Aviation or.........?


Hari ini saya agak pelik.


Semasa dalam dapur,memakan scrambled egg ditambah dengan cheese scallops,

mak saya mulakan pertanyaan.Dia bertanya kepada saya bahawa dia bercadang untuk memasukkan ke Aviation School selepas SPM di Bintulu.Tiada paksaan.Jika sudah graduate dari tempat itu,saya boleh terus bekerja sebagai domestic pilot.Pengajian mengambil hanya 1 setengah tahun dan starting salary sekurang-kurangnya RM 6000.Yuran untuk 2 tahun pengajian adalah sebanyak rm300000.Kebetulan pula institut aviasi tersebut dimiliki oleh kawan kepada mak saya.


Ceritanya di sini,mak saya amat mengharapkan saya agar menjadi orang yang berduit kerana tempoh yang shortcut.


Saya ini manusia juga kadang kala terpesona dengan cakap-cakap emak saya itu.

Bayangkan RM 6000 sebagai gaji,hanya selepas 1 tahun setengah belajar terbang.

Apa-apa pun,saya sudah ada ketetapan saya sendiri.Bukan tidak mahu menjadi orang yang berwang,tetapi kadang,kala(selalunya)orang yang berduit banyak itu tiada keberkatan padanya lantas menjadikan jiwa ini ditarik ketenangan daripadanya.
Mungkin ini akan saya jadikan priority nombor dua.kerana ia adalah harapan mak saya.
Apa-apa sekalipun,matlamat utama yang menjadi priority kerana matlamat utama inilah yang telah lama memandu saya untuk menjadi apa pada pada masa hadapan nanti



9 comments:

Anonymous said...

salam kacamata hitam..
em nk jd pilot??bidang tu mmg ok..my mom pn mcm ur mom jgk..seboleh-boleh nk anak boy dia jd pilot or doc..tp yg menariknya kt cni,nt my mom akn ckp,if nak balik sarawak,dah ada pilot and if mak skt,anak ada nk merawat..
cita2 mak ni bsr sgt sampai kdg2 kita xtau nk ikut ckp mak or ikut minat kita..huhu
tgk pd kos blajar pn sama lbh kurang pnjman ptptn nk amik degree..so,in the future,gj dlm rm6000,gji pensyarah yg ada master..hurm...ok gak tu..yg pntg nawaitu kita la..xslh pilih masa dpn yg baik dan merancang dgn baik..moga beroleh keberkatan..amin..

Anonymous said...

saya nk jadi guru/pensyarah senarnye.nk berjasa kepada masyarakat.

Anonymous said...

em sama la..sy pn nk jd pensyarah jgk..em xpe..awk bleh explore dlu bidang yg awk blaja nt..then u'll see what u want to be.. :)

thaaqhib said...

erm...

erm...

rupe2nye hidup x mudah yang disangka~

nak buat pilihan pun susah kan?~

dan percayalah..satu hari nanti..kita takkan jangka yang kita boleh jadi macam satu hari nanti tu..

once said to my fren "never tot that we gone this far~"

emir.abu.khalil said...

ada orang yang ambil kursus tertentu, belajar untuk beberapa tempoh tertentu, tetapi kemudiannya tidak bekerja sebagai ahli di bidangnya, malah dia mencapah lebih jauh... malah matlamat akhirnya juga jauh dari titik mulanya, dia lebih jelas....

iya, ibu berkata demikian kerana inginkan kita lebih bernasib baik dan tidak perlu menanggung beban hidup yang susah. namun di akhirnya, kitalah sendiri yang akan memudik hidup ini, pilihlah menjadi apa pun, andai ia tidak kenal pada fitrahnya maka dia akan meninggalkan kerjanya sekarang dan memilih yang paling dekat dengan jiwa dan fitrahnya...

salam dari kejauhan..

Anonymous said...

hmm..nak jadi aper yerk?? huhu

Anonymous said...

Lebih kurang sama cerita ni akhi! =)

Mak saya pun dulu suruh amik dalam bidang aviation. Tapi kat MIAT. Apapun, memang course ni demand. Tapi, it doesn't mean kita boleh hidup gembira dengan kekayaan itu.

Lagi tinggi kekayaan kita, lagi tinggi pengorbanan kita. Ia bersifat berkadar terus.

Pertimbangkan masa depan dahulu daripada pertimbangkan ekonomi. Lainlah kalau pulangan ekonomi tinggi, masa dengan keluarga banyak :)

Salam..

Anonymous said...

the road has been chosen.betul ke english saya ini.
jom
seminar lepasan SPM hari ahad
http://kemlepasanspm.blogspot.com

Anonymous said...

haha.
tak semua yg kita suka baik utk kita,
dan tak semua yg kita tak suka x baik utk kita,
HE KNOWS BETTER..

fikirkn~

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores