Sedikit Enlightment Minda Saya



Hadem
yang mulakan pertanyaan kepada saya setelah saya cakap tentang sesuatu kepada beliau.

Dia pelik,termenung.Mungkinkah selama ini beliau berada dalam skop.kotak pemikiran yang begitu sempit.Yang sana dipandang dengan prejudis.Yang sini dipandang bagai gajah memijak semut namun tiada mati jua.



Dia berfikir,bahawa mampukah sistem yang saya terangkan kepada beliau mampu membawa satu perubahan??Meskipun sedikit demi sedikit,panjang prosesnya,saya dengan yakin bercerita.kalau dalam buku Ustaz Fathi Yakan,dia tekankan sungguh "saya MESTI meyakini".Bila timbul faham dan yakin,tiada apa yang dapat menghalang.

Saya menerangkan kepada Hadem tentang sebuah movie.V for Vendetta.Saya memetik sebuah quote yang berlaku semasa adegan lakonan V dengan Mr Creedy dalam cerita V for Vendetta


"Beneath this mask there is more than flesh. Beneath this mask there is an idea, Mr. Creedy, and ideas are bulletproof"


Hadem bertanya,jalan ini,idea ini yang kau bawa?tiadaa duri mehnah??

Ya,mana2 idea yang kita yakini,dan fahami,tidak semua akan berpuas hati.Yes.Tidak semua orang kita boleh puaskan.Mungkin akan ada 'ragu' dengan sistem ini.Mungkin ada sahaja yang hanya ingin mengambil 'manfaat' semata-mata ketika sistem berjaya.Dan ada juga yang bakal memberikan sepenuh tentangan yang hebat kepada pendukung sistem ini.Taburan fitnah.Tomahan.,melobi orang atasan sama ada mereka dari golongan 'menteri' ke,'orang koporat' ke,'kerabat diraja' ke,mereka tetap berkeras tidak mengamalkan adab dalam berikhtilaf.Hilang ketawadhukan.Ustaz Amru Khalid juga mendefinisikan Tawaduk kepada 2 makna:

-Menerima kebenaran yang datangnya daru siapa saja(tidak kira dia junior atau senior ke,sama sahaja)

-Mampu menjalin interaksi dengan semua manusia(Bersikap lapang dada dengan kawan-kawan,malah berkasih sayang,baik pada mereka yang mulia mahupun yang dirasakannya 'hina'

kerana Rasullulah bersabda:


"Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia"



Namun kesudahannya,sebesar mana agenda kita,setinggi manakah hebat kita,kita bakal malah pasti bertemu dengan Rabb kita yang Satu


"Certainly there are those who are more responsible than others, and they will be held accountable"

dicatit nota ini di sekitar kawasan Lembah Klang

My Name is Ram

Fuh.Agaknya sudah lama juga saya tidak menulis ya.Iyalah,sejak berada dalam zon pasca persekolahan,aktiviti-aktiviti kampus belambak hari demi hari.Yela,kalau kita tidak beraktivisme muda-muda sebegini,bila lagi kan?

Baru-baru ini sahaja,IPT yang saya menuntutnya dalamnya,telah mengadakan Ekspo Konvesyen untuk graduan Diploma Tahfiz wal Qiraat serta Persijilan DQ-UIA.Tahniah kepada Syahir,Ahmad al Azim,Kak nabila and the geng,Afif and the geng-zulfadli,helmi,hisyam and sebagainya.

Sekitar Majlis Konvokesyen:-

special appearance by Dato Dr Masyitah Ibrahim


ibu-ibu yang sentiasa mendoakan utk graduan convo baru-baru ini.


Pengalaman yang menarik juga kepada beberapa pelajar Darul Quran.Sebab apa?Kami telah diberi peluang oleh pihak AJK Konvo Darul Quran untuk membuka satu booth Aman Palestin.Macam-macam perkara berlaku.Dari ketidakcukupan wang kecil sehinggalah bunting-bunting yang berselerak dek tiupan angin.Gambar.hmmm,nanti-nantilah saya uploadkan.

Selesai sudah konvo.Terkejut saya.Rupa-rupanya sudah dekat ya Ramadhan.Sms-sms ramadhan pun sudah mula memenuhi ruang-ruang GB e71 saya.Maaflah kalau saya tidak mereply..maklum sahaja tentang saya.Saya guna 8Pax.bukan Upax.

Akhir kalam,hendak menjadi Syaaban sebentar.Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar.Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah dan Keampunan.Mereka akan pulang selepas 20 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda.Dengan izin dan kehendakNya.

Ramadan Kareem Wallahu Akram

-Perkarangan Kompleks Apartment Sekitar Cheras-