itulah dia hakikat diri yang sentiasa dikerumuni masyarakat bercampur-campur.ada yang jahil dan ada yang masih mengamalkan islam yang syumul.bisikan-bisikan tidak akan tidak sentiasa oleh syaitan kepada kita untuk membawa kita ke arah kehinaan.akan ditanam benih2 virus futur dalam setiap diri yang mahukan kemuliaan islam


firman Allah s.w.t :


'Maka Dia telah mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya.

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu)

dan sungguh rugi bagi yang mengotorinya'


(surah As-Syams ayat 8-10)


sekadar perkongsian






mengapa jadi begitu

~salam coretan ukhuwah~

tarikh itu tarikh yang menarik.
hari itu hari yang meriah.ceria.dalam lautan ukhuwah.bersama-sama ikhwah.
ziarah menziarahi.open house sana dan open house sini.terbaik daiiii............

Ahad 19 Oktober 2008

pada pagi yang enak.huhu.
telah diadakan jamuan raya ISMA kawasan Shah Alam Klang
dikira-kira,ditambah-tambah dan ditolak-tolak.
yang menziarah bilangannya amat menakjubkan.200 orang ke atas.
bermula dengan sesi kata-kata aluan daripada YDP ISMA Shah Alam Klang Dr Amin.
sangat terharu.walaupun tak terharu.
kemudian diikuti dengan sedikit mau'izah dan tazkirah daripada ust Rusydi Alias.hebat kata-katanya.tidak mahu *dikongsi*.4 orang sahabat dari institusi assyakirin juga hadir pada majlis gilang gemilang itu.terima kasih semua.

mendapat makanan.lalu dimakan.sangat lapar.menunggu hampir 1 jam setengah untuk makanan disiapkan.satu pengalaman.

berita terbaru telah tiba di telinga saya.
seorang akh bernama Yamin telah mengalami penyakit mednjsdTIS.tidak pasti apa penyakit itu.tp yang pastinya ia berakhir dengan suku kata 'tis'.otaknye telah dijangkiti virus berbahaya.akibat pencemaran alam sekitar.akibatnya sangat dasyat.ingatannya terhadap semua perkara.0 peratus.saya dengan beberapa sahabat bergegas ke Pantai Medical Centre utk melawat beliau.alhamdullilah semakin pulih and will be fully recovered in a few weeks time.inshallah.

isi penting tulisan ini baru saja hendak bermula

semasa berada dalam perjalanan ke hospital di dalam bas.saya berdiri di depan skrin kaca asiamedia.net.satu benda yang menarik saya dapat semasa menonton skrin kaca yang dikhaskan untuk pengiklanan.apa-apa jenis pengiklanan.satu iklan menarik yang saya usha.
dalam bentuk animasi 3D.terdapat tiga watak.berlatakarkan pemandangan alam semulajadi.di sebuah taman.watak pertama saya gelarkan ia sebagai BIRU kerana seluruh kulitnya yang biru.ia hendak bermain jongkat jongket akan tetapi malangnya tiada orang yang hendak bermain dengannya.

tiba-tiba.muncul 2 watak baru.COKLAT dan MERAH.mereka datang kepada BIRU dan berpura-pura mahu bermain dengan si BIRU.COKLAT & MERAH menaiki permainan tersebut di segenap kawasan permainan.apabila BIRU sudah terangkat.mereka melepaskan diri daripada permainan tersebut dan BIRU pun terjatuh.sangat jahat.

sedih si BIRU.apabila dia mendapat tahu kedua-dua kawannya itu dalam hati mereka hipokrit semata-mata.pasrah.kemudian BIRU lari ke tempat gelongsor untuk menikmatinya pula.sekali lagi COKLAT dan MERAH menggerakkan aksi.mereka berebut-rebut untuk meluncur gelongsor.padahal si BIRU telah sampai dahulu daripada mereka.lalu si BIRU pasrah kembali.

kisah menarik ini hendaklah dikiaskan kepada kita dalam kehidupan seharian kita.
di mana semuanya berpusing-pusing sekitar kalimah 'ukhuwah'.dalam kehidupan seharian.tidak dinafikan kita mampu memperoleh kawan yang ramai.100 orang?200?202.5 kwn?10000 kwn?penting sebenarnya kawan ini.merekalah lingkaran bulatan pelindung kita.satu payung untuk kita berada bawahnya.yang akan menasihati kita dikala kita tersilap dan dinasihati dikala mereka membuat kesilapan

tetapi persoalannya.seramai manakah kawan kita yang sanggup berada bersama kita?dikala senang,mewah ataupun dikala kita ditimpa kesusahan.BERAPA RAMAI?amatlah sedikit sekali kecuali mereka yang benar-benar faham akan apa itu ukhuwah.apa kepentingannya terhadap pembangunan islam yang mulia ini.jangan dibincangkan pasal politik.jikalau ukhuwah tidak terjaga terhadap sesama kawan.

sekadar perkongsian
[gambar akan diupload apabila ada kesempatan]


*lupa

sempena minggu keperitan

~salam coretan ukhuwah~








sudah lama tidak menulis rasanya.rasanya begitulah.begitu sibuk dengan kerja-kerja yang sepatutnya disibukan oleh seseorang penuntut.penuntut yang menuntut apa?keadilan?kebebasan?demokrasi?betul semua itu..tidak ada yang salah.macam-macam pendapat.satu rahmah.menuntut ILMU





selepas berakhir sudah epilog Sijil Menengah Agama yang baru-baru diadakan.kini detik perit yang akan muncul kembali.kemunculannya diiringi dengan jalan yang lebih sukar.lebih berduri.lebih beracun.lebih extreme. diadakan pada hari Selasa bertarikh 21 Oktober PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.




jalan ini juga akan menguji segala ketahanan diri yang dibentuk daripada beberapa siri episod kehidupan yang begitu menguatkan resistance terhadap perkara-perkara seperti malas dan futur.ujian ini juga akan melibatkan beberapa aspek yang penting dalam diri seperti ketahanan fizikal.mental.intelektual.mahupun rohani.









guru beraliran sekular selalu mengingatkan kepada saya.berbunyi begini.









"Kamu mesti belajar rajin-rajin,pass exam.So bila dah besar pelajar-pelajar boleh ada kereta BMW.mercedes.rumah banglo.pelajar semua tak nak ke??",berkata seorang guru dengan penuh semangat.masih berkeliaran di segenap wilayah kepala.luaran dan dalaman.









bukan hendak bercakap besar.jika saya begitu.tolong nasihatkan saya serta menasihatkan antara sama kita.









inilah aqidah yang selalunya kita anuti.selepas sahaja berhala Latta dan Uzza diruntuhkan.berhala 'ini' yang dibangkitkan di dalam setiap diri manusia sekarang.berhala dinar.itulah ideologi atau fahaman atau aqidah yang cuba diserapkan dan disemaikan ke dalam diri individu muslim.seni dakyah yang halus daripada musuh mungkin.sila rujuk http://myrespons.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut tentang 'seni dakwah'.






akal kita ada.dari segi logikanya.






ada apa dengan banglo besar.melainkan konkrit binaan yang cuma lebih cantik,besar dan elegan dari rumah teres biasa.tiada lebih daripada itu.biasa sahaja.







ada apa dengan berbangga dengan kereta-kereta mewah.jika setiap orang empatikan diri masing-masing.bayangkan anda adalah Sheikh Muzafar angkasawan yang tidak begitu terkenal.menaiki roket.sampai di angkasa.kita akan dapati bahawa benda-benda itu tidak lain seperti kuman atau pun seperti bacteria yang ada di dalam sebuah botol susu Yakult[tiada melamine].





sempena minggu keperitan yang akan dilalui.





bermacam-macam usaha sudah dilakukan untuk mencapai kejayaan exam final yg akan datang.namun masih belum cukup.masih main-main dalam kelas.masih tidur berdengkur semasa guru membiaskan ilmu kepada saya.penyakit dalaman katakan.satu tips kepada penuntut.lepas melakukan proses usaha.jgn lupa untuk bertawakal kepada allah setelah dikerah gila-gila usaha.sampai bengkak mata menelaah tulisan-tulisan karya-karya sejarah mahupun prinsip perakaunan.kita ini siapa.seperti dikatakan td.seperti bacteria.malah lebih micro.super micro.tidak berdaya.tidak punya kuasa.KECIL NYA KITA





tetapi jangan lupa ya.





"Sesiapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakan"




sekadar perkongsian.tidak lebih tidak kurang

mencuba nasib futsal

~salam coretan ukhuwah~




beberapa hari lepas.saya dijemput oleh sepupu saya untuk bermain futsal dengan nya dengan penuntut-penuntut taylor's college di arena sport planet bersebelahan dengan Sunway Pyramid mahupun Sunway Lagoon.futsal taylors diadakan pada setiap hari isnin,rabu dan khamis.bermula dari 4,30 petang hingga 6 petang.



sampai ke lokasi.dikenalkan kepada beberapa penuntut taylors.



"Hai,im Faruq,im Kumar,im Harith...dan sebagainya",mereka memperkenalkan diri.introduction nyer sangatlah friendly penuh dengat benih-benih kemesraan.

tidak lupa juga kepada penuntut melayu yang ada disana.bro rasydan dan abg kecik berkepala botak.lupa nama nya.semua nyer friendly benar.

dalam setiap perkara yang dilakukan.tidak boleh tidak mesti berpandukan kepada matlamat yang ingin dicapai.bagi saya.matlamat yang ingin dicapai ketika berfutsal dengan mereka ialah untuk mencapai mardahatillah.kemudian untuk belajar berspeaking english.kerana kebanyakan daripada mereka merupakan anak kepada golongan elit negara.ada yang anak kepada datuk dan sebagainya.faham-faham sendiri.dan terakhir sekali untuk observe keadaan muda mudi zaman kini.penuh pancaroba.tension sikit mula lah untuk menghisap rokok.diberi kebebasan sedikit.mula lah dilakukan aksi-aksi kurang menarik dengan jantina yang lawan jenis.

"are u going tonite alief or what?",kata kawannya dengan nada yang hmm..
"yeah baby.lets party n disco tonite"berkata alief dengan berkobar-kobar jiwa.
clubbing dan disco sudah menjadi sebati dengan diri mereka.Coco Bana menjadi teman hidup mereka.Tidak lupa juga Modesto.club-club ternama di lembah klang.cuma dang dut sahaja yang tidak menjadi pilihan.entah kenapa.bagi mereka hidup ini hanya untuk dienjoy semata-mata tanpa difikirkan balasan akibat perbuatan-perbuatan tersebut.

sambung lagi.
terus sahaja ke babak perlawanan futsal
babak yang paling tegang
semasa perlawanan.perkataan **** tidak bole tidak juga mesti digunakan oleh mereke
kerana apa.nafsu marah yang menjiwai diri mereka.seperti yang pernah ditulis oleh senior saya.adakah kita ini thermometer atau thermostat.yang hanyut atau yg control?sila rujuk http://warnahitamputih.blogspot.com untuk penerangan lanjut.mereka terpengaruh dengan kawan sekelas mahupun serumah lalu disebatikan perkataan-perkataan tersebut dalam jiwa lantas keluar lah perkataan yang kurang lazat untuk didengari.hilang mood untuk bermain bola.tapi apakan daya ini saja medium bagi saya untuk bermain bola secara ramai-ramai di hari sekolah.demi mencapai 'qawiyul jism'.

tulisan ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mereka.tetapi sebagai iktibar kepada kita untuk berhati-hati dengan jerat-jerat seperti ini.agar kita bersedia untuk menghadapi cabaran di luar yang genting penuh gangguan dan godaan.terutamanya yang duduk di 'asrama'.bersedialah.sama-sama kita persiapkan diri dengan secukup-cukup tarbiyah dan ilmu untuk meredah apa yang akan kita hadapi nanti.
sekadar perkongsian

raya yang lepas.pelik

~salam coretan ukhuwah~







saya merasakan masih sempat lagi untuk menceritakan hikayat hari raya yang lepas.



perjalanannya panjang.tapi 'pendek' cerita akan diberi.haha







tiba di Batu Pahat.aku nampak kilang Munchy's.menandakan aku sudah berada di bumi 'noh gadut'.terkelip2 mata.baru bangun tidur katakan.sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Johor.tidak boleh tidak.mesti kene tidur.mustahil kalau insan yang bernama Mohd Danial Mohd Asri untuk berjaga sepanjang perjalanan.







Tiba di rumah Mak Cik.sudah tentu isteri kepada pakcik saya.Pak Nana.Datuk Bandar Batu Pahat.lebih dikenali sebagai Elvis Presley Batu Pahat.kerana minatnya terhadap Elvis seakan-akan taksub dengan nya.besar rumahnya.memang betul-betul istana.tidak begitu cantik.tidak begitu buruk.




tambahan dengan apartment yang baru dibelinya di sebelah rumah.kami 4 keluarga dicampak sana sebagai tempat penginapan.selesa.alhamdullilah.




Gema takbir.beralun-alun.mendayu-dayu kedengaran dari bawah bukit.kerana apartment yang kami duduki terletak di atas bukit2.sayu kedengaran.teringat kembali kepada saudara-saudara yang telah pergi.meninggalkan kami menuju Tuhan.mari kita membaca surah Al-Fatihah dan menyedekahkannya kepada semuat umat Islam.Di Palestine,Morocco,Chechnya,Iraq dan lain-lain.




hilangkan duka buat sementara.sedang bercerita tentang raya.mana boleh sedih.kene la bergembira kan?




subuh yang sejuk.bunyi-bunyian yang pelik didengari.rupa-rupanya ayam berkokok.orang bandar kan.mana ada ayam di bandar.dalam mode yang sangat biasa.boleh la semangat.mandi sunat raya.solat subuh bersendirian.di suatu sudut.kerana semua sibuk menidurkan diri.dibuai mimpi.takut hendak dikejutkan.akibatnya nanti adalah buruk nanti.kena templek sekali.segan




forward 4X


-takbir


-solat raya










selepas sahaja menunaikan solat di Solok.kami pun beraya la.beraya sakan la.duit raya.malang sekali.harapan dipatahkan.apabila beraya.dapatlah sekeping 2 RM.takkan masa Ramadhan sahaja nak infaq banyak-banyak.masa Syawal ni pun kenelah jugak kan.satu peristiwa pelik berlaku semasa dalam proses beraya:-




-beri salam masuk rumah-

-salam tuan rumah lelaki-

    -memberi salam kepada tuan rumah perempuan-



seorang makcik.separuh umur.dia hulurkan tangan.gembira betul ni.awal-awal masuk nak bagi duit raya dah.hampa.rupa-rupanya dia nak salam.hah?betul.bersalaman.lain dengan kalimah memberi salam.cukup berbeza.teragak2.serious.terpaku 6 saat.kira lagi saat masa tu.terpaksa lah.demi menjaga hatinya.agaknya saya fobia akan raya.lagi-lagi pada tahun depan

[jemput-jemput lah ke rumah open house masing-masing]tiba..



dah banyak dah raya rumah orang nih.jadi kesudahannya?pulang ke bandar.ke rumah di bandar.Jadi,apa sebenarnya kesudahan perkongsian ini?tak bawa ke mana.malas nak cerita lagi.sebenarnya.semoga kita bertemu di Syawal pada tahun depan yang lebih baik.lebih aksi.lagi-lagi aksi yang 'pelik'

Jadi lah orang-orang yang cemerlang,gemilang,terbilang,pelik dan asing lagi diasingkan

*added value*

sekadar perkongsian

selesai sudah

~salam coretan ukhuwah~

alhamdullilah.penat.letih.ngantuk.mengekang mata.tempoh yang lama.semata-mata untuk SMA
tidak disangka sebenarnya.tafsir hadith yang kejam.tauhid fiqh yang byk ragam.dan sebagainya.apa pun pejam celik pejam.SMA sudah sampai ke plot peleraian.gembira tak gembira=syukur.Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada pihak SAMTAJ daripada guru hinggalah kepada pelajar kerana memberikan layanan baik kepada saya semasa menduduki peperiksaan SMA.Jazakumullah.

hari ini.hari yang dirasakan seperti hari kemenangan bagi kami.walaupun baru tamat peperiksaan SMA.belum tahu hasil peperiksaan.tidak tentu mumtaz mahupun jayyid jiddan.amat payah.

satu masa pada hari khamis pukul 3.22,saya berjalan-jalan di sekitar alam lain.alam maya.membuka mel.ada satu emel menarik yang hendak dikongsikan.mungkin ramai dah tahu.mungkin tidak.tapi apa-apa pun.moga menjadi satu ********.[isikan sendiri]

bunyinya begini

Nama, rupa dan hakikat

Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Satuperkara yg hanya ada nama maka ia tdk akan mendatangkan faedah ataukesan. Jika menyebut api, maka itu bukanlah api, tetapi percakapantentang api. Percakapan tentang api bukanlah api dan ianya tdk akanmendatangkan faedah walaupunkita bercakap tentang api berjuta kali.Jika kita lukiskan gambar api, maka itu juga bkn api, tetapi ituadalah rupa api. Rupa api tdk akan memberi kesan panas kepada kita. Ianya tdk akan mendatangkan kesan panas kpd sesiapapun yg menyentuhnya.Api yg kecil tetapi ianya adalah api,maka ia blh digunakanutk membakar kayu api dan seterusnya blh digunakan utk memasak makananatau memanaskan badan. Jika api itu api maka ia tentu meah menyala dania mesti panas. Jika ia hanyalah rupa api, maka ia tdk akan panas danianya tdk akan blh digunakan utk memasak makanan atau memanaskanbadan. Perkataan dan rupa tidak mendatangkan faedah sepertimanaperkataan dan rupa api. Kita mesti mendapatkan hakikat api. Kita mestimendapatkan api yg betul. Api yg betul mesti panas dan blh digunakanutk memasak makanan. Jika api itu tdk panas maka iu bknlah api.

Warna atau rupa gula adalah putih. Gula mempunyai rasa yg manis dan jika iadimaskkan ke dalam secawan the, maka teh itu akan menjadi manis. Jika`gula' itu mempunyai rupa spt gula tetapi ia tdk manis, maka sudahtentu ianya adalah bkn gula. Ia mungkin kaca atau garam.Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Agamajuga mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Nama dan rupa agama adalahmudah utk dilaksanakan, tetapi ianya tdk mempunyai kesan dan faedah ygtelah dijanjikan ole Allah SWT. Kita blh memberitahu semua manusiabahawa agama kiat adalah agama Islam dan nama kita adalah nama orangIslam, tetapi itu tdk bermakna bahawa kita mempunyai hakikat agamaIslam di dalam diri kita. Untuk menzahirkan rupa Islam kita blhmenukar pakaian kita kepada pakaian Islam. Kita blh melakukan srtamerta. Tidak perlu mengambil usaha yg lama untuk mengubah rupa kitakepada rupa Islam. Di dalam beberapa beberpa mingu kita blh mempunyaijanggut, berserban dan memakai jubah yg panjang. Kita akan kelihatanseperti seorang yg beragama. Pakaian kitaboleh mirip dgn pakaian Nabis.a.w. Apabila kita blh bercakap tentang agama , membaca Al-Quran dgnbaik dan blh berbahasa Arab, maka kita tentu akan kelihatan sepertiorg yg mempunyai agama yg sempurna.. jika org lain menyangka bahawakita mempunyai agama tetapi kita sendiri tidak beranggapan begitu makaitu adalah kurang bahaya. Apa yg lebih bahaya adalah apabila kitatelah menyangka bahawa diri kita telah mempunyai agama yg sempurna.

Apabila kita mempunyai perasaan seperti ini maka kita tidak akanberusaha lgi untuk membawa hakikat agama yg sebenarnya di dalam dirikita. Pakaian, serban dan janggut kita telah membuatkan kita menyangkabahawa kita telah ada agama. Pada hakikatnya kita baru mempunyai rupaagama tetapi agama yg sebenarnya belum masuk lagi ke dalam diri kita.Usaha yg menekankan kepada rupa agama dengan memberikan kepentingankepada pakaian, janggut, serta purdah tdk akan boleh bertahan lama.Apabila dilanda dengan dugaan atau ujian daripada Allah SWT segalarupa agama itu akan hilang dalam sekelip mata.. kita boleh menukarrupa kiat kepda rupa agama apabila kita mendengar ceramah agam ygbersemangat. Kita tidak boleh mendapat hakikat agama hanya denganmendengar ceramah agama. Ceramah agama yg bersemangat akan dapatmenimbulkan keinginan di dalam diri kita untuk mendapatkan agama.Untuk hakikat agama datang dalam diri kita, maka kita perlumelapanagkan masa, berkorban diri dan harta untuk membuat kerja agama.Untuk hakikat agama datang dalam kehidupan kita, kita perlu membuatkerja agama dengan cara betul dan dengan bersungguh-sungguh. Usahauntuk mendapatkan hakikat agama akan mengambil masa puluhan tahun.Hakikat agama tidak akan datang dengan tiba-tiba di dalam beberapahari. Hakikat agama akan datang perlahan-lahan. Sebelum hakikat agamadatang dalam kehidupan, kita perlu mendapatkan hakikat iman. Untukmendapatkan hakikat iman, sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah mengambilmasa membuat usaha mempertingkatkan iman selama lebih kurang tigabelas tahun. Setelah sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mendapat hakikat imanmaka barulah hakikat agam datang di dalam kehidupan mereka. Amalanagama yg pertama datang dalam kehidupan mereka adalah solah.Walaupun kita ingin membawa agama yang sempurna di dalamkehidupan kita tetapi kita telah lupa untuk berusaha mendapatkan asasagama iaitu hakikat iman atau hakikat kalimah Lailahaillallah. Usahayg kita buat pada masa ini hanyalah untuk meniupkan keinginan kepadaagama, menimbulkan kesedaran bahawa agama itu, penting dan menimbulkanfikir tentang pentingnya iman dan agama. Segala kuliah, forum, ceramahdan muzakarah yg kita adakan hanyalah untuk maksud ini. Selepas kuliahdan ceramah, keinginan dan semanagat kepada agama semakin bertambahtetapi oleh kerana `usaha' tidak dibuat dan masa tidak dilapangkanuntuk membuat usaha maka amalan agama hanya tinggal di dalam semangat,fikir, risau dan keinginan sahaja. Kesan dari ceramah dan kuliah agamayang bersemangat , kita akan mendapat rupa atau bentuk amalan agamatetapi bukan hakikat agama.Agama dikatakan mempunyai hakikat hanya apabila amalan agama itumendatangkan kesan dan faedah kepada yang mengamalkannnya.

Kesan ataufaedah dari amalan agama yang mempunyai hakikat atau `roh' sepertisolah ialah solahnya boleh menarik bantuan Allah SWT serta bolehmenyelesaikan semua masalah dunia dan akhirat. Solah yang mempunyaihakikat akan menyebabkan keinginan untuk melakukan maksiat berkurang.Apabila solah mempunyai hakikat maka ia dapat mencegah kita darimelakukan dosa dan maksiat. Apabila kita hanya mempunyai rupa danamalan agama, maka ianya tidak akan member faedah kepada kitasepertimana rupa api tidak akan member faedah kepada kita sehinggalahrupa api itu bertukar menjadi hakikat. Jikalah rupa amaln agama tidakboleh memberi faedah di dunia tentulah ianya tidak boleh mendatangkanfaedah di akhirat.Apakah faedah solah apabila solah itu ada hakikatnya? AllahSWT berfirman yg bermaksud:`Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solah. Sesungguhnya itu beratkecuali mereka yang kusyuk hatinya.' (Al – Baqarah:45)Allah SWT berfirman lagi yg bermaksud:`Sesungguhnya solah itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar' (Al-Ankabut: 45)Jika solah kita tidak boleh mendatangkan faedah sepertimana dijanjikanoleh Allah SWT, maka solah itu hanyalah rupa sahaja. Ia belummempunyai hakikatnya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan solah yangdikatakan solah oleh Allah SWT . Bersolah sahaja tidak mencukupi. Kita perlu mendapatkan hakikatnya, barulah solah itu memberi kesandanfaedah kepada kita di dunia dan akhirat.

Petikan dari buku "Enam perkara asas kecemerlangan diri" karangan DrNasoha.

jadi sesiapa yang rajin jemputlah ke open house rumah masing-masing.alang-alang jemputlah saya.huhu.seperti "alang-alang celuplah ke pekasam" bak kata seorang sahabat.tribute to ADLI