sempena minggu keperitan

~salam coretan ukhuwah~








sudah lama tidak menulis rasanya.rasanya begitulah.begitu sibuk dengan kerja-kerja yang sepatutnya disibukan oleh seseorang penuntut.penuntut yang menuntut apa?keadilan?kebebasan?demokrasi?betul semua itu..tidak ada yang salah.macam-macam pendapat.satu rahmah.menuntut ILMU





selepas berakhir sudah epilog Sijil Menengah Agama yang baru-baru diadakan.kini detik perit yang akan muncul kembali.kemunculannya diiringi dengan jalan yang lebih sukar.lebih berduri.lebih beracun.lebih extreme. diadakan pada hari Selasa bertarikh 21 Oktober PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.




jalan ini juga akan menguji segala ketahanan diri yang dibentuk daripada beberapa siri episod kehidupan yang begitu menguatkan resistance terhadap perkara-perkara seperti malas dan futur.ujian ini juga akan melibatkan beberapa aspek yang penting dalam diri seperti ketahanan fizikal.mental.intelektual.mahupun rohani.









guru beraliran sekular selalu mengingatkan kepada saya.berbunyi begini.









"Kamu mesti belajar rajin-rajin,pass exam.So bila dah besar pelajar-pelajar boleh ada kereta BMW.mercedes.rumah banglo.pelajar semua tak nak ke??",berkata seorang guru dengan penuh semangat.masih berkeliaran di segenap wilayah kepala.luaran dan dalaman.









bukan hendak bercakap besar.jika saya begitu.tolong nasihatkan saya serta menasihatkan antara sama kita.









inilah aqidah yang selalunya kita anuti.selepas sahaja berhala Latta dan Uzza diruntuhkan.berhala 'ini' yang dibangkitkan di dalam setiap diri manusia sekarang.berhala dinar.itulah ideologi atau fahaman atau aqidah yang cuba diserapkan dan disemaikan ke dalam diri individu muslim.seni dakyah yang halus daripada musuh mungkin.sila rujuk http://myrespons.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut tentang 'seni dakwah'.






akal kita ada.dari segi logikanya.






ada apa dengan banglo besar.melainkan konkrit binaan yang cuma lebih cantik,besar dan elegan dari rumah teres biasa.tiada lebih daripada itu.biasa sahaja.







ada apa dengan berbangga dengan kereta-kereta mewah.jika setiap orang empatikan diri masing-masing.bayangkan anda adalah Sheikh Muzafar angkasawan yang tidak begitu terkenal.menaiki roket.sampai di angkasa.kita akan dapati bahawa benda-benda itu tidak lain seperti kuman atau pun seperti bacteria yang ada di dalam sebuah botol susu Yakult[tiada melamine].





sempena minggu keperitan yang akan dilalui.





bermacam-macam usaha sudah dilakukan untuk mencapai kejayaan exam final yg akan datang.namun masih belum cukup.masih main-main dalam kelas.masih tidur berdengkur semasa guru membiaskan ilmu kepada saya.penyakit dalaman katakan.satu tips kepada penuntut.lepas melakukan proses usaha.jgn lupa untuk bertawakal kepada allah setelah dikerah gila-gila usaha.sampai bengkak mata menelaah tulisan-tulisan karya-karya sejarah mahupun prinsip perakaunan.kita ini siapa.seperti dikatakan td.seperti bacteria.malah lebih micro.super micro.tidak berdaya.tidak punya kuasa.KECIL NYA KITA





tetapi jangan lupa ya.





"Sesiapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakan"




sekadar perkongsian.tidak lebih tidak kurang

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores