Wake Up Danial

Ingin diberitahu bahawa tulisan ini hanyalah sebagai satu medium untuk saya ceritakan kisah pengalaman hidup saya.

Cerita ini mengambil tempat pada 2 July 2009

Kemenangan telah berpihak kepada Tingkatan 4 yang mana mereka telah menang secara aggregate 3-0.Penyokong mereka menyamakan kekalahan kumpulan kami seperti Mesir yang kalah kepada USA baru-baru ini di Kejuaraan Piala Konfederasi.

Jujur saya katakan,malah memang sebenarnya dalam mana-mana hakikat kemanusiaan sekalipun,manusia itu akan sentiasa membuat kesilapan.Kerana mereka itu manusia.
Saya menegaskan di sini,saya amat kecewa dan geram akan empunya diri ini atas kekalahan yang menimpa team saya.

Pada kebiasaannya,saya ini jenis yang funky dan sempoi ketika bermain bolasepak.Malah boleh dikatakan tidak akan terpampang emosi stress serta riak wajah yang garang.
Akibat kelakuan saya tersebut,saya begitu tidak disenangi oleh orang lain dan mereka memaksa saya bermain dengan cara yang mana itu bukan cara saya.Saya ada cara yang tersendiri(tiada niat untuk berindividualism).Oleh itu,saya terpaksa bermain stress,tambahan pula dengan asakan bertubi-tubi oleh pihak lawan sehingga menyebabkan rusuk dan pinggang saya cedera,mana tidak naik anginnya.

Disitulah kekalahan sebenar saya barangkali.Dipaksa bermain dengan secara 'serious' lantas kadang kala terkikis sedikit demi sedikit iman di dalam dada.Saya cepat naik marah,dan selalu menjerit-jerit.Astaghfirullahalazim.Ini satu kekalahan yang mubin.Kekalahan jiwa dan fisikal.
Ya,Benar..saya juga buat silap.

Tetapi itu tidak bermakna seluruh team mengharapkan keajaiban daripada saya.Kerana kita bekerja dalam satu pasukan.Perlu kepada satu integrasi dan asimilasi antara ahli dalam kumpulan.Contoh,jika mengharapkan pada striker tetapi midfieldnya tidak berkongsi bola tambahan pula dengan bolos yang 3,mana tidak jatuh semangat dan moral saya.

Disamping itu,saya juga kecewa dengan beberapa ahli team yang suka menuding jari kepada orang lain.Menuduh tidak bekerja padahal bekerja.Ini satu contoh yang live saya hadapi ketika mempelajarinya dalam kelas semasa di sekolah lama dahulu tentang orang kafir menuduh antara satu sama lain semasa di akhirat nanti.Ironinya,perkara itu berlaku sesama team saya,malah saya pun menjadi mangsa.

Akhir,

Saya benar-benar Allah dapat memandu kembali jiwa ini ke arah yang betul dan baik kerana dengan islam dan iman lah,satu-satunya yang dapat memberi kemenangan.
Kerana setiap perkara itu mungkin TAKDIR PILIHAN TUHAN.


tack,tack Danial.Dah subuh ni..sedarlah

2 comments:

[ AlexumaR ] said...

semuanya bermula dengan kita . menjadikan diri kita sebagai contoh dan teladan .

supaya mereka tahu bahaya ini cara terbaik dalam apa jua .

apa tah lagi dalam isu kerjasama dalam pasukan atau kumpulan , atau popn main bola . huhu

tapi perlu difahami , apa yg mereka lakukan , mmg sukar untuk kita ubah , yg kita tahu kita tak suka .

tapi apa yg kita lakukan itu kita bisa ubah dan bentuk menjadi yg terbaik . dengan itu . dengan sifat mahmudah yg terterap dalam setiap perkara .

insyllah mmebuatkan perubhan pada team bola anda . huhuh

danialarief said...

hehe..terima kasih..

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores