Aksi-Aksi Ramadhan Saya

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna.Selangkah demi selangkah,setahun pun sudah berlalu.




Saya tahu dan saya begitu pasti lebih 80 peratus orang Islam di Malaysia ini pernah mendengar lirik lagu di atas.Mana tidaknya,bulan Ramadan sahaja,lagu ini penuh sesak memenuhi ruang udara radio-radio aliran utama dan kudus seperti Era,Hot mahupun IKIM.fm.

Jika direwind kembali,sudah beberapa siri ramadhan yang saya sudah lalui,mahupun anda.Setahun demi setahun.Year by year.Bulan ini,bulan Ramadhan.Pejam kelip pejam kelip,Ramadhan lagi.Haihh.Bukan saya hendak mengeluh,tetapi begitu cepatkan masa berlalu.

Saya tidak pasti,sudah baikkah Ramadhan saya sebelum-sebelum ini.Mari kita lihat.

Saya masih ingat lagi,detik-detik dahulu semasa mula-mula berkecimpung dalam bidang ramadhan.Semuanya bermula dari kecil-kecil dahulu.Antara tahun puasa yang 'menarik' ialah pada tahun:-

  • 2000-Membantu ajk masjid munwarah seksyen 27,basuh pinggan.Dipaksa.Masa itu kecil-kecil lagi.Hari terakhir sahur,dapat t-shirt ngan duit RM20(spatutnya RM 30,tetapi ada seorang kawan ambil.Oleh kerana dia lebih tua 3 kali ganda daripada saya ketika itu,saya tidak berani melawan)
  • 2001-Tidak tidur seminggu siang malam,main basikal tengah malam di sekitar kawasan seksyen 27 Shah Alam pada pukul 2 hingga 5 pagi,pergi 7 Eleven dan slurpy semestinya satu kewajipan ketika itu.
  • 2003-Teringat lagi masa ini,mak cik India belakang rumah(tak ingat nama dia,mungkin auntie Murugiah) membekalkan stok mercun yang montok.Mercun bom ada,mercun bola ada,thunderclap.Tiap-tiap hari,duit saku habis terbakar.Bukan main lagi baling mercun ketupat dalam porch rumah jiran-jiran.Nakal masa tu.
  • 2004-Semasa terawih,saya akan ke cyber cafe,berentap mendapatkan gelaran juara Counter Strike.Ketika itu,saya penembak yang handal.
  • 2005-hilan.lupa.ditelan
  • 2006-hilang.lupa.ditelan
Lupa ditelan zaman purba.Bagaimana dengan tahun




2009/1430 h?

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna.Selangkah demi selangkah,setahun pun sudah berlalu.


2 comments:

Haikal Zubir said...

hmm..
kullu sanah wa anta tayyib!!
moge Ramadhan di lalui..
mendapt.....
rahmat.
keampunan.
pelepasn api neraka...
dari Allah...

siapakah aku said...

insyaAllah..ramadhan tahun ini lbeh brmkna..chaiyok3x!!

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores