Renungan Dari Kota Kaherah

1.Akhirnya,penantian selama hampir setahun telah menjadi kenyataan.




2.Saya ingat lagi apabila kami telah menghabiskan peperiksaan STAM 2010 di Ipoh,saya telah mengambil kesempatan cuti yang panjang untuk melancongkan diri ke Kaherah sebentar.Berbulan-Bulan juga saya habiskan masa di Kaherah mencari cinta dan permata.




3.Kemudian datangnya 25 Januari 2011,peristiwa revolusi dan kebangkitan rakyat Mesir terhadap penguasa zalim Hosni Mubarak telah menyebabkan beberapa kekecohan.Kerajaan Malaysia terpaksa memanggil semula pelajar-pelajar pulang ke Malaysia atas faktor keselamatan.Aku pulang.

4.Aku sudah pulang.Aku mula-mula tiada idea apa yang bakal dibuat di Malaysia untuk cuti yang amat-amat panjang.Aku meluangkan masa sebulan di rumah keluargaku di Kuala Lumpur sebelum daku mengambil peluang pergi mencari kerja part time untuk mencari pengalaman dan ilmu.Setelah beberapa masak-masak fikiran,aku pun bekerja di Shah Alam dengan Abe Naim.Seronok juga bekerja dengan mereka.

5.Bulan Mei,kemalangan besar menimpa diri.Aku terpaksa terlantar di hospital selama 2 minggu dan telah menjalani pembedahan tulang.Beberapa tulang aku telah mengalami kecedaraan.Tulang selangka patah,Tengkuk belakang retak,dan beberapa tulang belakang juga retak dek hentakan kuat semasa kemalangan.Tapi semua berjalan dengan lancar.Syukur kerana Allah memberikan aku peluang lagi untuk masih hidup.

6.Tiga bulan berlalu,sudah tiba masanya.Kebetulan pula aku sudah pulih walaupun tidak sepenuhnya,tetapi aku rasa ia memadai untuk ku bermusafir ke Timur Tengah.Dan di sini aku.Merenung dari Kota Kaherah.



Realiti dan Persoalan


Sering kali dalam dunia yang penuh maklumat dan informasi membuatkan kita terkeliru yang manakah hakikat dan yang manakah yang fatamorgana semata-mata.





8 Ogos saya diberi peluang untuk menyertai kursus Biro Tata Negara anjuran Jabatan Perdana menteri.Kursus telah berjalan selama 5 hari.Mujur tiada sebarang aktiviti lasak mahupun yang ganas-ganas,kerana saya pun dalam tempoh berpantang.Saya tidak mahu menghurai tentang tentatif program dan lauk pauk.Semua sedap-sedap belaka.

1.Mendedahkan kepada rakyat malaysia tentang dasar dan perlembagaan negara.Sekurang-kurangnya kita tidaklah buta pengetahuan tentang sejarah negara dan bangsa.Seperti rakyat di Amerika syarikat,saya melihat remaja-remaja seliar mana pun,mereka masih mampu untuk menghafal rukun negara,dan beberapa perkara dalam perlembagaan mereka.Saya?zero.Ini pendapat saya.

2.Menceritakan hakikat bahawa negara dan bangsa Melayu Islam suatu ketika dahulu pernah menjadi satu bangsa yang hebat dan agung.Pernah menawan seluruh asia Tenggara.Menjadi pendukung agama Islam di Rantau ini.Ini belum lagi cerita tentang keadaan kenteraan orang Melayu Islam ketika waktu itu.


3.Mungkin kumpulan diskusi saya tidak tahu,akan tetapi dalam kumpulan saya,wujud sikap keterbukaan antara fesi dengan peserta dalam aspek perkongsian ilmu,pengalaman,pendapat dan sebagainya yang mewujudkan rasa mahabah itu.Kebetulan saya pula satu team ngan Ustaz Marwan Bukhari dan Tuan Azzam(fesi)yang penuh ilmu di dadanya yang barangkali kita harus ambil manfaat daripada orang sepertinya.


4.Mungkin sesetengah orang akan mengatakan program ini bersifat berat sebelah,namun bagi saya,dalam apa-apa perkara sekali pun,yang baik kita jadikan pelajaran,yang buruk kita pandai-pandai buang ke tepi.



5.Kamu dan saya ada hak untuk berbeda.Ideologi,manhaj,fahaman,politik?.Kita adalah umat yang satu.Mustahil untuk kita tidak berbeda dalam hidup ini.Mustahil.

6.Mari sama-sama berganding bahu membina negara ini.Negara Malaysia.

Tips Berbuka Puasa


Ramadan Kareem

4 hari sudah berlalu masa berlalu dalam sekelip mata.

Sedikit sharing saya nak kongsikan hari ini tentang buka puasa.Sering kali kalau kita lihat,di Malaysia mahupun di mana-mana negara Islam sekalipun,ibadah puasa ini,sering dianggap sebagai adat semata-mata.Buka puasa mesti penuh dengan lauk-pauk yang pelbagai.Kuih serimuka,lapis donat,popia juga tidak ketinggalan.Bagi mereka yang berbuka di luar,selalunya buffet di hotel-hotel ternama menjadi pilihan.

Tidakkah pelik kita melihat orang Islam mempunyai satu kursus pengurusan badan selama sebulan,akan tetapi yang terjadi,orang Islam yang mendahului dalamperlumbaan kegemukan badan.

Tidakkah pelik,sepatutnya pada bulan Ramadhan ini sepatutnya kita dapat mengurangkan bajet perbelanjaan,akan tetapi yang berlaku adalah sebaiknya.

Apa-apa pun,pada hari ini saya akan berkongsikan tentang sedikit tips-tips semasa berbuka puasa agar pembukaan puasa kita selepas ini lebih terasa indahnya,berkatnya dan lebih menguntungkan dari setiap segi.


Tips pertama:-Segarakan berbuka puasa.

Ini bukanlah tips daripada saya,cuma ia merupakan sunnah Rasullulah s.a.w..Kalau ikutkan logik akal,siapalah yang menghendaki buka puasanya dilambat-lambatkan :) .Berbeza dengan sahur,ia sebaik-baiknya perlu dilambatkan.

Tips kedua:-makan benda yang manis-manis :)

Jika mampu,kita dahulukan buka puasa kita dengan benda-benda yang manis seperti kurma,mahupun buah-buahan.Sugus dan Mentos tidak termasuk.Ia dapat memberikan kembali glucose dalam badan lalu menghasilkan tenaga untuk kita setelah kehilangan tenaga sepanjang satu hari.Tapi ingat,manis pun agak-agak la ye.Bersederhana dalam kemanisan.

Tips Ketiga:-Jangan langsung makan makanan yang berat.

Selepas berbuka,mungkin kita boleh tunggu selama 20minit-1 jam untuk makan makanan berportion besar.Ini supaya supaya konsumsi makanan penuh sesuai dengan portion kebiasaan kita.Jangan lupa untuk makan makanan yang seimbang penuh khasiat.

Tips Keempat- ^_^

Berhenti sebelum kenyang.


Wallahualam.


Muwosofat Tarbiyah Edisi Ramadhan



'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’ ,demikian sedikit petikan daripada kata-kata Hasan al Banna

Jadi,sempena bulan Ramadan yang diberkati ini,saya mengajak diri saya sendiri dan kawan-kawan lain untuk mencapai beberapa objektif penting.Mungkin perkara ini sudah biasa kedengaran,namun ia akan jadi bermanfaat bagi sesiapa yang mengambil perhatian.Objektif Ramadhan kali ini,mencapai status TAQWA:-

1.Aqidah yang sejahtera

Kita diberikan peluang dan ruang di bulan Ramadan ini untuk kita melakukan sebanyak mana mungkin amalan seperti qiamulail,puasa dan sebagainya kerana kita tahu,di sana,ada Tuhan yang melihat kita dan menilai kita.Kita jadikan ramadhan kita kali ini medan latihan untuk memantapkan ehsan.


2.Ibadah yang sohih.

Dalam setiap amalan kita,mungkin kali kita boleh perbaiki amalan-amalan kita dengan sebaiknya dengan beberapa perkara yang ingin saya gariskan.Antaranya ialah:-
  • Mempelajari dari ustaz-ustaz atau sheikh2 tentang amalan dan sunnah ketika Ramadhan berdasarkan dalil syara'
  • Usah kita memperbanyakkan yang sunat,jikalau yang wajib masih lompong.Usahakan memperbaiki yang lompong itu sebaik mungkin kemudian baru berpindah ke amalan-amalan sunat.
  • Menjadikan ramadan bulan beribadah,bukan bulan adat dan kebiasaan orang-orang biasa seperti tarawih dan buka puasa.Ada orang yang berpuasa,tetapi tidak menutup aurat,berkhalwat,berbuka sama-sama dengan pasangan.
Apalah erti puasa dan ibadah-ibadah lain jika semua ini dianggap sebagai satu adat yang dilakukan hanya setahun sekali sahaja.


3.Akhlak yang mantap

Dari universiti ramadan ini,semestinya ia melahirkan para graduan yang berakhlak dengan kepujian.Latih diri melakukan perkara-perkara seperti menolong orang,ziarah,memberi salam dan sebagainya yang berkaitan dengan akhlak mulia.Dilatihnya setiap hari akan menjadikan jiwa ini otomatik untuk melakukan akhlak yang mulia pasca graduasi nanti.


4.Sangat Menjaga Masa

Di bulan ramadhan kita perlu meningkatkan amalan sebanyak mungkin kerana ini bulan megasale.Maka,perancangan waktu perlu dilakukan sebaik mungkin.Bila hendak tilawah,berapa juzuk sehari,pukul berapa hendak membaca mathurat,dan sebagainya.Dalam pelajaran pun boleh jaga masa,apa kata kita rancang dan sistematikkan ramadan kali ini.Ia bakal menjadi ramadan yang bermakna dan displin.


5.Mampu berdikari

Bulan puasa kali ini saya harap ia dapat melatih diri kita untuk menjadi lebih berdikari.Dengan tarbiyah 30 hari menahan lapar,saya rasa tidak mustahil kita menjadi seorang yang mampu berdikari dalam apa-apa yang kita lakukan.Tidak kira dalam dalam pekerjaan mahupun pelajaran dan sebagainya.


6.Sihat Tubuh Badan

Secara logiknya,pada bulan ramadanlah kita menghilangkan lemak-lemak dan berat-berat lebihan yang ada pada perut kita.Tetapi ironikanya,kebiasaanya bulan ramadanlah tempat kita menambahkan semua bagasi yang berat ini.Jadi,untuk ramadan kali ini,mungkin boleh dikurangkan makanan yang berminyak,kuih muih yang berlebihan,buffet yang mengancam dan sebagainya.


7.Teratur Urusannya

Ramadan bagi saya kali ini lebih kepada cuti dan sebagainya.Saya bercadang untuk mengatur ramadan saya kali ini dengan beberapa perkara.Ini supaya ramadan kita dipenuhi dengan aktiviti dan tidak begitu serabut dalam pengaturannya.


8.Bermanfaat kepada orang lain.

Di luar sana,tidak semua yang bernasib baik seperti mana kita.Ada yang tidak cukup wang untuk membeli keperluan untuk berbuka dan sahur .Jadi,kita boleh kurangkan beban dengan banyakkan menderma kepada mereka yang memerlukan.


9.Pengetahuan yang luas

Ramadan ini jangan terlupa untuk kita menyemak kembali sirah perjuangan nabi s.a.w terutama sekali yang berkaitan dengan puasa dan ramadan.Kita tambahkan serba sedikit ilmu tentang pensyariatan puasa,apa hukumnya,jenis-jenisnya supaya kita betul faham-faham tentang intipati ramadan yang sebenar.


10.Mujahadah nafsu

Jadi yang terakhir sekali,tidak boleh tidak kita perlulah sentiasa bermujahadah dengan nafsu kita.Hendak menyalahkan syaitan,mereka sudah digari.Tetapi nafsu sahaja yang tinggal menguasai.Ini cabaran terbesar bagi sesiapa pun dalam bulan ramadan mahupun bukan.

Jadi saya harap 10 perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menambahkan kefahaman dan sama-sama kita menjadikan ramadan kali dan seterusnya lebih bermakna dan bermakna.Semoga amalan kita diterima di hadapan Nya insyallah.

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores