Menarik Bah Sabah..
Johore.My Story Part 2
Maklumlah,saya seorang yang tidak reti sangat menulis nulis ini.
Tapi tidak mengapa.Saya cuba dulu.
Sudah bulan november.Sekejap sahaja kan masa berlalu?
Tik Tok Tik Tok.
Mari kita rewind kembali apa yang sudah berlaku kepada saya?
Saya ada cerita kan?tentang pengalaman dan hari-hari saya di Johor Bahru.Saya tinggal di Jalan Mustafa bersebelahan dengan Bangunan Pegawai Kanan
Polis.Rumah banglow.Ada 5 orang dalam tempat itu.
1.Maahad Johor Jalan Gertak Merah
Setiap hari,saya akan pergi ke Maahad Johor untuk menimba sedikit sebanyak ilmu daripada pelajar-pelajar di sana.Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah yang terdapat di Johor.Tanya tentang bahasa arab di samping berkenalan dengan lebih mendalam dengan sahabat-sahabat disana.Menyelam sambil meneguk.Itu cara saya.Saya sangat berterima kasih kepada beberapa sahabat di sana yang memberi sokongan dan pembelajaran iaitu Izzudin dan Nazeem(Ketua Umum Maahad Johor).Mereka ini insyallah saya doakan supaya menjadi pendokong dakwah dan tarbiyah ketika sampai di Mesir nanti.
2.Sirah Muzikal.
Sepintas lalu, program ini menceritakan graf sirah bermula dari waktu Zaman Jahiliyah sehingga di zaman keagungan Islam ketika Empayar Umayyah, Abasiyah dan Uthmaniyah menguasai dunia ini. Kemudian, ditunjukkan detik gelap kejatuhan Khilafah pada tahun 1924.
Selang-selang dari pementasan teater, dipersembahkan nasyid oleh para munsyid-munsyid terkenal tanah air seperti Abg Nazry, Far East, dll.
Walaupun mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan dari segi teknikal dll, namun ia mampu diperbaiki dari masa ke masa. Apa yang baik, program ini dapat mencetus satu fenomena baru dalam usaha menggalakkan kita kembali mengkaji sejarah Umat Islam; bagaimana manhaj sebenar dakwah Rasulullah, bagaimana Umat Islam mampu mencapai kegemilangan dan memegang tampuk kepimpinan dunia ini, apa faktor yang menyebabkan Khilafah jatuh, bagaimana perkembangan Islam di Nusantara, dan banyak lagi. Saya kira itu lebih baik dari kita buat program besar-besaran, tapi tak mampu meninggalkan impak yang mendalam kepada semua yang terlibat dalam program tersebut.(Ammar Raji)
3.Cuti berakhir
saya terus mengambil sebuah peperiksaan di sebuah sekolah di Ipoh.Walaupun mendudukinya secara bidan terjun,saya berharap kepada Tuhan untuk memberikan keputusan yang baik dalamnya.Harap-harap,doa-doa.Ameen
Sebarang maklumat saya boleh diupdate melalui Kitabul Wujuh anda.Saya akan menulis satu facebook status update dalam masa terdekat.Insyallah.
Sudahkan Anda Diagendakan??
Apakah agenda kita wahai Bangsa ku
Apakah kita ini digunakan pihak tertentu untuk agenda mereka yang tertentu?
Sosialis?Hedonis?Humanist?Hak asasi manusia?dan banyak agenda-agenda lain,partai mahupun non partai yang lain.
Oleh itu,
Siapa kita?Apa visi kita?Apa yang kita perjuangkan?
Kita melaung sana sini tanpa mengetahui apa sebenarnya agenda yang sepatutnya.
Johore.My Story.Part 1
2.Bagi saya ceritakan sedikit tentang cuti kali ini.
Saya sudah sampai ke selatan.Johor Bahru.Ya.Tertimbul di hati saya untuk melakukan perjalanan solo merantau ke negeri orang.Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini untuk merasai pelbagai budaya dan adat yang rupa-rupanya banyak belum saya ketahui tentang kultur kita di Malaysia ini terutamanya tentang kultur di Selatan sana.
3.Kali pertama saya melabuhkan kaki di sana,saya diajak untuk ke rumah terbuka seorang kenalan kepada seorang kenalan saya di Tampoi.Saya agak kagum dengan adat dan tradisi seperti Marhaban yang masih terpaut di hati orang-orang Johor.Begitu hebatnya ulama-ulama nusantara terdahulu menyusun satu cara,satu sistem yang sesuai dengan jiwa-jiwa orang melayu untuk mendekatkan diri kepada tuhan dan nabi dengan pujian-pujian kepada Allah dan selawat terhadap Nabi Junjungan kita.Marhaban ini juga dilakukan secara berjemaah,dari rumah ke rumah yang mana dapat merapatkan lagi hubungan antara sesama masyarakat yang mana masyarakat kini kian diasak oleh asakan yang hebat arus globalisme dan nafsimisme.Itu pertama.
4.Sepanjang 3 minggu keberadaan saya di Johor Bahru,pembaca mesti tertanya-tanya,di manakah saya akan bermukim?kan??Jawapannya:-saya akan berchalet selama 3 minggu di rumah kawan-kawan doktor yang bekerja/belajar di Monash(Hospital Sultan Aminah,JB).Rumah banglow yang kedudukannya strategik,berhampiran dengan zoo negeri dan Masjid Sultan Abu Bakar, Pantai Lido,Danga Bay dan bandaraya itu sendiri menyebabkan saya merasakan cuti kali ini akan menjadi lebih bermakna.Terima kasih kepada Dr.Riduan Ali, Dr.Hairuladha,Dr Zulhilmi(lagi 3 bulan bakal Dr secara official),Dr Fitt..ri Ezwan dan Yazid Yahya(baru jumpa sejam) kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk saya di sebuah negeri yang kejohoran.
