Sudahkan Anda Diagendakan??

Dengar,fikir,faham.

Apakah agenda kita wahai Bangsa ku

Apakah kita ini digunakan pihak tertentu untuk agenda mereka yang tertentu?

Sosialis?Hedonis?Humanist?Hak asasi manusia?dan banyak agenda-agenda lain,partai mahupun non partai yang lain.




Oleh itu,

Siapa kita?Apa visi kita?Apa yang kita perjuangkan?

Kita melaung sana sini tanpa mengetahui apa sebenarnya agenda yang sepatutnya.

Johore.My Story.Part 1


1.Tidak dinafikan,ada orang kata,cuti membunuh,cuti mematikan dan sebagainya.Ada orang menjawab kembali,semua itu bergantung pada diri sendiri,semua itu terletak pada diri sendiri.Pada cuti semester kali ini,ada yang juga mengambil iktibar daripada cuti hari raya baru-baru ini,tentang betapa pentingnya dimanfaatkan sebaik-baiknya masa.Masa itu emaslah,peraklah,kehidupan........



2.Bagi saya ceritakan sedikit tentang cuti kali ini.

Saya sudah sampai ke selatan.Johor Bahru.Ya.Tertimbul di hati saya untuk melakukan perjalanan solo merantau ke negeri orang.Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini untuk merasai pelbagai budaya dan adat yang rupa-rupanya banyak belum saya ketahui tentang kultur kita di Malaysia ini terutamanya tentang kultur di Selatan sana.





3.Kali pertama saya melabuhkan kaki di sana,saya diajak untuk ke rumah terbuka seorang kenalan kepada seorang kenalan saya di Tampoi.Saya agak kagum dengan adat dan tradisi seperti Marhaban yang masih terpaut di hati orang-orang Johor.Begitu hebatnya ulama-ulama nusantara terdahulu menyusun satu cara,satu sistem yang sesuai dengan jiwa-jiwa orang melayu untuk mendekatkan diri kepada tuhan dan nabi dengan pujian-pujian kepada Allah dan selawat terhadap Nabi Junjungan kita.Marhaban ini juga dilakukan secara berjemaah,dari rumah ke rumah yang mana dapat merapatkan lagi hubungan antara sesama masyarakat yang mana masyarakat kini kian diasak oleh asakan yang hebat arus globalisme dan nafsimisme.Itu pertama.

4.Sepanjang 3 minggu keberadaan saya di Johor Bahru,pembaca mesti tertanya-tanya,di manakah saya akan bermukim?kan??Jawapannya:-saya akan berchalet selama 3 minggu di rumah kawan-kawan doktor yang bekerja/belajar di Monash(Hospital Sultan Aminah,JB).Rumah banglow yang kedudukannya strategik,berhampiran dengan zoo negeri dan Masjid Sultan Abu Bakar, Pantai Lido,Danga Bay dan bandaraya itu sendiri menyebabkan saya merasakan cuti kali ini akan menjadi lebih bermakna.Terima kasih kepada Dr.Riduan Ali, Dr.Hairuladha,Dr Zulhilmi(lagi 3 bulan bakal Dr secara official),Dr Fitt..ri Ezwan dan Yazid Yahya(baru jumpa sejam) kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk saya di sebuah negeri yang kejohoran.
Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores