Kami Bukan Rasis Melayu

Perjalanan kami ke UNITEN dari Akademi Ikatan Muslimin mengambil masa sebanyak 5 jam.Entah mengapa begitu lama masa yang diambil.Mungkin penyinggahan bas ke R&R yang banyak menyebabkan perjalanan tergendala seketika.Basnya juga tidaklah menarik seperti bas yang gah dan eksklusif seperti Plusliner atau sebagainya.Diberi nama Bas Carat.Saya tidak tahu apa itu Carat dan asal usulnya.Agaknya bahasa orang Penghok.Mungkin.


Cerita sebenar di sini,setelah beberapa penelitian dan musahabah,beberapa perkara yang dapat disimpulkan semasa konvensyen Al Banna yang berlangsung dengan gilang-gemilang tadi.Gemilang bukan kerana ramainya yang hadir ke program tersebut,gemilangnya kerana pada hakikat bahawa masih ada rakyat Malaysia yang mengdambakan satu pemikiran,satu ideologi,satu sistem yang syumul,bertindak sebagai nizom kehidupan.


Mungkin terdapat beberapa resolusi yang dikemukan setelah selesai konvensyen,akan tetapi saya ingin menenengahkan 2 aspek paling penting



1)Pembinaan Sahsiah Orang Melayu Muslim

Kita percaya agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam, berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa memimpin dan menerajui risalah Islam.

Di sini ISMA mencadangkan perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi. Berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.


2)Perpaduan Melayu

Antara penghalang besar kepada Melayu hari ini untuk menjadi satu bangsa yang terhormat dan memimpin ialah disebabkan oleh sikap kepartian yang melampau hingga mengakibatkan perpecahan. Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Anfal: 46).

Moga konvensyen ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan dimensi pemikiran ummat yang akan mendatang.Mungkin bukan kepada tempoh masa yang sekejap,tetapi menepati cara yang betul,pada asas yang kukuh.

Ha Ana Tza

Subhanallah,subhanallah,subhanallah(tengah dengar lagu Maher Zain)



Alhamdullilah,rafa' kepujian dan kesyukuran kepada Allah yang padanya tiada kesamaan dengan makhluk yang lain,Allah yang memberi kehijauan kepada dunia,akan tetapi hancur akibat tangan-tangan manusia.Subhanallah.




Ha Ana Tza!Inilah saya!

Wah,sudah lebih seminggu saya berada di bumi Ridzuan ini.Tidak ku sangka

Barangkali,mari kita bertaaruf sedikit


BIODATA DANIAL

Nama:Mohammad Danial bin Mohammad Asri

Asal:Subang Jaya, Selangor

Tempat Tinggal:Darul Nu'man,Sungai Rokam

Masjid Kegemaran:Masjid Jamek Sungai Rokam

Padang Kegemaran:Padang Bola Taman Sungai Rokam

Tempat Menuntut:Kolej Ikatan Muslimin




dan sebagainya...

Inilah saya!(terasa semangat ipoh,ho liao!)

Semangat baru membara di kala saya berada di sini.Saya berharap ia tidak hanya tinggal sebagai semangat pemuda.Malah lebih dari itu

Malang sekali,ini saja yang mampu ditulis karena kuliyah bakal bermula dalam masa setengah jam.Jadi terimalah sedikit sebanyak suwar-suwar nikon d300 yang mantap ini(kepunyaan asyraf)
















Darul Nu'man,
Kg Sungai Rokam,
Ipoh,Perak

Konvensyen Pemikiran Al Banna



Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT :UNITEN BANGI

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA


OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.


PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia


YURAN PENYERTAAN


Klasifikasi
Bayaran
Sasaran (orang)
Perseorangan
RM50
800
Wakil Organisasi
RM100
20
Suami dan Isteri
RM70
200
Pelajar
RM20
2000


TENTATIF PROGRAM


8.00 am – 8.40 am
Kehadiran peserta dan pendaftaran
8.40 am – 9.00 am
Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi
9:00am – 10:00am
Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
10:00am -10:20am
Rehat
10:20am -11:30am
Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias
11:30am- 11:40am
Tayangan Multimedia
11:40am -12:50pm
Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia”oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman
12:40pm – 2:00pm
Solat dan Makan Tengahari
2:00pm – 3:10pm
Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
3:10pm – 4:00pm
Ucapan Penggulungan dan Resolusi

4:00pm
Majlis bersurai