Ini Semuanya Satu Mimpi


Suatu malam yang indah,sunyi sepi.Bunyi cengkerik kedengaran tatkala Kamil sedang menikmati keindahan tidurnya di kala sang malam.Malam yang penuh bermakna.Beliau menempuh alam yang indah.Bersama penasihat-penasihat,sahabat-sahabat yang memberikan kepadanya satu nasihat dan taujihat yang bermakna.Kamil tidak berasa seram atau apa-apa bahkan Kamil rasa sungguh bertuah untuk melalui malam itu.


Entah agaknya,Kamil merasakan seolah-olah Tuhan masih mengasihinya sebagai satu justifikasi kepada nama-namaNya yang hebat iaitu Ar-Rahman serta Ar-Rahim .Dalam mimpi yang serba dipenuhi dengan cahaya dan keimanan,Kamil merasa dirinya seolah-olah semut yang kecil dan micro.Dia merasa sombong dan takabbur sebelum mendapat mimpi tersebut.Dia bernoda besar,merosak akhlak dengan perkara dunia dan keji.Kefasadannya tidak dapat diukur dengan pemberat mahupun sebatang pembaris.Tuhan sahaja yang tahu hatinya itu.Orang lain tidak tahu.Kamil dalam pada masa yang sama mengharapkan keampunan dari Tuhan seiring dengan namaNya yang indah yakni Al Ghafur.


Dua sahabat menghampirinya,Asyraf dan Bakar menanyakan khabar dan keadaan semasa Kamil dek keterikatan ukhuwah antara mereka yang padu lagi manis.Fajje Atan,mimpi tersebut dizoomkan ke babak nasihat dan tazkirah."Dalam kehidupan muslim, setiap perkara hendaklah berpijak kepada satu asas iaitu sederhana,kerana jika tidak,padahnya lebih parah dan teruk daripada yang disangka.Bersederhanalah dalam keislaman kita kerana ia merupakan jalan terbaik",Nasihat Asyraf dengan lembut kepada Kamil.Kamil hanyalah mampu tergamam sahaja dan tidak mampu berbuat apa kerana dia tahu bahawa ini semua adalah sekadar mimpi belaka.


Cahaya putih bersinat,secerah sinaran mana-mana tempat.Sangat cerah.Menghilangkan terus bayang-bayang Asyraf dan Bakar yang telah memberi Kamil satu semangat dan inspirasi dalam beragama.Kamil tersedar dari lamunan igauan kemanisan.Kamil terus mengucapkan Subhanallah

*tulisan ini boleh diintepretasi dalam pelbagai makna.ini cerita semua.ikut masing-masing.


The Mourn Of 2009

25 JUNE 2009


Di kala mengisi masa lenggang pada tengah hari.menjadi rutin saya untuk membelek-belek remote astro sambil menekan ke chanel-chanel kegemaran.saya tekan ke chanel ART.tiada apa yang menarik.Hanya video-video yang menjolok dan lawak-lawak arab yang mengjengkelkan(kerana tidak faham).Rutinnya juga,saya juga akan membelek-belek chanel berita tidak kira berita tempatan atau luar negara.Mulanya AWANI.berita tentang pemergian Mikaail Jackson.Sama juga dengan CNN dan Al Jazeera.Semuanya melaporkan tentang kematian beliau.


(1958-2009)

Saya ingat lagi beberapa minggu lepas,beliau hendak mengadakan konsert setelah sudah lama tidak mengeluarkan album terbaru.Album terakhir pada tahun 2000 tidak silap saya.Namun,apakan daya ajal sudah tiba.

Masih segar bugar juga dalam kepala,tentang kisah yang selalu diceritakan oleh mak kepada saya.Sewaktu emak saya menuntut sedikit ilmu di negeri Uncle Sam,dia sempat mengikuti konsert Michael Jackson di Texas.Dengan penonton yang amat ramai ketika itu,emak saya betul-betul menjadi peminat sejati Jackson ketika itu.Biasalah.Waktu remaja.


Akan tetapi,25 Jun menjadi saksi pemergian beliau.Perginya seorang Muslim yang pernah menggegarkan alam hiburan.Berkabungnya peminatnya yang berbillion di serata dunia.


Rolf Schmidt-Holtz, CEO, Sony Music Entertainment, said: "Michael Jackson's unsurpassed artistry and beloved music brought joy to every corner of the world. We join today with his millions of fans in expressing our profound sadness and we offer our deepest condolences to his family and loved ones. It was a true privilege for all of us in the Sony Music family to work with one of the most talented superstars in the history of music. We will miss him greatly."


Moga roh serta pemergiannya dirahmati Allah.Moga juga dengan kemasukkannya dalam Islam dapat menerbitkan satu harapan baru terhadap seruan kepada kebenaran khususnya di Amerika dan dunia secara amnya.Jikalau berkesempatan sila ke sini

Between Today and Yesterday

Memories Of KBAZ
Saturday,9th May 2009

the islamic youth

the zionist youth movement

present day,20th June 2009.nevertheless,the battle between haq wa batil will prevail


Dalam Ekspedisi,Spek Hitam Nama Diberi

The Arrivals

Setelah beberapa bulan melalui tahap-tahap dalam berblog,akhirnya terdetik di hati saya yang kecil ini untuk menulis asal usul dan sejarah blog ini.Mungkin kebanyakan daripada kamu ada yang dapat mengerti dan tidak mengerti.Namun ini amat bererti bagi saya.

Bagi saya dan dunia dakwah syumul ini,dunia berblogging ini menjadi satu tamparan hebat dalam menyampaikan Islam dengan lebih luas.Ia juga merupakan satu lonjakan dan tambahan momentum terhadap seruan kita kepada Islam yang lebih praktikal dan lebih mulia.Bagi sesetengah orang di mana-mana tempat sekalipun dispesifikkan bumi nusantara ini di Malaysia, Islam ini hanya satu praktis religion yang mana ia menjadi sebuah budaya culture,bukannya satu kemuliaan.

Pada pendapat lain,kemuliaan Islam pada kebanyakan Muslim di mana-mana adalah diukur dengan sebanyak mana dia beribadah dalam konteks ibadah yang khusus.Namun begitu,Islam lebih daripada itu.Islam itu satu cara hidup yang kesesuaiannya adalah pada tahap yang amat optimum untuk diguna pakai dalam gaya hidup masyarakat kita mahupun mana-mana masyarakat sekalipun tidak kira mereka berbangsa apa sekalipun.Ini terbukti apabila masyarakat non muslim dapat hidup aman dan selamat di bawah naungan kerajaan Islam.Sebagai contoh yang terdekat,cuba kita perhatikan komuniti Yahudi di Iran.Meskipun sifat hostile terhadap Israel adalah tinggi sehingga Ahmadinejad pernah mengeluarkan statement ingin melenyapkan Israel dari muka bumi,namun komuniti yahudi di Iran selesa untuk mengamalkan praktis religious masing-masing.

Disitulah kita dapat menggerakkan fikiran masing-masing,memerhati dan mentafsir.Adakah Islam itu sebagai sistem kemanusiaan yang hebat?Saya menjawab YA.Anda pula bagaimana?



'rakyat malaysia hidup dalam harmonis'




Sejarah Spek Hitam

1.si-kacamatahitam ini pada asalnya diinspirasikan oleh tulisan seorang sahabat satu usrah dalam blognya ketika di dunia Hira .Akan tetapi blognya sudah tiada kelihatan.Didelete agaknya.Saya begitu tergamam dan terilham apabila membaca konversasi beliau dengan senior kami iaitu Syed Isra dan beliau mencatitkannya dalam blog beliau dengan begitu detail.Namun saya tiadalah ingat akan statement-statement yang dikeluarkannya.Senior saya berbicara tentang bukakacamatahitam.Dalam memahami dunia yang penuh serba cabaran,serta ingin memahami Islam,nasihatnya,bukalah kaca mata hitam.Itu yang pertama


2.Dalam waktu yang berdekatan, saya telah mengunjungi satu bazaar uptown di Shah Alam di mana terdapat lambakan dan longgokan kedai yang menjual black eye glasses.Saya telah membeli satu.Walaupun tidak seoriginal Ray Ben yang terdapat di Jusco dan sebagainya,akan tetapi ia telah memberi saya satu ilham untuk menggunakan identiti spek hitam dalam dunia berblog.


3.semoga terhibur dan mendapat manfaat





sekadar gambar yang menghias

Sekitar Kebelakangan Ini



setahu saya dan semua.Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
kita lihat dan saksi aksi dan gelagat kematangan mereka.mereka ini yang kita pilih.ingat itu.saya tiada terlibat dengan politik.
sekadar perkongsian video.

Trip To Kamunting,Perak

Jikalau yang sudah biasa,Kamunting sinonim didengari sebagai tempat yang sensitif untuk diperkatakan.Ahli keluarga ditangkap(bukan untuk dibawa ke resort peranginan) sebaliknya ditahan tanpa satu sebab sekalipun.

saya masih beruntung kerana tidak pernah disumbat mana-mana tempat sekalipun.

Inilah Kamunting,Perak

didalam hati terdetik frasa "Katakan tidak kepada ISA???"
hati meraung kepelikan dan kelaparan.


ini antara fakta perjalanan/musafir kami

1.Perjalanan ke Kamunting ini memakan masa selama 3 jam setengah(dipandu abg asyraf) sementara perjalanan balik pula mengambil masa sebanyak 5 jam(versi abg kamarul)
Berada di walimah Bro Fairul hanyalah sejam masanya.tak terkata.

2.setiba sahaja di wedding tersebut.lauk pauk mauknya yang lazat.hendak sahaja ditambah tetapi terhalang akibat rasa malu tak bertempat dan keramaian orang yang hadir di wedding pada masa tersebut.rugi.

3.Saya dan abg kamarul paling kuat tidur di dalam kereta.Siap dijadikan packet-packet keropok Master Potatoes sebagai bantai.cuba bayangkan.

4.Harapan tinggi abg azizudin dan abg asyraf terhadap cendol perak hancur lebur.musnah.lega saya amatlah fuhh.takdelah nak kena belanja

5.abg kamarul tidak mengangkat handbrake lantas ketika membuka pintu dan tanpa disedari,kereta sedang berjalan.semua ketawa terbahak-bahak.senyum.

6.saya tidak membawa camera.

7.Tahniah kepada Muallim Fairul Nafazli dan isteri.'moga cemerlang'

Mid Term Holiday

rasanya sudah lama tidak menulis di sini dek kesibukan minggu cuti yang penuh diisi dengan pelbagai program-program yang kadang-kadang saya rasa bertuah untuk menyertainya.

saya harap pengalaman cuti saya yang saya akan kongsikan dapat sama-sama kita ambil manfaat dan diciplak serta diaplikasi dalam kehidupan masing-masing terutamanya kehidupan saya sendiri

minggu pertama.(bahkan sebelum minggu pertama)

kem anak soleh 5-minggu yang perit,yelah,ini kali pertama saya menguruskan sebuah program di sebuah masjid.sebagai pengurus lokasi kem anak soleh kali ini,macam-macam yang saya dapat yakni kritikan daripada Puan Sarinah dan lain-lain.KAS kali ini menampilkan fesi-fesi yang pelbagai background dari sekitar Shah Alam dan Klang.Bukan lepasan Hira sahaja yang boleh memimpin..



Bang2,jom la main game




Hazim(peserta paling nakal,ketuk ketangapi 20 kali)





sebenarnya ada banyak lagi

dek ketidaksenangan saya untuk menulis cerita-cerita selanjutnya disebabkan ketiadaan bahan dan sebagainya.Ending yang tragis agaknya(bagi post kali ini)

Seloka Kebangkitan Ummah?

mereka melawan arus qudus

mereka bercakap tentang macam-macam

para daie dizalimi para pemerintah

ini nasib rakyat senegerimu Pak Kaduk

Pak Kaduk,sanggupkah engkau menggadaikan sebuah 'kampung; demi 'satu ayam'


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.