There is Snow in Egypt,right???

Salam.

A.B.C(ais batu campur-ais batu campur dengan contaminated air) strucked Cairo.It's my first experience being hit by stones from the sky.hehe.Its a kind of messy just now actually,heading back from the Jumuah prayers at Muhammadi Mosque and all of a sudden,ABC launched its bombs.In another way,im wondering this day could be just another Sayyidul Ayyam,which often blesses the day with peace and tranquality in the innerself.Subhanallah.

Here are some facts about 'rain' in Egypt.Most of Egypt's rain falls in the winter months.Temperatures average between 13 °C and 21 °C within this time of period(random guess)

Through some reading in Wikipedia,is said that prior to the construction of the Aswan Dam, the Nile flooded annually (colloquially The Gift of the Nile) replenishing Egypt's soil. This gave the country consistent harvest throughout the years.

I recapture a verse from the Koran,Allah said in the threatfulning chapter of Surah Abasa:

Perish man! How ungrateful he is! Of what did Allah create him? Of a little germ. He created him and proportioned him. He makes his path smooth for him. He then causes him to die and puts him in his grave. He will surely bring him back to life when He pleases. But by no means has man fulfilled His bidding. Let man reflect on the food he eats: how We pour down the rain in torrents, and cleave the earth in fissures; how We bring forth the corn, the grapes, and the fresh vegetation, the olive and the palm, the dense tree'd gardens. the fruit-trees and the green pastures, for you and your cattle to delight in



Here are some few pictures..



Just a careful reminder,in case you have forgotten
-Baba Ali@Ummahfilms-

Sudah Lama tak Berkongsi

Ada idea,tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyalurkannya pada kamu.Heh.Mungkin sudah lama tidak menaip.Skill pun makin tumpul.Perlukan kepada sharpener kembali untuk menghiburkan kamu semua.

Apa-apa pun,saya harap saya masih sempat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah mahupun Selamat Tahun baru Masihi.


Oklah,saya cerita sedikit tentang perkembangan saya.Barangkali kamu ada yang hendak mengetahui,ada yang tidak mahu.Betul tak?Saya harap luahan saya seperti ini dapat menajamkan kembali sedikit demi sedikit penulisan saya.Harap-harapnya begitu.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdullilahi Rabbil Aalamiin,kerana diberi kesempatan dan peluang untuk menapakkan tapak saya di bumi kinanah Mesir,di mana sinilah diarahkan kepada Nabi Musa A.S untuk dibawa kaumnya berhijrah.Di sini juga bumi yang terdapat segala kebaikan dan keburukan.Negeri nabi Musa dan negeri Firaun.Negeri Amru Al Asr,Imam Syafie dan sebagainyaKenapa dinamakan Kinanah?Kinanah bermaksud panahan.Apabilah seseorang mendambakan sesuatu atau meniatkan sesuatu perkara,diriwayatkan akan diperkenankan.(telah kata seorang ust tu.cuma gelaran sahaja.wa makaru wa makarallah).

Selepas sahaja berhijrah keluar dari Darul QuranJAKIM dek ketidakselesaan dengan sesetengah perkara di sana,termasuklah dengan sistemnya,mahupun sesetengah pensyarahnya,mahupun biahnya yang barangkali tidak sesuai dengan jiwa saya,saya telah nekadkan diri untuk keluar dari kekelabutan ini.Saya kemudian mengambil peperiksaan STAM di Akademi Ikatan Muslimin dan kemudian terus terbang ke Mesir untuk membuat persediaan Bahasa Arab di ibu negara Mesir,Kaherah.

Apa beza membuat persediaan Bahasa Arab di Mesir dengan apa yang ada di Malaysia?

Pendapat saya ini,tidak semestinya betul.Mungkin anda(lepasan SPM n STAM yang ingin ke Timur tengah) ada pendapat tersendiri.Perbezaannya yang boleh saya kemukan di sini antaranya ialah:-

1)Pada manhajnya.

Di Mesir,terdapat banyak Pusat Bahasa Arab untuk Non Arabic Speakers.Dalam menyusun kurikulumnya,mereka menyusunnya dalam keadaan yang tersusun,mengikut mustawa demi mustawa yang mana asas yang 'empat' amatlah ditekan.Asas asas tersebut adalah Membaca,Menulis,Mendengar,Bercakap.Tiadalah guna jikalau seseorang itu,mahir dalam Grammar dan sebagainya jikalau tidak mahir pada 4 asas ini kerana pada dasarnya seseorang itu mempelajari Grammar adalah untuk memperbaiki 4 Asas ini.Jadi,bagaimana logikkah kita mahir dalam grammar tetapi tidak dalam 4 asas tadi.

2)Suasana@Biah

Bukan di sekolah-sekolah agama sahaja yang mempunyai biah.Heh.Itu kita cerita dalam konteks lain.Di sini,Bahasa dapat dikuasai lebih cepat daripada kita menguasainya di Malaysia.Di Mesir,kita bermain dengan teori dan praktikal.Realiti untuk survival kita di Mesir memerlukan pada penguasaan bahasa arab.Walaupun kita boleh bercakap dalam bahasa Inggeris mahupun Perancis,secara umumnya,pada kebanyakan masyarakat hanya bisa berbicara dalam bahasa arab.Di pasar,di kedai daging,di restoran,di jalanan,di stesen bus,stesen kereta api dan sebagainya memerlukan pada penguasaan bahasa.Atas faktor inilah,terjadinya satu desakan dan tolakan kepada sesiapa yang duduk di mesir untuk lebih cepat untuk menguasai Bahasa Arab.

Di dalam kelas,pelajar-pelajar juga terdiri daripada pelbagai negara seperti Russia,Turki,Nigeria,Kazakhtan,China,Korea dan sebagainya yang mana mereka kebanyakan tidak dapat berbahasa Inggeris(Jikalau yang tahu pun,mereka tidak mahu menggunakannya).Atas sebab ini jugalah,ia menjadi tolakan untuk masyi dalam percakapan Bahasa Arab.


Sangat banyak perkara yang mahu cerita tentang Mesir.Tetapi tidak mahulah cerita di sini semua.Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan gambaran jelas(saya rasa masih tidak dapat menggambarkan secara keseluruhan) boleh lah sertai program Islamic Middle East Program(ISMEP) yang bakal berlangsung 22 Januari 2011 ini.

Orang kata:

"Sesungguhnya Mesir ini tempat orang hendak cari kesusahan,bukan kesenangan.Pelik kan?"