Kadang Kala Sejarah itu Membosankan

Salam Ukhuwah

Rasanya sudah lama saya tidak menulis di sini ye.Betul tak?(Betul!!jwb pembaca)
Bukan apa.Biasalah,saya ni manusia kadang kala terasa malas dalam diri ini.Tambahan pula dengan ketiadaan idea untuk menulis.Tidak seperti mereka yang sudah lama dalam arena ini.


Straight to the Point

Yerp.Hampir 2 minggu sudah saya menjejakkan 2 kaki beserta 10 jari kaki ke
SAMTTAJ a.k.a Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jamaah.Pelajar-pelajarnya mesra.Guru-gurunya bersemangat untuk mendidik kami.Berbaloi sungguh usaha saya setelah berpenat lelah pada cuti Disember lalu apabila saya terpaksa berkeras dengan pegawai Jais semata-semata untuk ke sekolah baru.

Bak kata Tuhan:
"Sesungguhnya pada kesusahan ada kesenangan" (harap2 begitulah)


Sejak masuk ke sekolah baru,saya perasan pelajar-pelajar tekun gila belajar.Lagi-lagi semasa pelajaran Math+ Add Math.Tidak macam saya,selalu sempoi2 je blaja.Akibatnya,kuranglah kegempakan dalam result.Nasihatkanlah saya ni.

Tidak seperti mereka,saya lebih cenderung kepada subjek Sejarah,Sivik dan sebagainya berbanding Add Math dan
yg sewaktu dengannya.Bagi pelajar lain,Sejarah mungkin nampak bosan,mungkin kerana cara P&P guru Sejarah yang kurang enak(selamba kritik guru,maafkan saya)






KENAPA??

Saya tertarik dengan satu bahagian muqadimah yang saya baca dari buku Ini Sejarah Kita.Ia mengatakan untuk kita memahami Islam,perlunya penguasaan yang mantap pada 2 aspek iaitu Sains Tulen(kanan) dan Sains Sosial(kiri).Sejarah juga terdapat dalam Sains Sosial cth:SEJARAH,law,business dan sebagainya

Senang cerita,kedua aspek2 menjelaskan fenomena alam,lebih tepat lagi iaitu Ketentuan Tuhan dalam sesuatu perkara untuk panduan kita dalam kehidupan seharian.Terdapat banyak dalil tentang Sunnatullah dalam Quran yang rasa2nya kita bole cari dalam quran.

Buku tersebut juga mengatakan pentingnya Sains Sosial daripada Sains Tulen kerana penguasaan manusia terletak kepada mereka yang menguasai bidang Sains Sosial.

Saya bagi satu perumpamaan,jika perumpamaan ini salah..sila betulkan saya.

Saya(Sains Sosial):Yang menggunakan alat/wasilah
Duit(Sains Tulen)=Alat/wasilah mencapai matlamat
Produk=Matlamat

Kesimpulannya,saya suka SEJARAH(walaupun tidak pernah mendapat A)



sekadar perkongsian






The Voices of Malaya








These are some pictures during the recent Rise For Gaza rally in Stadium Melawati,Shah Alam.
They showed their support.Have we?

Rise For Gaza Rally.





Aman Palestin akan menganjurkan Rapat Umum "Selamatkan Gaza"

Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 9 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Berikut adalah bahan-bahan promosi program. Harap anda semua dapat sebarkannya. Kalau mampu, printkan dan edarkan kepada masyarakat.

Sekiranya anda ingin berkongsi bahan-bahan, gambar-gambar, poster-poster, slogan, sepanduk dan banner yang relevan untuk rally ini, sila hubungi saya. Saya boleh kongsikan dalam album ini.

Program akan dihadiri media antarabangsa seperti Al-Jazeera, CNN, etc & media tempatan seperti Media Prima

Turut bersama menjayakan rally: ISMA, PEMBINA, UMNO, ABIM, PAS, JIM, & NGO-NGO serta badan-badan seluruh Msia.

Jemput hadir bersama keluarga & rakan-rakan


Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Sedikit Pembangkit


salam coretan ukhuwah.


Rasanya sudah lama tidak dipostkan apa-apa bahan baru sepanjang Disember ini.Maklumlah kan,gara-gara persediaan untuk ke sekolah.BACK to SCHOOL season

Jika direnungkan kembali,mungkin berbagai peristiwa,adegan,aksi atau babak sudah berlaku sepanjang Tahun 2008 tanpa disedari kerana mungkin kita berada di bawah naungan perkataan sub concious.kenangan 2008.Selamat Tinggal

Baru-baru ini jika kamu semua tahu,barangkali hampir separuh daripada penduduk Malaysia tahu,Gaza telah diserang,dikepung dan dibedil pada tahap full scale military.Hinggakan 1 hari sahaja telah mensyahidkan beratus-ratus penduduk Gaza.

Kita mungkin boleh melihat,mendengar ceramah seperti Malam Palestin baru-baru ini.Malang sekali,itulah kita,tatkala 2 minggu berlalu insiden peperangan,kehidupan kita kembali seperti biasa.Kita tidak mahu menjadi seperti ini.Kita tidak mahu mengulangi sejarah di mana kita bersemangat mengutuk kekejaman Israel di kem-kem Pelarian Lubnan mahupun Palestin akhirnya,terpadam semangat secara tiba-tiba.Bersama-sama kita ayuh..

dari bawah.ke atas

Sekadar Perkongsian.




sedikit pembangkit daripada Ustaz Ismail Haniyeh
(Perdana Menteri Hamas)


video di atas berbahasa arab.



Sabtu ini pula, Aman Palestin Berhad dengan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sebagai co-organizer akan menganjurkan rapat umum di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Seruan bagi semua penduduk Malaysia untuk hadir bersama dengan sepanduk dan banner bagi menandakan kebersamaan kita dengan saudara seaqidah di Gaza.

sila ke http://brat-mikrajovic.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut