Setelah lama menunggu Mozilla dibaiki,akhirnya back in action juga
^..^ Location-Sg Rokam,Ipoh
Betullah orang kata,kita belajar dari pengalaman orang,orang belajar dari pengalaman kita.Ada orang datang dari culture yang lain-lain.Macam contoh,kawan saya orang Ganu kahwin dengan orang Kuala Kangsa'.Rasanya ada perbezaan adat depa ni.Kalau dekat Terengganu,ada la style kahwin dia yang tertentu.Kalau orang Kuale tu,ada lah gaya dia.
Menjadi satu pengalaman yang amat menarik,pada cuti yang lepas,saya berkesempatan untuk menjadi Best Man kepada seorang sahabat yang melangsungkan walimahnya.Gilang gemilang awi.Dari checkpoint pertama,bilik pengantin.Seterusnya melalui halaman parking hotel,menaiki kereta menuju ke jeti Bot.Dalam bot,cameraman berlegar-legar mencari angle yang menarik.Tambah rancak lagi,ada kompang-komping menggegarkan Sungai Perak.Merdu.Syahdu.Ini kali pertama saya melalui keadaan seperti ini.Satu budaya Perak,yang saya tidak akan lupakan.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi pernah berkata: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
"Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam".
Tidak lama lagi,seperti kebiasaan setiap tahun,semua calon peperiksaan SPM akan berdebar untuk menerima “result” .Pada masa ini juga,ramai juga dikalangan Mahasiswa/siswi STAM mula untuk membuat keputusan,samada meneruskan pengajian di STAM @ bahagian professional yang lain.
suasana ini bulkanlah berlaku buat pertama kali,tetapi ia merupakan fenomena yang biasa setiap tahun.Sudah pastinya akan ada yang keluar & masuk setelah result spm diumumkan
Jadi,ingin saya membawa sedikit perkongsian yang mana kalau diambil perhatian dan iktibar,insyallah ada manfaatnya.
OBJEKTIF
1.menjelaskan halatuju tujuan mengambil STAM
2.muhasabah diri serta islah dan tajdid niat masing2
sengaja saya mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan persoalan ini kepada ikhwah dan akhawat sekalian.Bukan sebab apa,tetapi sebagai
peringatan bersama khususnya buat diri penulis dan umumnya buat diri pembaca.
APA ERTINYA SAYA MENYERTAI STAM???
cuba anda bertanya pada diri,apakah sebenarnya tujuan dan hakikat pembaca mengambil STAM>
1.kerana kawan? sbb dh lama bersama & berukhuwwah...so mcm best jika bersama...
2.kerana ibu-bapa..parents nk kita kd USTAZ/ULAMA'(so nak jaga hati mrk..)
3.sbb rasa mcm results SPM x skor sgt..anggap STAM sbg alternatif bg mrk yg x ble gi jauh dlm Akademik..
4.saje nak isi masa kosong...boring kt umah..at least kt c ni..feel happening....
KITA TERMASUK GOL. YG MANA? FIKIRKAN!! renung sejenak ....
Kawan-kawan
salah satu daripada muwassofat sbg seorang muslim yg ingin menyumbang kpd kebnagkitan islam / daie' bergerak ialah "WUDHUHUL GHAYAH"(Tujuan Yg Jelas)
emm...satu analogi mudah..dan inipun sering diperbincangkan oleh pakar motivasi.
"Jika anda mahu berjaya dlm Hidup..mestilah jelas tujuan hidup..:"
Hidup ini adalah percaturan perancangan.
"we Plan our own life...!!not others plan for us!"
Doktor pakar/Engineer/Buisness/Ulama' terkenal dan sebagainya
ok..berbalik pada persoalan STAM...sinonim dgn SYARIAH.
What? Syariah? abis la..kena jadi ustaz, sampaikan ceramah/forum sana sini dan kuliah di masjid..pakai jubah serban,,,
Quotes:
"Kau nak kasi anak bini ko makan ape nanti...gaji dok cukup2 makan..."
"x de kelas la..kalau jd ustaz,janggut lebat dan serban...."
"Kolot la ko ni..ko nanti tahu ilmu akhirat je,,ckp pasal akhirat je.."
begitulah tanggapan masyarakat terhadap SYARIAH,bahkan banyak lg.....ADAKAH TU HAKIKATNYA SEPERTIMANA D GAMBARKAN?sudah tentu x..kenapa? sebenarnya bidang syariah ini merupakan banyak cabang2 pekerjaan yg masih banyak yg perlu diisi oleh mereka2 yg faqih tentang agama dan syariat itu sendiri...
Straight Forward...
Ingin saya perkatakan kepada pembaca sekalian.Bidang syariah merupakan keutamaan amat penting bagi era kini.. bukan bermaksud bidang professional(doctor/engineer..) x penting,,TETAPI.,
Dari sudut pandangansaya bidang inilah yang harus diberi keutamaan...MENGAPA..?
1.realiti negara,dunia memaksa...banyak perkara dan hukum islami dan syarie telah diputarbelitkan oleh KAAFIRUUN.sehingga kita pening dan tenggelam dlm kejahilan.
terus terang penulis ckp,sepatutnya golongan2 cerdik pandai ini(SPM 20A1+.../kuat ingatan/kreatif/inovatif menceburi dan beri keutamaan dlm hal ini..Kita mahu melahiran dan mencetak generasi yang mampu menguasai ilmu2 syarie dengan seoptimum mungkin agar maruah diri,keluarga,masyarakat,agama dipelihara..
bukan sebaliknya,golongan yg lemah bermasalah,yg terpaksa menceburi bidang ini kerana x mempunyai alternatif lain...
kita mahu muncul kembali sinar yg telah hilang dari peradaban dunia dahulu..iaitu seperti IMAM AL-BUKHARI/AN-NASAIE...mereka mampu mengahafaz beribu2 hadis/membuat kitab2 sbg rujukan..dan wara' dan sebagainya...
2. Bidang professional SAHAJA x mencukupi dan x mampu mengembalikan kegemilangan islam....PARA ILMUAN ISLAM perlu dijana...
kita perlukan ramai lagi pakar2 mufassirin,ijtihad dan sebagainya.Wallahu'alam
Amaran:Penggunaan bahasa saya mungkin tidak seSelangor seperti dahulu kerana saya telah berpindah ke sebuah negeri Perak yang mana penggunaan bahasanya adalah lain sedikit daripada kebiasaan.Jangan terkejut.
Beberapa Muwosafat Al Perak:-
1.Sudah 1 bulan sepuluh hari saya berada di Perak.
2.Kehidupan di sini,tenang.Tiada trafik jam macam di Shah Alam dulu.
3.Medan Selera Sg Rokam.Fresh Orange nya.Cawannya sebesar cawan yang ada di Eropah.Maksud saya,agak besar.RM1.50.Tempat
4.Masjid Jamek Sg Rokam.Orang-orang yang mengimarahkannya.Agak ramai.Solat maghrib sahaja sudah memenuhi 5 barisan.Hebat bukan???cuma 80 peratusnya terdiri veteran-veteran Perang Dunia 2(mungkin)
5.UTP-Program-program menarik di sediakan di sini.17 Feb yang lalu.Sempat juga diketemukan dengan Ustaz Hasrizal dan Ustaz Habiburrahman.Talk mereka mungkin biasa,tapi isinya luar biasa.AMAN PALESTIN juga turun padang di UTP untuk mengadakan talk dan pameran berkisar Palestin.
6.Basikal-Kali terakhir saya menunggang sebuah basikal adalah pada tahun 2005.Tetapi alhamdullilah,ditakdirkan juga oleh Allah untuk kembali dalam arena berbasikal.Basikal menjadi teman ke kedai,kolej,dobi,kedai alat tulis,medan selera,padang.Sedikit fakta tentang basikal saya,basikal saya bukannya basikal yang mahal seperti SHIMANO ataupun LERUN.RM 130(Second Hand).Dilengkapi dengan tempat belakang dan bakul dihadapanya.Sesuai bagi mereka yang tidak gemar membawa beg berat yang mana kitab-kitab boleh diletakkan dalam bakul.
7.Jiran-jiran.Alhamdullilah.Jika di lembah kelang dahulu yang mana rumah saya terletak di sekitar kawasan USJ 12,kebanyakan daripada jiran saya tidak kenal.Mungkin Zouk kejiranan dan semangat rukun tetangga tidak semantap di sini.Di sini,jiran sangat mesra dan sporting.Bekas MB perak pun merupakan salah seorang jiran saya di sini.Sempatlah kami bermesra tempoh hari.
8.Rumah.Rumah saya intinya terdiri daripada kayu kayan,sedikit batu bata dan keluli mungkin.Jangan terkejut,jika saya katakan perkara ini.Rumah saya ada basement.Selama ini kita berbangga dengan basement rumah yang terdapat di USA,usah bangga lagi.Rumah ini kadang-kadang juga menjadi tempat persinggahan makhluk allah.Pernah juga berlaku beberapa insiden kacau-kacau terhadap diri saya.Sediki mulahazat,sebelum tidur,ayat kursi dan 3 Kul itu amat penting.Alhamdullilah,keadaan sudah kembali normal.
*maafkan saya orang perak jikalau saya masih belum menguasai bahasa perak dengan semantapnya