Gimik Darul Quran,Beginilah Jadinya



Dunia semakin tenat

Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal



semasa program ToT KEFDA-PERKEMAT(tiada kena mengena dengan kisah gimik)


Tok Tok...bunyi pintu kedengaran.Jarang sekali orang datang berziarah ke bilik 114 kepunyaan Danial.Hendak kata ia kepunyaan Danial,tidak..Dia hanya menumpang,seorang pelajar yang meminjam bilik Kerajaan.Owh....Tarmidzi rupanya bertemankan seorang kawan yang ku tidak kenali.Barangkali dari Sem 3 juga."Assalamualaikum",mereka memberi salam dengan nada yang sederhana.Mereka datang ke bilik 114 berbekalkan hajat.Biasalah,manusia itu selalu selalunya akan berhajat kepada sesuatu.Mereka akan berhajat kepada katil untuk tidur.Mereka akan berhajat pada makanan untuk mengeyangkan perut lapar yang tiada pengakhiran.Akan tetapi semulia-mulia penghajatan itu pertama sekali kepada Rabb Ar Razzaq.Peringatan buat diriku.

Kembali kepada cerita.

Setelah mereka menunaikan hajat mereka,saudara sebilikku,Rafiq datang ke bilik dengan nada yang cemas.Dalam fikiran saya,mesti ada sesuatu yang berlaku.Dari segi kompleksiti kekerutan muka dia membuatkan saya terfikir.....Apa yang terjadi?Tiada soalan lain.Yang itu saya pasti.Dan saya hanya diam menunggu giliran beliau utk bercerita.

"Ada orang tengah gaduh dengan Raja Hanif",hebah beliau kepada saya dan rakan-rakan yang ada dalam bilik.Dia menceritakan Raja Hanif ditumbuk sehingga berdarah.Untuk pengetahuan,Raja Hanif merupakan Timbalan EXCO HEWA PERKEMAT DQ.Logikkah???Raja Hanif yang dihormati begitu sekali,diperlaku selaku rupa?Pada logik akalnya,tidak mungkin,tetapi mungkin ketika itu,saya tidak dapat membezakan mana yang logik dan mana yang unlogikal."Dan,pegangkan sekejap bag ni,dalam ni ada duit rm 4000,duit sem 3,duit jubah",pesan dia kepada saya.

Bagaikan gunung tercampak atas bahu dahu saya,terus diserahkan beg itu kepada saya.Niat saya,tolong pegang beg tersebut,sementara beliau dapat menyelesaikan kes sem 3 yang kononnya berada dalam situasi yang tegang seperti mana yang telah saya ceritakan di atas.Dia terus beredar ke Blok A.

Ketika itu,dalam bilik 114,bersama kawan rapat,Kheir Jauhari.Bersembang-sembang kopi.Kebetulan 2 atau 3 ketul kopi Radix ditelannya.Saya juga.

10 minit kemudian...

Lampu aras 3 tertutup.Gelap.Hitam.Bilik bagaikan,gelaplah senang cerita.Kadang kala cerita-cerita tidak perlu ditambah-tambahkan pun,cukup dengan cerita yang mudah serta bebas daripada unsur-unsur bidaah dan tokok tambah.Itu cara yang paling selamat.Selepas itu,Kheir mengajak saya untuk membetulkan suis.Saya membawa sekali beg tersebut.Helah mereka tidak menjadi buat kali pertama.

4 minit kemudian....

Pap!!Gelap lagi.hitam.dark.darkness.Kheir sekali lagi mengajak membetulkan suis.Kali ini beg berisi duit rm 4000 ditinggalkan.Diletakkan di celah-celah katil dengan harapan agar tiada orang nampak akan beg tersebut.Kami membetulkan suis kembali.2 minit masa yang diambil untuk menghidupkan kembali elektrik di aras tersebut.

Kembali ke bilik,pintu terbuka.Saya hairan,setahu saya sudah menutup pintu bilik semasa hendak keluar membetulkan suis.Masuk ke dalam bilik dengan niat untuk memegang beg hitam itu semula.

HILANG.....

Bagaimana boleh hilang???
Tidak sampai 2 minit saya dan Kheir keluar dari bilik.Satu persoalan yang tidak dapat dijawab dengan akal logik.Saya mula menggelabah dari segi rohani cuma berbekalkan modal senyuman yang tenang.Itu saya.Saya mulakan pencarian beg tersebut.Tiada sebarang petanda ataupun clue di mana beg tersebut.Saya mula mencari di bilik bilik lain.Saya pergi ke bilik Fathul,bilik Haq.Masih tiada kelihatan.Saya mula mendial nombor Rafiq untuk memaklumkan kepada beliau akan hal ini.Rasa bersalah itu,memuncak dalam diri dengan kadar yang amat.Setelah memaklumkan kepada beliau,beliau terus datang ke blok saya.

Setelah 1 jam pencarian,datang Azfar dengan Rahman

Allah sahaja tahu keadaan saya ketika itu.Rahman dan Azfar ketika itu tidak habis-habis memprovoke2 saya dengan kadar yang saya merasakan kadar itu,masih mampu ditanggung oleh saya."Relak Man,relak",Rafiq menenangkan Rahman yang dalam kemarahan.30 jam perkara ini berlangsung.

Pintu bilik terbuka,Syaibani datang.Pelik.Asal tiba beliau berada di sini.Syaibani juga merupakan salah seorang sahabat dan juga naqib saya di darul quran.Saya hanya mampu senyum dan tersengih-sengih di kala kesempitan idea untuk menyelesaikan masalah ini.Semua kawan-kawan Sem 3 berada dalam bilik untuk mencari solusi kepada masalah ini.Pintu terbuka lagi,dengan Umar membawa beg ke dalam bilik.Saya fikirkan itu beg kepunyaan orang lain.Kami masih dengan perbincangan.Ya Allah...kau sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.


"ALLAH SELAMATKAN KAMU 3X"

telah nyanyi mereka beramai-ramai secara tiba-tiba.
Saya hairan.


Arghh...tidak sangka...saya dipermainkan sebegini rupa.Saya diWakanabeb oleh mereka.Saya hampir pitam ketika mengetahui tentang wakanabeb tersebut.Maklumlah,sebelumnya adrenalin meningkat dengan kadar yang max.Rupa-rupanya,semua satu pembohongan.Tekanan jatuh secara mendadak.Argh..apa-apa pun,saya rasa amat terharu dengan cara sambutan yang dilakukan oleh kawan-kawan saya.Saya sendiri tidak perasan hari keesokkannya merupakan hari lahir saya.

Apa-apa pun,marilah kita berdoa kepada Tuhan supaya dikekalkan dan ditingkatkan ukhuwah ini.Ukhuwah yang bukan semata-mata pada bahagian teknikal,akan tetapi ukhuwah ini diharapkan dapat berkekalan sehingga hari sana.Ia dapat kekal hanya dengan AQIDAH dijadikan sebagai benchmark.Terima kasih semua.Terima kasih kepada para pelakon gimik Irsyad.



Satu,nama diberi

Salam Satu.

Bukan 1malaysia atau sebagainya,tetapi saya bercadang untuk menukar sedikit tune selera.Hopefully,tiada mana-mana pihak yang beranggapan salah terhadap saya tentang isu satu ini.Maklumlah,dengan isu apco dan sebagainya.

Pertama sekali,saya ingi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran terhadap Rabb saya yang telah mengurniakan pelbagai aneka nikmat.First of all,sudah semestinya nikmat iman dan islam yang menjadi semulia-mulia nikmat bagi saya.Cubalah bayangkan danial al asr seorang non muslim,pasti tiadanya danial al-asr,mungkin danny the time barangkali.

Kedua.barangkali pada hari keramat2 sebegini,orang akan mengucapkan dengan pelbagai ucapan.Antaranya tidak lain bukan,moga panjang umur.terima kasih semua pada yang mengucapkan,tetapi pada hakikatnya usia saya semakin berkurangan dan semakin dekat untuk menemui Tuhan.Selangkah demi selangkah.


Terima kasih juga kepada senior2 abang dan kakak yang begitu padat dan sarat memotivasikan diri ini,lebih-lebih lagi supaya diri ini terus berada dalam agenda T & D.

Tentang insiden wakanebeb oleh akhi syaibani,rafiq n kawan2,mungkin saya akan menulisnya dalam sebuah cerpen.Mungkin dengan ke ala alaan keFaisal Tehranian.

Sembang-Sembang Kopi Sebentar.

Salam Gagasan 1Malaysia

Alhamdullilah wa syukru ala ni'matillah

Sebenarnya,saya ini tiadalah sebarang idea untuk dipersembahkan pada tulisan kali ini.Maklumlah,baru-baru ini seakan-akan terputus dari dunia luar.Senang cerita macam inilah.Saya rasa macam tinggal di sebuah planet yang tertutup dengan tempurung.Surat khabar tiada,internet susah nak dapat.Tapi alhamdullilah,ada la juga radio kecil.Mudah dibawa ke mana-mana.

Setelah beberapa minggu saya sudah memulakan sesi pembelajaran di Kuala Kubu Bahru.Di sebuah maktab(saya gelarkan ia).Apa subjek-subjeknya,mesti pembaca tertanya-tanya kan?Betul tak???

Alhamdullilah,semasa awal-awal memasuki Darul Quran,berlaku penapisan dan penyaringan di mana mahasiswa-mahasiswa Darul Quran terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan course pilihan hati dan alhamdullilah saya telah mendapatnya.Syariah.

Terdapat beberapa subjek core di sini yang secara umumnye dipelajari oleh semua mahasiswa.

antaranya ialah:Nahu Sorof,Asas Qiraat,Komputer,Bahasa Arab,Fiqh 1,Tajwid

bagi Syariah pula:Pengantar Ilmu Syariah(senang cerita,ala-ala Usul Fiqh)

Tapi ini untuk semester 1 sahaja.semester satu lebih kepada pembelajaran secara umum.Mungkin.Mungkin rasanyalah(saya pun belum mengkaji detail2 dengan sedalamnya lagi),sem-sem yang akan datang akan lebih tertumpu kepada pengkhususan dalam syukbah masing-masing.Mungkin.

Owh terlupa.Di sini ada kelas hafalan quran.Hifz 1,Hifz 2. ^..^

Itu Cerita pertama.

Mungkin yang kedua ini lebih kepada .....(nak kata aduan,nmpk mcm sadis sangat,anda yang tentukan)

Saya teringin la juga untuk melihat kalau kedai di blok B rumah sewa saya itu menjual surat khabar.Utusan Malaysia and Berita Harian pun apa salahnya.Kalau Metro pun ok juga.Pemikiran ini perlu kepada pembacaan info semasa.Itu Kedua.

Mungkin post kali ini berbentuk sembang-sembang sahaja.Tengah mencari rentak yang sudah ditelan pasir jerlus,yang sudah lama ketinggalan.Ini Langkahku(Syaibani suka lagu ni)
Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores