Into The Wild 2007

kehijauan alam,menyejukkan mata kuyu saya.


'God Bless You',barangkali itulah kalam yang akan dilafazkan guru Nasrani saya ketika murid sedang bersin.Pelikkan,sama sahaja maknanya dengan 'yarhamkallah'.Mungkin itu merupakan antara titik persamaan antara agama saya dan agama samawi yang kuno-kuno dahulu.

Tidak dinafikan,memang saya malu.Kadang kala,guru Nasrani saya itu lebih mempraktikkan sunnah nabi daripada saya praktikkan.Kerana dalam agama mereka juga mengajarkan begitu.Contoh ade hadith yang bercerita ttg jikalau kita mengutuk seseorang maka kutukan itu akan kembali kepada kita.Dan guru Nasrani saya itu sering memasakkan lagi hadith(dalam cara yang berbeza) setiap kali beliau masuk ke dalam kelas.



Beliau akan selalu berkata:-




'What goes around,comes around'


Beliau juga kadang kala memberi motivasi yang jarang sekali guru-guru di sekolah beri.Guru-guru di sekolah(kerajaan) selalunya hanya tahu mengcondemn semata-mata.



Beliau juga seperti tahu pemikiran dan hati saya lalu memberi taujih sesuai dengan nya:-


If you want people to love you,you should love yourself.God created us as his most superb masterpiece.Different from all kind of his creation.



Apabila saya terdengar kata-kata ini dari mulutnya,mungkin,dalam kepala saya,mungkin dia ini seorang ahli falsafah agaknya.Belajar di U.K.Energetic.Charismatic.Kalam-kalam motivasi beliau.Namun,teringat juga saya kepada satu kalam agung yang mentaukidkan lagi kata-kata guru saya di atas.-


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Banyak lagi contoh kata-kata yang saya malas hendak tuliskan.Cukup-cukuplah tu.

Akhir sekali,beliau juga menasihati saya agar melihat satu filem ini.Filem ini yang mungkin dapat memberi satu suntikan inspirasion kepada saya agar menjadikan hidup saya ini lebih ada harganya dan juga bermakna.Into The Wild(2007).Saya tidak berapa ingat nama pelakonnya tetapi saya sudah menontonnya.Sangat Best.


No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores