Chapter 9

dipetik dari http://thetalkingpen.blogspot.com


Tiga Hari Selepas Penempatan Semula Skuad Infantri Asadullah


Dewan menjadi gamit, sejam sebelumnya tentera-tentera Skuad Infantri Asadullah diarahkan berkumpul di dewan utama. Hari itu ialah detik penentuan siapa yang akan kekal di dalam misi perjuangan ummah tersebut dan siapa yang akan disingkir. Pegawai tentera yang sama memberi taklimat semasa hari pertama tentera Skuad Infantri Asadullah di situ menaiki pentas dan mengambil tempat di rostrum untuk memberi taklimat. Dia berdehem sedikit, kemudian diam. Memandang sepi hadirin yang memenuhi dewan utama tersebut. Serta-merta dewan menjadi sunyi sepi, cuma deru pendingin hawa yang kedengaran lembut-lembut mengelus.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Hadirin berdesas-desus menjawab salam yang diberi tadi, kemudian kembali senyap.

“Rijal ummat yang menjadi tunggak harapan deen Islam, ummat Islam seluruhnya tanpa mengira sempadan bangsa dan negara, juga pemikul amanah dan tanggungjawab Allah serta rasul-Nya. Tiga hari antum telah berada di sini dan seperti yang dijanjikan, siapa yang akan meneruskan misi ini dan siapa tidak akan ana umumkan sekarang.” Dia menarik nafas sebelum menyambung lagi.

“Antum bukan sekadar diuji dengan kemampuan bertahan dan mengikuti latihan, malah juga kemampuan berfikir secara kritikal dan tinggi melangit ke akhirat, kestabilan emosi dan intelektual, serta elemen terpenting, ta’abbud kepada Allah. Kemampuan antum untuk menguasai dan menstabilkan kesemua elemen ini akan menjadi penyumbang kepada kejayaan antum dalam perjuangan fisabilillah, in sya Allah.”

Sidang dewan mengangguk-ngangguk kepala, tanda bersetuju.

“Namun, meskipun antum adalah Skuad Infantri pertama yang dilatih kami, tidak semua mampu untuk istiqamah dalam menstabilkan elemen-elemen ini, maka tidak semua mampu untuk memimpin barisan hadapan perjuangan kita. Seorang akh pernah berkata bahawasanya peperangan darat adalah peperangan yang paling penting kerana kemaraannya ialah tanda penguasaan, sedang dari laut dan darat hanyalah bantuan yang tidak setara dan kekal. Maka, kita memerlukan rijal-rijal yang tetap teguh dan utuh, tidak goyah biar sedikitpun.”

Masing-masing mula berdebar-debar. Tiada sesiapa yang tahu siapa yang akan terpilih dan siapa yang tidak, kerana penilaiannya yang terlampau ketat dan standard kayu ukur yang tinggi.

“Ana akan paparkan pada skrin sebentar lagi nama-nama yang terpilih dan tidak. Kepada yang tidak, antum diminta untuk pergi ke auditorium C321. Antum akan diserap ke dalam sayap perjuangan yang lain.” Dia lantas menekan papan kekunci pada rostrum untuk memaparkan senarai nama tentera yang terpilih.

Skrin serta-merta memaparkan senarai nama tentera-tentera yang terpilih. Seketika, beberapa orang telah pun bingkas meninggalkan dewan menuju ke auditorium di kawasan tengah bangunan pusat tersebut untuk serapan ke sayap lain. Danial mencari-cari namanya dalam senarai tersebut. Hampir-hampir gugur jantung dibuatnya, namun namanya tersenarai. Panjang hamdalah bermain dibibirnya. Bahkan namanya tersenarai sebagai salah seorang daripada ahli Skuad Infantri Asadullah I, yang akan menjadi Skuad infantri utama dalam peperangan, dalam erti kata lain, Skuad infantri elit.

Tariq Ziyad turut mencari-cari namanya dalam senarai pada paparan skrin. Anak matanya melilau-lilau mencari sehinggalah dia ternampak namanya dalam Skuad Infantri Asadullah IV. Dia menghela nafas lega, meski bukan berada dalam skuad utama, dia masih bersyukur kerana tetap terpilih di dalam briged tersebut.

Briged Asadullah mengandungi seramai 5 000 tentera yang terpecah kepada 10 Skuad infantri yang merupakan tentera darat. Skuad Infantri Asadullah I ialah Skuad elit, manakala Skuad Infantri Asadullah II ialah Skuad pertama. Di bawah ketumbukan tentera darat pula terdapat beberapa ribu briged di seluruh WPNI dengan pelbagai nama, menjadikan kekuatan mereka seramai 2.5 juta orang.

Beberapa nama di paparan skrin tersenarai di bahagian tepi di bawah nama Skuad lain. Terdapat dua senarai di sebelah senarai nama Skuad Infantri Asadullah, iaitu Skuad Nun, iaitu divisyen tentera laut, dan Skuad Ababil, divisyen tentera udara. Nama-nama tadi ialah mereka yang tidak melepasi latihan dan ujian asas kependudukan, justeru dipindahkan ke divisyen lain di mana kepakaran mereka boleh membantu divisyen tersebut. Tidak ramai yang dipindahkan, kebanyakannya masih lagi bersama-sama skuad Asadullah.

Setelah pengumuman tersebut dibuat, skuad-skuad infantri dihantar ke pelbagai tempat untuk melaksanakan pelbagai misi untuk memberikan mereka pengalaman secara realiti di medan perjuangan. Rondaan, intipan, peperangan kecil, menundukkan pemberontakan adalah di antara beberapa misi yang mereka dihantar untuk dilaksanakan. Setiap misi adalah rahsia, dan hanya diketahui oleh pegawai-pegawai atasan dan skuad yang terlibat sahaja. Misi ini telah berlangsung selama hampir tiga minggu.

* * *

“Akhi, macam mana misi-misi rahsia kita ini boleh terbongkar?” soal Umar Alexander sambil berkerut dahi.

Suasana kelam menyelubungi Pejabat Ketua Turus Pertahanan Darat tersebut. Misi-misi rahsia yang gagal tersebut tidak berlaku sekali sahaja, malah bertubi-tubi. Perkara ini amat membimbangkan ketua turus tersebut. siri-siri kegagalan tersebut turut membibit kerisauan pada khalifah. Beberapa orang pegawai tentera berpangkat tinggi berada dalam bilik syura N223 tersebut untuk membincangkan isu yang meruncing ini. Masing-masing sedang mengerah akal memikirkan jawapan kepada isu ini.

Tiba-tiba pintu diketuk. Selepas diberi isyarat, baharulah lelaki tersebut memasuki bilik tersebut.

Terus sahaja semua berdiri, sedikit terkesima. Khalifah ialah lelaki yang memasuki bilik tersebut. Malahan dia berseorangan. Semua memberi hormat dengan bersalaman dan berpelukan dengannya.

Khalifah hanya tersenyum. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Sapanya kepada semua.

Masing-masing menjawab hampir serentak.

Kedatangan khalifah ke Pusat UPD tersebut tidak dijangkakan sesiapapun, ianya dirahsiakan. Bukan sekadar atas tujuan keselamatan, bahkan untuk tujuan yang lebih penting. Khalifah diterbangkan daripada ibukota khilafah menggunakan pesawat ringan yang berkelajuan tinggi.

“Ikhwan yang ana kasihi, Umar Alexander yang ana hormati, ana percaya antum semua berada di sini untuk membincangkan isu misi-misi rahsia kita yang gagal, ana ingin turut serta.” Ujarnya tenang sambil mengukir senyuman. Dia mengambil tempat duduk di sebelah salah seorang pegawai tertinggi.

Di dalam bilik syura tersebut, juga terdapat sebuah kawasan dengan meja bujur, digunakan khas untuk pertemuan-pertemuan tertentu. Di situlah perbincangan tentang kegagalan misi-misi rahsia tersebut mengambil tempat. Kadang-kadang bilik tersebut juga dipanggil bilik syura, kerana syura tertinggi Pusat UPD mengambil tempat di bilik tersebut.

“Ahlan bina ya akhi. Tetapi mengapa enta perlu bersusah ke mari. Ana percaya banyak urusan negara yang masih perlu enta uruskan.” Ujar Umar.

“Tak apa Umar, ini juga sebahagian dari tugas ana. Enta berada di bawah pertanggungjawaban ana, maka ia adalah tanggungjawab ana juga.” Sahut khalifah tenang.

Umar mengangguk akur.

“Apa maklumat terbaharu yang kita dapat?” soal khalifah.

“Setakat ini kita masih belum mendapat apa-apa maklumat baharu, dan kita juga telah hentikan semua misi-misi kita, bagi menghalang sebarang kesilapan sekali lagi.” Salah seorang pegawai tertinggi bersuara.

Khalifah mengangguk-ngangguk, mendengar, dengan teliti.

“Ana rasa, kita tidak perlu hentikan misi-misi ini, kita teruskan. Ana yakin kita akan mendapat petunjuk untuk kes ini. Sekiranya berlaku sekali lagi kegagalan, kita perlu tahu kegagalan tersebut berlaku kepada skuad yang mana satu, kerana semua misi kita hanya diketahui oleh semua yang berada dalam bilik ini dan juga skuad-skuad yang telah ditugaskan.”

Semua di dalam bilik mengangguk-ngangguk.

“Cuba paparkan semua misi kita yang gagal pada pemancar holografik.”

Umar menekan-nekan papan kekunci holografik di hadapannya mengatur arahan supaya paparan misi terpancar pada pemancar holografik. Seketika kemudian, paparan muncul di tengah-tengah meja bujur tersebut. masing-masing menatap paparan tersebut. Ada yang berkerut, cuba memahami maklumat, ada yang cuma mentafsir apa yang ada dalam pemikiran khalifah.

Seketika, khalifah mengukir senyum.

“Baiklah, sekarang, susun semua misi rahsia kita yang gagal ini mengikut kumpulan skuad infantri, jadikan dalam bentuk jadual menurut kekerapan.” Ujar khalifah.

Umar mengangguk-ngangguk. Dia lantas menekan papan kekunci tadi, mengatur semula arahan untuk mengubah susunan maklumat. Seketika kemudian, pancaran holografik berubah. Sebuah jadual kekerapan terpapar pada pemancar holografik.

Hasil padanan kekerapan memberikan kejutan kepada semua yang berada di dalam bilik tersebut. kegagalan misi-misi rahsia menabur kekerapan yang paling tinggi dari Skuad Infantri Asadullah IV sebanyak tiga misi, manakala Skuad Infantri VI dan IX hanya sekali masing-masing.

“Kekerapan dalam Skuad Infantri IV bukan suatu kebetulan, kalau kita bandingkan dengan kekerapan skuad lain, terlampau jelas tidak setara. Jelas sekali, sebab kegagalan kita ialah adanya musuh dalam selimut.” Khalifah bersuara.

Umar mengangguk-ngangguk, mengiyakan penaakulan tersebut. pegawai-pegawai lain masih dalam kesangsian. Ada yang mengangguk-ngangguk. Ada yang merenung jauh, memikirkan kemungkinannya.

Musuh dalam selimut, sejarah tidak pernah kering daripada menceritakannya. Bahayanya musuh-musuh seperti ini. Serangan daripada luar masih boleh ditahan dan ditentang, namun musuh di dalam benteng bisa mencerai-beraikan kekuatan dalaman. Kisah seperti Abdullah bin Ubay, munafik pada zaman Rasulullah tidak pernah berputus asa menyusahkan ummat Islam. Bahkan tidak kurang juga pengkhianatan ketika serangan Mongol ke atas Baghdad.

“Tetapi, satu skuad ada 1 000 orang di dalamnya, bagaimana kita mahu mengenalpasti siapa pengkhianatnya? Sesiapa sahaja boleh jadi mengikuti misi tersebut.” ujar seorang pegawai.

Umar tidak berlengah, dia seolah-olah tahu apa yang perlu dilakukannya. Sekali lagi dia menekan-nekan papan kekunci. Paparan berubah sekali lagi. Pemancar holografik memaparkan nama-nama ahli Skuad Infantri IV Asadullah yang tersenarai sebagai pelaksana dalam semua misi rahsia. Kemudian nama-nama yang mempunyai kekerapan dalam semua misi tersebut diterangkan dengan warna yang berbeza. Dua nama tersenarai dengan kekerapan tertinggi. Seorang dua kali dan seorang lagi tiga.

“Hantar semua infantri untuk misi seterusnya. Perhatikan kedua-dua mereka ini dengan rapat. Kita lihat siapa yang akan turut serta dalam misi ini.” Ujar khalifah, sambil memandang tepat kepada Umar Alexander.

“Danial, enta okay?” Umar Alexander bertanya. Mereka berada di bilik yang sama semasa pertemuan bersama khalifah mengambil tempat. Pegawai-pegawai tertinggi juga turut berada sama di dalam bilik tersebut. Bilik syura yang diberitahu jurutera tadi sebenarnya ialah bilik Ketua Turus Pertahanan Darat.

Danial masih diam. Tidak menjawab. Pandangannya jauh, menembusi dinding bilik tersebut. Dia berada dalam keadaan di antara trauma dengan simulasi sebentar tadi dengan mendengar pembentangan kes oleh ketua turusnya tadi. Cepu akalnya masih berputar-putar di sekitar kisah tadi, namun hatinya masih berada di dalam bilik ujian penggunaan senjata tadi, trauma.

“Danial, kalau enta tak mampu untuk teruskan perbincangan kita, tak apalah, enta balik dahulu. Kita sambung sahaja lain kali.” Umar kembali bersuara melihatkan keadaan Danial yang kosong itu.

“Tak apa…” akhirnya Danial bersuara, selepas hampir sejam berada dalam bilik tersebut. Suaranya masih kedengaran lemah.

Umar menarik nafas lambat-lambat. Kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan. Giginya digetap. Dia memandang tepat ke arah Danial.

“Jadi, apa yang antum semua cuba nak sampaikan ialah antum suspek bahawa ‘dia’ ialah musuh dalam selimut tersebut?” Danial cuba menstabilkan percakapannya.

“Ya, kita mengesyaki dia. Kemungkinannya amat tinggi. Semasa misi-misi rahsia dilaksanakan, kami turut mengakses bilik dia untuk mencari maklumat, namun kami tidak ketemui apa-apa bukti yang kukuh.” Ujar Umar. Dia menghela nafas berat.

“Dia seolah-olah menyimpan maklumat-maklumat yang kita perlukan di tempat ‘lain’ yang kita tidak mampu akses. Seperti sesuatu yang sentiasa dibawanya.” Tambah salah seorang pegawai di dalam bilik tersebut. Yang lain turut mengangguk.

“Jadi, kenapa ya ana diperlukan di sini?” Soal Danial, mencari kepastian.

“Enta adalah orang yang paling rapat dengan dia.”

“Tapi, itu dulu, bertahun-tahun dahulu, sekarang tidak lagi.”

“Kalau begitu, mungkin sekarang masanya enta merapatkan semula ukhwah dengannya.”

“Apa?!” Danial seolah-olah tidak percaya bahawa dia disuruh berbuat demikian.

“Enta perlu akses peranti-peranti milik dia. Cari apa-apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan misi-misi yang gagal tersebut. Kita perlukan bukti kukuh sebelum menangkap dia.”

Danial mengeluh berat. Dia tidak menyangka perlu mengintip saudaranya sendiri. Akhirnya dia mengangguk setuju.

“Akhi, enta tidak perlu berasa gusar dengan arahan yang diberikan kepada enta”. Akhirnya khalifah bersuara setelah lama berdiam diri di dalam bilik tersebut.

Danial mengangkat kepalanya melihat tepat kepada khalifah, kemudian tunduk semula, dia tidak tegar melihat terus ke mata khalifah. Namun, dia setia mendengar.

“Dia mungkin bukan orangnya, kerana kita ada dua orang suspek dalam kes ini, mungkin ya atau tidak, dialah orangnya. Amanah yang akan enta lakukan ini akan membuktikan samada dia adalah pengkhianat atau tidak dalam kes ini. Kalau dia tidak bersalah, maka enta telah membantu dia membuktikan kesetiaannya.” Sambung khalifah lagi.

“Tapi Amirul Mukminin, mengapa kalian tidak terus bersemuka sahaja dengannya dan terus bertanya kepada dia?” Danial bertanya musykil.

“Kita tidak mahu perkara ini menjadi kecoh dan seterusnya menjadi bualan semua orang. Bahkan, kesulitan kes ini mesti dipelihara sehingga tidak tersebut melepasi bilik ini sekalipun.”

Danial tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa melainkan mengangguk mengiyakan bicara khalifah tadi.

“Sekiranya tiada apa-apa kemusykilan lagi, enta boleh tinggalkan bilik ini, jazakAllahu khayran katsira.” Umar Alexander menutup pertemuan itu.

Danial tidak berlengah dan terus sahaja bergerak meninggalkan bilik tersebut.

“Oh ya, Danial” Umar memanggil. Danial terhenti langkahnya dan melihat kembali ke arah Umar yang ingin bersuara.

“Kita ada tempoh kurang dari 24 jam untuk dapatkan akses dan laporan kepada peranti-peranti milik Tariq ziyad. Kita tidak boleh berlengah lagi kerana masih ada misi yang besar menanti untuk dilaksanakan.”

Danial mengangguk dan terus meninggalkan bilik tersebut.

“Akhi, ana cadangkan pengawasan 24 jam ke atas pergerakan Tariq Ziyad, tapi pastikan ia tidak terlampau menonjol.” Ujar khalifah kepada Umar Alexander.

Umar mengangguk bersetuju. Begitu juga dengan pegawai-pegawai tinggi yang lain.

Sirah Nabi Dimuzikkan??

Penampilan Islam sebagai sebuah agama yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan latar belakang manusia cukup untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam itu sendiri. Sebagai sebuah agama yang fleksibel perlaksanaanya, mengikut aturan dan dasar yeng telah sedia ada, Islam tidak sekali-kali menyekat umatnya untuk berhibur, tidak kiralah hiburan dari mana-mana bangsa sekalipun, asalkan ianya adalah selari dengan kehendak Islam sendiri.




Maka, atas kesedaran ini Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam Klang akan menganjurkan Sirah Muzikal 2010 sebagai alternatif hiburan santai yang menjaga batasan syariat, serta digabungkan dengan elemen pendidikan iaitu penyampaian sejarah perkembangan tamadun Islam yang pernah menguasai dunia sehinggalah empayar kerajaan Islam terakhir jatuh pada tahun 1924.


Ungkapan cendekiawan ada berbunyi ‘Satu bangsa yang lupa akan sejarahnya bukanlah satu bangsa yang berjaya’.


Selain itu, program ini juga merupakan salah satu projek untuk mengumpul dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah di bawah kelolalaan Saudara Nazrey Johani, yang juga merupakan penggiat seni nasyid tanahair.


Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM15 juta dan tempoh kutipan dana adalah bermula 2 Julai 2010 sehingga 2 Julai 2012 dengan perakuan dan sokongan dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Seperti yang kita maklum, keperluan sekolah agama di Sabah amatlah meruncing dan jumlah yang sedia ada masih amat kecil jika dibandingkan dengan keperluan ummat Islam di sana.


Justeru,saya menyeru semua pihak untuk sama-sama menggembleng tenaga menjayakan usaha murni ini dan memberi sokongan penuh terhadap segala usaha untuk mengumpulkan dana bagi sekolah tahfiz tersebut.

Sila layari http://sirahmuzikal.com atau http://ismashahalam.net untuk maklumat lanjut.Bersama menelusuri sejarah KITA.

Ramadan dan Syawal

-1.Cuti Raya kali ini,memang best.Kitab syariah,fiqh dan sebagainya terpaksa dijadikan sebagai kuih raya utk raya kali ini,karena lepas raya sahaja,straight ada final exam.huh

0.Darul Quran sudah melabuhkan tirainya untuk sebentar.Cuti Eid Fitri.Kalau iktikaf di DQ,masjid Darul Quran sudah tentu menjadi tempat pilihan.Surau Taqwa pun boleh tahan juga.

1.Mungkin tidak lama,tapi berbaloi dapat bersama-sama kawan di IIUM baru baru ini.Mungkin sebab sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan lama satu angkatan dan satu batch semasa di sekolah lama dahulu.Juga tidak ketinggalan dapat berkenalan kawan-kawan baharu yang datang daripada pelbagai background.Ada medik,engin,mesir,dan sebagainya.

2.Kawan-kawan arab kat sini ramai,malang sekali,saya asyek beruzlah dalam mimpi.heh.tak sempatlah nak bertaaruf sangat dengan ikhwah arab dari IIUM.Jikalau ada rezeki,teringin saya untuk berjumpa dengan Bro Dhiya,mungkin dia tiada di IIUM ketika itu.Beliau saya kira bakal menjadi Yahya Ayyash kedua.Saudara ku dari Palestin ini mengambil Masters dalam Engineering.Saya doa-doa akan dapat bertemu dengan dia kembali.Ameen

*********************************************************************

3.Jika yang tidak pernah beriktikaf di masjid IIUM,saya cadangkan anda sekurang-kurangnya sekali seumur dalam hidup cuba beriktikaf IIUM semasa Ramadhan.Heh.Macam mengagungkan pula.Tapi hendak buat macammana,ini perasaan saya.Suka pada IIUM

Sahabat-sahabat seiktikaf mempraktikkan benar surah Al Hujurat ayat 13:-



4.malas hendak bercerita panjang.
cuba la klik sini untuk gambar gambar.

Cina berucap di masjid, masyarakat semakin pening!

Ya,pening dan serabut.

*Pembaca budiman, sebelum membaca pandangan saya ini, terlebih dahulu diharapkan agar menyimpan sentimen politik kepartian yang saudara miliki, kerana saya menulis atas tiket seorang muslim

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YBSerdangmohonampunSultanSelangor/Article/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhatibakuitaksebutnamaSeriPaduka/Article/

1. Merujuk 2 peristiwa di atas, sebagai seorang Muslim, saya sangat kecewa dengan tindakan rakan seIslam saya yang meletakkan kedudukan Non-Muslim sedemikian rupa.

2. Walaupun dari segi hukum ia tidak bercanggahan, berhujahkan Rasulullah juga pernah mendoakan keIslaman Umar Al-Khattab yang masih kafir dan Abu Jahal. Juga kenyataan bekas Mufti Perlis dalam Malaysiakini tentang hukum orang kafir masuk ke Masjid tidak haram.

3. Namun kita mesti ingat, Rasulullah hanya mendokan orang kafir dalam doa peribadi, bukannya diaminkan seramai 1000 orang!

4. Ia sebenarnya sangat 'signifikan' ataupun ada maksud tersirat yang perlu kita ketahui. Mungkin ramai yang menyedarinya, mungkin juga tidak.

5. Sejak zaman khalifah lagi, doa kepada individu khusus ketika khutbah jumaat adalah batu pengukur kepada wala' sesuatu kawasan kepada seorang pemimpin. Seorang pemimpin yang mana rakyat di suatu kawasan itu angkat kerana ketinggian ilmunya, kehebatan wara'nya. Lalu rakyat Islam di situ akan menyerahkan batang lehernya kepada pemimpin yang dilantik itu. Bermakna mereka memberi kepercayaan kepada khilafah itu untuk mengatur kehidupan mereka. Samada mahu mengutip cukai, mengisytihar jihad, dan sebagainya.

Ketika nama bukan Islam yang disebut ketika Khutbah Jumaat, adakah wala' kita diletakkan di atas individu tersebut? Adakah kita rela hidup kita diatur oleh nya?
Jika tidak pun, layakkah namanya disebut dalam majlis kebesaran umat Islam, di dalam rumah Allah? Seperti mengagung-agung kannya? Dimanakah maruah umat Islam?

6. Ketika bulan Ramadhan, biasanya pihak masjid atau surau akan menjemput penceramah untuk memakmurkan masjid. Penceramah tersebut mestilah mahir dalam ilmu agama, terhindar dari maksiat, dan pandai berbicara. Itu 'standard' bagi aktiviti masjid di seluruh dunia. Ketika Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menjadi 'pentazkirah' di Kajang Sentral baru-baru ini, ia menjadikan beliau sebaris dengan para alim ulama.

Tujuan Allah mencipta bulan Ramadhan adalah untuk memberi galakan kepada umat Islam untuk meningkatkan taqwa. Adakah dengan ucapan orang yang tidak mengenal syahadah mampu meningkatkan taqwa? Sudah tiada lagikah orang Islam yang layak memberi tazkirah di mimbar?

7. Sebagai orang muda, saya melihat peristiwa ini sebagai indikator bahawa umat Islam di Malaysia telah dibutakan dengan politik. Betul, politik adalah sebahagian dari Islam. Tetapi tidak semua perkara boleh dilakukan dalam politik atas nama Islam.

8. Ingatlah kata-kata Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sampai di Baitul Maqdis untuk membukanya: " Kamilah kaum yang dimuliakan dengan Islam". Wahai umat Islam di Malaysia, bangunlah dari tidur dan lihat apa yang berlaku di depan mata!

*Sekali lagi saya menyeru pembaca agar menilai tulisan saya dengan pandangan seorang Muslim yang rasional.

http://heimujahid.blogspot.com
Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores