Arief oh Arief

Agaknya,betullah kata orang-orang lama,begitu berharganya sebuah masa.Masa itu emas lah,perak,jingga,oren dan sebagainya.Ada yang kata masa itu kehidupan,bak kata Al Banna Hasan.

(Dewan besar di Pusat Islam)


Ya.Betul.Mid Sem Break telah bermula,dan beberapa hari sudah berlalu.

Pada asalnya,saya hendak pergi ke Ipoh untuk beberapa hari,untuk menuntut sedikit ilmu-ilmu agama daripada tok-tok guru di sana.Di sana terdapat beberapa tok guru hebat seperti As-Sheikh Razmi yang asalnya dari Kelate,sekarang menetap di Tambun dan juga Sheikh Shahruzaman yang juga pakar dalam bidang Aqidah.


(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merasmikan penubuhan Dewan Huffaz)


Segala penelitian sudah dilakukan.Rancangan sudah siap sejak beberapa minggu sebelum cuti.Rancang,rancang.Rupa-rupanya,saya terlupa,tidak merujuk kepada penasihat saya di atas sana,bahawa dia juga telah merancang perjalanan hidup saya.Pada 3 bulan akan datang,cuti sem bagi sekolah adik saya juga telah bermula.3 Bulan cuti.Umpama cuti mahasiswa universiti.

Adik berumur 11 tahun,tidak pandai memasak Mee Sedap(keluaran WINGS) jikalau dia kelaparan.Tapi itu tidak mengapa,jikalau dia tidak reti memasak,biasanya parents akan memberi dia duit dan order pizza dan sebagainya.Natijahnya,saya boleh melihat dia semakin comel montel.


(Pengetua Darul Quran berucap,ada pengetua ye?)

Setelah beberapa hari cuti,rutin harian,sama.Internet.Buku.Bola.Itu saya.Adik saya,facebook,chatting dan xbox.Bukan hendak memalukan adik saya,hehe,tetapi sangat kelakar apabila melihat adik saya berfacebooking tanpa memakai baju.Itu selepas mandi.Hendak cerita bahawa kritikalnya seseorang boleh terjadi ketika waktu-waktu cuti sebegini

Harap-harap minggu dapat saya pergi ke Ipoh untuk bertalaqqi dengan Sheikh-sheikh tersebut.Ipoh,doakan kedatangan saya dengan selamat.

Darul Quran Bergegar Lagi

Darul Quran Bergegar lagi?Apa pulanya kali ini Danial?Ada Gimik lagi ke??

Saya menjawab dengan simple tapi mudah.(jangan terkeliru)



Danial:PERKEMAT,Perhimpunan Keprihatinan Terhadap Rakyat Gaza dan Insiden Serangan Israel terhadap konvoi kemanusiaan.

orang ramai:Kenapa Palestin??Tidakkah pelik,kita penat-penat berdemo untuk orang Palestina.Sedangkan kita ini kan orang Malaysia.Hairan-hairan.Yang suruh pergi Gaza tu buat apa?buat habis duit,buat penat je.Bodoh!

Danial:Ha'a ya,mengapa ya??pap..terlintas beberapa fikiran dan cebisan-cebisan sejarah.




Seperti yang mana kita tahu,baru-baru ini,dunia dikejutkan,dunia dicubit dengan secubit-cubitnya buat berulang kalinya.

1948:Nakbah Palestina

1967:Golan-Sinai,Sebahagian besar Palestina Ditawan

2008:The Big Massacre Of Gaza-bom fosforus-3000 syuhada'

2010:Kapal Mavi Marmara Diserang Komando Israel-Manusia tanpa senjata ditembak-Non Palestinian

banyak lagi insiden-insiden,Sabra Shatilla,Pembakaran Mimbar,Masjid Ibrahimi dan

sebagainya.Boleh la dicari sendiri di mana-mana rujukan.


Orang Ramai:So?
Ituhanyalah sejarah ringkas Palestina secara umum bermula sejak tertubuhnya negara tidak sah,pasti HARAM Israel.

Saya ingat lagi semasa sekolah rendah dulu,ingat tidak lagi,belajar pendidikan Islam,solat 5 waktu,kiblat pertama dan kedua semua tu?pelajaran Sirah dan sebagainya.Semuanya berkaitan.Saya tidak mahu memberi jawapan secara bulat-bulat,anda harus mencari,mencari dan terus mencari kunci kepada persoalan Palestina.

Masjid Al Aqsa kiblat pertama umat Islam
Al Aqsa tanah Isra' Mi'raj
Al Aqsa berada di Palestina
Palestina orang-orangnya ramai Muslim
Muslim??1Aqidah.Sama sahaja agama mereka dengan kita
Negara orang-orang tersebut dijajah colonial Israel dan didokong kuasa Barat.

"Sesiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan Umat Islam,maka mereka bukan daripada golongan umat islam"

info mutakhir dan paling shohih tentang keadaan Palestina boleh didapati di

http://infopalestina.com

Melayu ada,English ada,Perancis ada,jikalau hendak menesting meter power dalam Arabic,Bahasa Arab pun ada.

Konsert Demimu Al Aqsa

Satu lagi program tahunan daripada ISMA Seremban mempersembahkan





Al Aqsa,bukan masalah bangsa Palestina dan Arab sahaja.
Al Quds..masalah ummat manusia.
umat Al Quds,dipijak,diperlakukan..dijoplok.dihina.diseksa.
AL AQSA.....

Kata Ummu Syuhada':Al Aqsa lebih berharga daripada darah kami,Al Aqsa lebih berharga daripada anak-anak kami

Aina Jundul Muslimin??
Mesir:77,295,263
Morroco:20 000 000
Jordan:2,000 000
Syria:21,906,000
Indonesia:200 000 000
Malaysia:27 000 000

Ayuh,kita bangkitkan jiwa-jiwa al Quds dalam diri.

Ditujukan khas buat peminat seni dan pencinta pembebasan Al Quds...
Konsert Demimu Al Aqsa !

sila layari http://konsertalaqsa.wordpress.com untuk maklumat lanjut.