sebenarnya tiada apa-apa signifikansi pun dalam menaip entri ini.cuma ingin menunaikan tanggungjawab dalam mengingatkan bersama-sama dalam merealisasikan 'allahu ghayatuna' sebagai matlamat kita yang paling mulia inshallah.
sedikit perkongsian sebenarnya yang dikongsikan.ditujukan lebih-lebih lagi kepada penulis
ikhwah,
setiap manusia itu mempunyai kelemahan dalam bentuk yang tersendiri.tidak semua manusia mampu mencapai ke suatu maqam seperti Rasullulah.oleh itu,jamaah memainkan peranan.bergerak dari satu point yang sentrik.menggerakkan kerja secara jamaie
mengingatkan antara satu sama lain
setelah dikaji-kaji.setelah diperhati,dinilai..
berada dalam lingkungan tarbiyah adalah amat diperlukan.sebab itulah kita dimuliakan oleh Allah dari orang-orang yang tidak berada dalam lingkungan.bukan kerana rasa ujub dan riak.hanya rasa izzah dan i'lak semata-mata kerana pepatah seorang salafussoleh:
"kami dimuliakan oleh Islam"
tetapi ingat!
perlunya ada satu pemikiran yakni pemikiran yang tiada sempadan.biasanya digunakan terma 'open minded' atau 'think out of the box' atau sebagainya.mungkin masyarakat di luar sana tidak mendapat tarbiyah,tetapi apakah hak kita untuk merendah-rendah mereka seperti memandang serong kepada mereka.mengutuk-ngutuk mereka.hanya dengan alasan kita mempunyai added value dalam diri kita.mungkin mereka lebih baik daripada kita.mungkin dalam segi ketakwaan kerana orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang paling bertakwa bukan?mungkin mereka ada apa yang kita tiada,mungkin mereka tiada apa yang kita ada.
Allah pernah berbicara tentang perkara ini dalam firmanNya dalam surah Hujurat.
"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengolok-ngolokkan suatu kaum yang lain
kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang
mengolok-mengolok"-ayat ke 11 surah hujurat
koleksi yang baek.koreksi yang buruk.bersama-sama kita kikis sifat yang dinyatakan di atas
kerana semua itu tidak diperlukan.
sekadar perkongsian
No comments:
Post a Comment