Tiada Gambar

Mukaddimah semata-mata.pembuka bicara dengan memanjatkan kesyukuranku kepada Rabbku
di atas hidayah dan inayah dan kasih serta cinta kepada hambaNya.Selawat dan salam ke atas Baginda

An-Nabiyul Akhiruzzaman.Muhammad s a w , ahli baitnya,para salafusolleh,syuhada dan auliya
serta mujahid-mujahid sang pengembala dunia yang menegakkan kalimahMu Ya Allah pada tempat yang paling mulia.


Agaknya sudah beberapa ketika saya tidak menjejakkan jari jemari yang 10 ini untuk sebarang post baru.Agaknya perasaan malas serta rasa tiada kepentingan dalam menulis menyebabkan perkara ini.Bukannya tiada isu atau cerita kehidupan utk diceritakan,malah banyak sekali yang mahu diluahkan.Malangnya.

Pelik agaknya tahun ini,lebih-lebih lagi pada raya eidul adha baru-baru ini.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas,kerana pemergian nenek ke Rahmatullah menjadikan family gathering tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya.Mungkin sudah tiada rasa keterikatan dengan keluarga ataupun kerana hilang keberkatan ukhuwah dalam keluarga yang menjadi asas kekuatan sesebuah keluarga tersebut.Apa-apa pun,lupakan sahaja.

Sebenarnya,jauh dalam lubuk hati saya,rindu saya terhadap zaman persekolahan sebelum-sebelum ini dikenangkan kerana pada cuti 2008 ini,kehidupan saya hanya berkitar di sekitar

Subang Jaya-Shah Alam-Klang-Hulu Langat-Seremban

tiada apa-apa matlamat yang sebenar dalam meronda-ronda sekitar kawasan ini kecuali mendapat keredhaan Allah yang mana saya rasa saya tidak mendapatnya.Menziarahi rumah saudara,kawan mahupun ke berbagai tempat tidak memenuhi objektif yang ditetapkan oleh saya semasa sebelum cuti.Malangnya.

sebuah perkongsian kehidupan

memecah kesepian



Khamis bertarikh 4 December,saya ke kuliah sains yang mengambil tempat di Subang Jaya.

Pendek cerita,diajarkan si pengajar tentang Pathogens iaitu satu istilah atau frasa yang membawa makna microorganisma yang mengancam,tidak berperikemanusiaan kerana ia bukan seorang manusia.

Pathogen ini terdapat 4 jenis iaitu Fungi, Bacteria, Virus dan Protozoa.Semua ini boleh dielakkan dengan disuntikkan vaksin semasa kita kecil-kecil dulu.Ingat lagi tak?Kenangan terindah..

Malang sekali, saya selalu tidak hadir ke sekolah semasa ada program suntik menyuntik ini.
Sekarang saya baru sedar,saya telah melakukan kesilapan besar.Kemungkinan tinggi saya mempunyai peluang yang kecil untuk melawan pathogens tersebut.

Tetapi sehingga kini,saya hanya mampu berasa bersyukur kerana masih dapat menjalani hidup seperti biasa.Hanya menunggu masa.

semakin menjadi-jadi di sana

~salam coretan umum~







Seperti yang mana kita tahu.kondisi di Gaza kian parah dan sampai kepada kemuncak.




dengan blockade yang dilakukan regim paling tiada perikemanusiaan.tidak kisah la apa-apa bahan yang disekat dari luar spt bahan api,makanan,ubat-ubatan dan sebagainya.Rakyatnya juga menghadapi situasi mati secara perlahan akibat kekurangan serta kedhaifan yang maksimum.

Ditambah pula dengan kenyataan Menteri Luar Israel yang terang-terang mengistiharkan pembatalan perjanjian genjatan senjata antara faksi-faksi Palestin seperti Hamas dan sebagainya.Kerana sejarah telah membuktikan mereka Yahudi memang tidak dapat menepati janji mereka.Akibatnya gugurnya ramai syuhada' di bumi yang diberkati.


Alloh swt. berfirman :"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” (QS Ali Imran, 3: 169)

tetapi malangnya kebanyakan daripada kita tidak mengambil kisah sekali pun tentang saudara-saudara kita di sana.tidak malukah kita? anak Palestina menyindir kita,termasuk rakyat,pemerintah dan sbgainya kerana ketiadaan sokongan daripada kita kecuali sedikit.

fikir.dimana suis anjakan paradigma kita?sila layari http://infopalestina.com/ms untuk berita terkini

Kem Lepasan SPM 2008 anjuran PEMBINA



Khusus buat semua lepasan-lepasan spm 2008!


Persatuan Belia Islam Nasional sekali lagi akan mengadakan KEM LEPASAN SPM bagi siri yang ketiga.
Program yang bakal memberi seribu satu pendedahan kepada semua bakal penuntut di Universiti dalam dan luar negara, serta panduan dan perkongsian pengalaman daripada penuntut-penuntut dari pelbagai Universiti !


Program ini juga bakal memberi persediaan mental di samping ketenangan fizikal dengan berbagai-bagai aktiviti dan games!



untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari http://kemlepasanspm.blogspot.com

mereka memerlukan kita.

~salam coretan ukhuwah~

sebenarnya tiada apa-apa signifikansi pun dalam menaip entri ini.cuma ingin menunaikan tanggungjawab dalam mengingatkan bersama-sama dalam merealisasikan 'allahu ghayatuna' sebagai matlamat kita yang paling mulia inshallah.

sedikit perkongsian sebenarnya yang dikongsikan.ditujukan lebih-lebih lagi kepada penulis


ikhwah,

setiap manusia itu mempunyai kelemahan dalam bentuk yang tersendiri.tidak semua manusia mampu mencapai ke suatu maqam seperti Rasullulah.oleh itu,jamaah memainkan peranan.bergerak dari satu point yang sentrik.menggerakkan kerja secara jamaie
mengingatkan antara satu sama lain

setelah dikaji-kaji.setelah diperhati,dinilai..
berada dalam lingkungan tarbiyah adalah amat diperlukan.sebab itulah kita dimuliakan oleh Allah dari orang-orang yang tidak berada dalam lingkungan.bukan kerana rasa ujub dan riak.hanya rasa izzah dan i'lak semata-mata kerana pepatah seorang salafussoleh:


"kami dimuliakan oleh Islam"
tetapi ingat!
perlunya ada satu pemikiran yakni pemikiran yang tiada sempadan.biasanya digunakan terma 'open minded' atau 'think out of the box' atau sebagainya.mungkin masyarakat di luar sana tidak mendapat tarbiyah,tetapi apakah hak kita untuk merendah-rendah mereka seperti memandang serong kepada mereka.mengutuk-ngutuk mereka.hanya dengan alasan kita mempunyai added value dalam diri kita.mungkin mereka lebih baik daripada kita.mungkin dalam segi ketakwaan kerana orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang paling bertakwa bukan?mungkin mereka ada apa yang kita tiada,mungkin mereka tiada apa yang kita ada.
Allah pernah berbicara tentang perkara ini dalam firmanNya dalam surah Hujurat.
"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengolok-ngolokkan suatu kaum yang lain
kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang
mengolok-mengolok"-ayat ke 11 surah hujurat
koleksi yang baek.koreksi yang buruk.bersama-sama kita kikis sifat yang dinyatakan di atas
kerana semua itu tidak diperlukan.
sekadar perkongsian

Kem Anak Soleh Permata Hatiku(KASEH)


~salam coretan ukhuwah~
hendak diwar-warkan disini bahawa Persatuan Tenaga Pengajar Sekolah Integrasi Assyakirin akan menganjurkan Program KEM ANAK SOLEH PERMATA HATIKU atau pun KASEH buat julung-julung kalinya.Program ini juga akan dikendalikan oleh beberapa Fesi yang berpengalaman dan sangat berkaliber.
antara pengisian dan program yang akan diadakan adalah seperti:-
  • al quran quotient
  • intelligent quotient
  • spiritual quotient
  • emotional quotient
  • physical quotient

lagi butir-butir program:-

tempat: Sekolah Integrasi As Syakirin, No.14 - 28,jalan balapan 13/32, ss 13, Shah Alam

tarikh: 24 nov - 5 dis 2008

masa: 8.30 am - 5.00 pm ( berulang )

yuran: RM 250.00 termasuk lawatan

Jadi,tunggu apa lagi.daftarkan anak-anak segera supaya mereka dapat melalui satu pengalaman.satu pengalaman yang penuh pengembaraan.penuh suasana tarbiyah dengan harapan mereka akan dapat menjadi penggerak ummah dan generasi harapan pada masa akan datang.

sila hubungi Ust Haez di 0137263560 untuk sebarang pertanyaan lanjut

atau sila lawat http://sekolahintegrasiassyakirin.blogspot.com

pertolongan makin hampir?

~salam coretan ukhuwah~










seperti yang diketahui ikhwah,



Israel telah sengaja melanggar perjanjian genjatan senjata yang dilakukannya bersama bersama kumpulan atau faksi-faksi Palestina terutamanya Hamas.Sejak beberapa bulan lalu telah disepakati bersama perjanjian yang dan 'key player' kepada perjanjian ini adalah Mesir.Dalam tempoh perjanjian,keadaan lebih aman berbanding sekarang di mana zionist telah menceroboh kembali dan melakukan serangan secara tiba-tiba dan sangat aggrasive.




Wang dibayar wang.kata dibalas kata.

Dalam kes ini,mujahid-mujahid seperti Hamas di Palestina membalas serangan zionist dengan roket Qassam yang tidak lebih kurang daripada 100 roket.tidak lupa juga kepada faksi Jihad Islami juga telah menyerang balas serangan Zionist dengan beberapa roket Quds ke arah pemukiman Yahudi.





ikhwah,


jika direnungkan kembali,situasi ini tidak berubah seperti pada zaman Rasullah s.a.w yang kita cintai.refresh kembali apabila Rasullah dalam perjalanan ke Mekah dengan niat untuk mengerjakan ibadat Haji terpaksa berhenti di kawasan Hudaibiyah.pendek cerita,Rasullulah mengadakan perjanjian dengan kafir Quraish Mekah.Perjanjian tersebut jika ingat kembali tidak begitu menyebelahi umat Islam.
Perjanjian Hudaibiyyah


masa berlalu.


kafir quraish telah melanggar perjanjian kerana menyerang sekutu kaum muslimin dan akibatnya.....tercetusnya kepada peristiwa fathul mekah.



saya tidak mahu mempredict apa2 kemungkinan.tetapi jika dirujukkan kembali kepada sejarah.segalanya mungkin berlaku.mungkin tidak lama lagi zionist akan berambus pergi dari bumi anbia yang suci.apakah mungkin kemenangan sudah hampir seperti yang diwahyukan oleh Allah dalam surah al baqarah ayat 214.berbunyi:



"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang

kepadamu ujian seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang sehingga rasul dan orang-orang yang beriman berkata

"Bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir

sekadar perkongsian

sangat risau.

~salam coretan ukhuwah~





2 minggu ini.sangat pening.sangat memerah keringat.


namun telah berakhirnya peperikasaan akhir tahun 2008.satu stesen persinggahan yang berjaya mahupun tidak berjaya.dilalui dengan penuh ketidak terkataan.






aku pelik.sejak beberapa minggu ini.aku bertindak pelik dari luar kebiasaan norma-norma seharian hidup aku.lalai barangkali dalam melakukan segala kerja dan apa pun.tidak begitu fokus dan ingat kepada Allah.dikaburi nikmat dunia zahir.mungkin tiada pengisian atau suntikan rohani sejak kebelakangan menyebabkan perkara sebegini. atau mungkin masih terdapat sisa-sisa jahiliyah virus yang merebak ke seluruh alam batin aku?futur?sila rujuk http://thetalkingpen.blogspot.com untuk pengetahuan lanjut tentang apa itu jahiliyah





beberapa hari yang lepas.dengan tidak tersengaja aku menonton filem menarik di HBO.Harry Potter and The Order of Phoenix.satu babak yang menarik hendak dikongsikan kepada semua.ketika itu Harry Potter mengalami keadaan lemah sangat dan futur.Bapa angkatnya Sirius Black menasihatinya dengan kata-kata beliau(remix version):-


"Dunia ini tidak hanya diduduki oleh Death Eaters mahupun sebaliknya.

Sama juga dengan diri kita.terdapat unsur kebaikan dan juga kejahatan.Kamu

hanya perlu memilih antara kedua jalan"



itulah dia hakikat diri yang sentiasa dikerumuni masyarakat bercampur-campur.ada yang jahil dan ada yang masih mengamalkan islam yang syumul.bisikan-bisikan tidak akan tidak sentiasa oleh syaitan kepada kita untuk membawa kita ke arah kehinaan.akan ditanam benih2 virus futur dalam setiap diri yang mahukan kemuliaan islam


firman Allah s.w.t :


'Maka Dia telah mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya.

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu)

dan sungguh rugi bagi yang mengotorinya'


(surah As-Syams ayat 8-10)


sekadar perkongsian






mengapa jadi begitu

~salam coretan ukhuwah~

tarikh itu tarikh yang menarik.
hari itu hari yang meriah.ceria.dalam lautan ukhuwah.bersama-sama ikhwah.
ziarah menziarahi.open house sana dan open house sini.terbaik daiiii............

Ahad 19 Oktober 2008

pada pagi yang enak.huhu.
telah diadakan jamuan raya ISMA kawasan Shah Alam Klang
dikira-kira,ditambah-tambah dan ditolak-tolak.
yang menziarah bilangannya amat menakjubkan.200 orang ke atas.
bermula dengan sesi kata-kata aluan daripada YDP ISMA Shah Alam Klang Dr Amin.
sangat terharu.walaupun tak terharu.
kemudian diikuti dengan sedikit mau'izah dan tazkirah daripada ust Rusydi Alias.hebat kata-katanya.tidak mahu *dikongsi*.4 orang sahabat dari institusi assyakirin juga hadir pada majlis gilang gemilang itu.terima kasih semua.

mendapat makanan.lalu dimakan.sangat lapar.menunggu hampir 1 jam setengah untuk makanan disiapkan.satu pengalaman.

berita terbaru telah tiba di telinga saya.
seorang akh bernama Yamin telah mengalami penyakit mednjsdTIS.tidak pasti apa penyakit itu.tp yang pastinya ia berakhir dengan suku kata 'tis'.otaknye telah dijangkiti virus berbahaya.akibat pencemaran alam sekitar.akibatnya sangat dasyat.ingatannya terhadap semua perkara.0 peratus.saya dengan beberapa sahabat bergegas ke Pantai Medical Centre utk melawat beliau.alhamdullilah semakin pulih and will be fully recovered in a few weeks time.inshallah.

isi penting tulisan ini baru saja hendak bermula

semasa berada dalam perjalanan ke hospital di dalam bas.saya berdiri di depan skrin kaca asiamedia.net.satu benda yang menarik saya dapat semasa menonton skrin kaca yang dikhaskan untuk pengiklanan.apa-apa jenis pengiklanan.satu iklan menarik yang saya usha.
dalam bentuk animasi 3D.terdapat tiga watak.berlatakarkan pemandangan alam semulajadi.di sebuah taman.watak pertama saya gelarkan ia sebagai BIRU kerana seluruh kulitnya yang biru.ia hendak bermain jongkat jongket akan tetapi malangnya tiada orang yang hendak bermain dengannya.

tiba-tiba.muncul 2 watak baru.COKLAT dan MERAH.mereka datang kepada BIRU dan berpura-pura mahu bermain dengan si BIRU.COKLAT & MERAH menaiki permainan tersebut di segenap kawasan permainan.apabila BIRU sudah terangkat.mereka melepaskan diri daripada permainan tersebut dan BIRU pun terjatuh.sangat jahat.

sedih si BIRU.apabila dia mendapat tahu kedua-dua kawannya itu dalam hati mereka hipokrit semata-mata.pasrah.kemudian BIRU lari ke tempat gelongsor untuk menikmatinya pula.sekali lagi COKLAT dan MERAH menggerakkan aksi.mereka berebut-rebut untuk meluncur gelongsor.padahal si BIRU telah sampai dahulu daripada mereka.lalu si BIRU pasrah kembali.

kisah menarik ini hendaklah dikiaskan kepada kita dalam kehidupan seharian kita.
di mana semuanya berpusing-pusing sekitar kalimah 'ukhuwah'.dalam kehidupan seharian.tidak dinafikan kita mampu memperoleh kawan yang ramai.100 orang?200?202.5 kwn?10000 kwn?penting sebenarnya kawan ini.merekalah lingkaran bulatan pelindung kita.satu payung untuk kita berada bawahnya.yang akan menasihati kita dikala kita tersilap dan dinasihati dikala mereka membuat kesilapan

tetapi persoalannya.seramai manakah kawan kita yang sanggup berada bersama kita?dikala senang,mewah ataupun dikala kita ditimpa kesusahan.BERAPA RAMAI?amatlah sedikit sekali kecuali mereka yang benar-benar faham akan apa itu ukhuwah.apa kepentingannya terhadap pembangunan islam yang mulia ini.jangan dibincangkan pasal politik.jikalau ukhuwah tidak terjaga terhadap sesama kawan.

sekadar perkongsian
[gambar akan diupload apabila ada kesempatan]


*lupa

sempena minggu keperitan

~salam coretan ukhuwah~








sudah lama tidak menulis rasanya.rasanya begitulah.begitu sibuk dengan kerja-kerja yang sepatutnya disibukan oleh seseorang penuntut.penuntut yang menuntut apa?keadilan?kebebasan?demokrasi?betul semua itu..tidak ada yang salah.macam-macam pendapat.satu rahmah.menuntut ILMU





selepas berakhir sudah epilog Sijil Menengah Agama yang baru-baru diadakan.kini detik perit yang akan muncul kembali.kemunculannya diiringi dengan jalan yang lebih sukar.lebih berduri.lebih beracun.lebih extreme. diadakan pada hari Selasa bertarikh 21 Oktober PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.




jalan ini juga akan menguji segala ketahanan diri yang dibentuk daripada beberapa siri episod kehidupan yang begitu menguatkan resistance terhadap perkara-perkara seperti malas dan futur.ujian ini juga akan melibatkan beberapa aspek yang penting dalam diri seperti ketahanan fizikal.mental.intelektual.mahupun rohani.









guru beraliran sekular selalu mengingatkan kepada saya.berbunyi begini.









"Kamu mesti belajar rajin-rajin,pass exam.So bila dah besar pelajar-pelajar boleh ada kereta BMW.mercedes.rumah banglo.pelajar semua tak nak ke??",berkata seorang guru dengan penuh semangat.masih berkeliaran di segenap wilayah kepala.luaran dan dalaman.









bukan hendak bercakap besar.jika saya begitu.tolong nasihatkan saya serta menasihatkan antara sama kita.









inilah aqidah yang selalunya kita anuti.selepas sahaja berhala Latta dan Uzza diruntuhkan.berhala 'ini' yang dibangkitkan di dalam setiap diri manusia sekarang.berhala dinar.itulah ideologi atau fahaman atau aqidah yang cuba diserapkan dan disemaikan ke dalam diri individu muslim.seni dakyah yang halus daripada musuh mungkin.sila rujuk http://myrespons.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut tentang 'seni dakwah'.






akal kita ada.dari segi logikanya.






ada apa dengan banglo besar.melainkan konkrit binaan yang cuma lebih cantik,besar dan elegan dari rumah teres biasa.tiada lebih daripada itu.biasa sahaja.







ada apa dengan berbangga dengan kereta-kereta mewah.jika setiap orang empatikan diri masing-masing.bayangkan anda adalah Sheikh Muzafar angkasawan yang tidak begitu terkenal.menaiki roket.sampai di angkasa.kita akan dapati bahawa benda-benda itu tidak lain seperti kuman atau pun seperti bacteria yang ada di dalam sebuah botol susu Yakult[tiada melamine].





sempena minggu keperitan yang akan dilalui.





bermacam-macam usaha sudah dilakukan untuk mencapai kejayaan exam final yg akan datang.namun masih belum cukup.masih main-main dalam kelas.masih tidur berdengkur semasa guru membiaskan ilmu kepada saya.penyakit dalaman katakan.satu tips kepada penuntut.lepas melakukan proses usaha.jgn lupa untuk bertawakal kepada allah setelah dikerah gila-gila usaha.sampai bengkak mata menelaah tulisan-tulisan karya-karya sejarah mahupun prinsip perakaunan.kita ini siapa.seperti dikatakan td.seperti bacteria.malah lebih micro.super micro.tidak berdaya.tidak punya kuasa.KECIL NYA KITA





tetapi jangan lupa ya.





"Sesiapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakan"




sekadar perkongsian.tidak lebih tidak kurang

mencuba nasib futsal

~salam coretan ukhuwah~




beberapa hari lepas.saya dijemput oleh sepupu saya untuk bermain futsal dengan nya dengan penuntut-penuntut taylor's college di arena sport planet bersebelahan dengan Sunway Pyramid mahupun Sunway Lagoon.futsal taylors diadakan pada setiap hari isnin,rabu dan khamis.bermula dari 4,30 petang hingga 6 petang.



sampai ke lokasi.dikenalkan kepada beberapa penuntut taylors.



"Hai,im Faruq,im Kumar,im Harith...dan sebagainya",mereka memperkenalkan diri.introduction nyer sangatlah friendly penuh dengat benih-benih kemesraan.

tidak lupa juga kepada penuntut melayu yang ada disana.bro rasydan dan abg kecik berkepala botak.lupa nama nya.semua nyer friendly benar.

dalam setiap perkara yang dilakukan.tidak boleh tidak mesti berpandukan kepada matlamat yang ingin dicapai.bagi saya.matlamat yang ingin dicapai ketika berfutsal dengan mereka ialah untuk mencapai mardahatillah.kemudian untuk belajar berspeaking english.kerana kebanyakan daripada mereka merupakan anak kepada golongan elit negara.ada yang anak kepada datuk dan sebagainya.faham-faham sendiri.dan terakhir sekali untuk observe keadaan muda mudi zaman kini.penuh pancaroba.tension sikit mula lah untuk menghisap rokok.diberi kebebasan sedikit.mula lah dilakukan aksi-aksi kurang menarik dengan jantina yang lawan jenis.

"are u going tonite alief or what?",kata kawannya dengan nada yang hmm..
"yeah baby.lets party n disco tonite"berkata alief dengan berkobar-kobar jiwa.
clubbing dan disco sudah menjadi sebati dengan diri mereka.Coco Bana menjadi teman hidup mereka.Tidak lupa juga Modesto.club-club ternama di lembah klang.cuma dang dut sahaja yang tidak menjadi pilihan.entah kenapa.bagi mereka hidup ini hanya untuk dienjoy semata-mata tanpa difikirkan balasan akibat perbuatan-perbuatan tersebut.

sambung lagi.
terus sahaja ke babak perlawanan futsal
babak yang paling tegang
semasa perlawanan.perkataan **** tidak bole tidak juga mesti digunakan oleh mereke
kerana apa.nafsu marah yang menjiwai diri mereka.seperti yang pernah ditulis oleh senior saya.adakah kita ini thermometer atau thermostat.yang hanyut atau yg control?sila rujuk http://warnahitamputih.blogspot.com untuk penerangan lanjut.mereka terpengaruh dengan kawan sekelas mahupun serumah lalu disebatikan perkataan-perkataan tersebut dalam jiwa lantas keluar lah perkataan yang kurang lazat untuk didengari.hilang mood untuk bermain bola.tapi apakan daya ini saja medium bagi saya untuk bermain bola secara ramai-ramai di hari sekolah.demi mencapai 'qawiyul jism'.

tulisan ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mereka.tetapi sebagai iktibar kepada kita untuk berhati-hati dengan jerat-jerat seperti ini.agar kita bersedia untuk menghadapi cabaran di luar yang genting penuh gangguan dan godaan.terutamanya yang duduk di 'asrama'.bersedialah.sama-sama kita persiapkan diri dengan secukup-cukup tarbiyah dan ilmu untuk meredah apa yang akan kita hadapi nanti.
sekadar perkongsian

raya yang lepas.pelik

~salam coretan ukhuwah~







saya merasakan masih sempat lagi untuk menceritakan hikayat hari raya yang lepas.



perjalanannya panjang.tapi 'pendek' cerita akan diberi.haha







tiba di Batu Pahat.aku nampak kilang Munchy's.menandakan aku sudah berada di bumi 'noh gadut'.terkelip2 mata.baru bangun tidur katakan.sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Johor.tidak boleh tidak.mesti kene tidur.mustahil kalau insan yang bernama Mohd Danial Mohd Asri untuk berjaga sepanjang perjalanan.







Tiba di rumah Mak Cik.sudah tentu isteri kepada pakcik saya.Pak Nana.Datuk Bandar Batu Pahat.lebih dikenali sebagai Elvis Presley Batu Pahat.kerana minatnya terhadap Elvis seakan-akan taksub dengan nya.besar rumahnya.memang betul-betul istana.tidak begitu cantik.tidak begitu buruk.




tambahan dengan apartment yang baru dibelinya di sebelah rumah.kami 4 keluarga dicampak sana sebagai tempat penginapan.selesa.alhamdullilah.




Gema takbir.beralun-alun.mendayu-dayu kedengaran dari bawah bukit.kerana apartment yang kami duduki terletak di atas bukit2.sayu kedengaran.teringat kembali kepada saudara-saudara yang telah pergi.meninggalkan kami menuju Tuhan.mari kita membaca surah Al-Fatihah dan menyedekahkannya kepada semuat umat Islam.Di Palestine,Morocco,Chechnya,Iraq dan lain-lain.




hilangkan duka buat sementara.sedang bercerita tentang raya.mana boleh sedih.kene la bergembira kan?




subuh yang sejuk.bunyi-bunyian yang pelik didengari.rupa-rupanya ayam berkokok.orang bandar kan.mana ada ayam di bandar.dalam mode yang sangat biasa.boleh la semangat.mandi sunat raya.solat subuh bersendirian.di suatu sudut.kerana semua sibuk menidurkan diri.dibuai mimpi.takut hendak dikejutkan.akibatnya nanti adalah buruk nanti.kena templek sekali.segan




forward 4X


-takbir


-solat raya










selepas sahaja menunaikan solat di Solok.kami pun beraya la.beraya sakan la.duit raya.malang sekali.harapan dipatahkan.apabila beraya.dapatlah sekeping 2 RM.takkan masa Ramadhan sahaja nak infaq banyak-banyak.masa Syawal ni pun kenelah jugak kan.satu peristiwa pelik berlaku semasa dalam proses beraya:-




-beri salam masuk rumah-

-salam tuan rumah lelaki-

    -memberi salam kepada tuan rumah perempuan-



seorang makcik.separuh umur.dia hulurkan tangan.gembira betul ni.awal-awal masuk nak bagi duit raya dah.hampa.rupa-rupanya dia nak salam.hah?betul.bersalaman.lain dengan kalimah memberi salam.cukup berbeza.teragak2.serious.terpaku 6 saat.kira lagi saat masa tu.terpaksa lah.demi menjaga hatinya.agaknya saya fobia akan raya.lagi-lagi pada tahun depan

[jemput-jemput lah ke rumah open house masing-masing]tiba..



dah banyak dah raya rumah orang nih.jadi kesudahannya?pulang ke bandar.ke rumah di bandar.Jadi,apa sebenarnya kesudahan perkongsian ini?tak bawa ke mana.malas nak cerita lagi.sebenarnya.semoga kita bertemu di Syawal pada tahun depan yang lebih baik.lebih aksi.lagi-lagi aksi yang 'pelik'

Jadi lah orang-orang yang cemerlang,gemilang,terbilang,pelik dan asing lagi diasingkan

*added value*

sekadar perkongsian

selesai sudah

~salam coretan ukhuwah~

alhamdullilah.penat.letih.ngantuk.mengekang mata.tempoh yang lama.semata-mata untuk SMA
tidak disangka sebenarnya.tafsir hadith yang kejam.tauhid fiqh yang byk ragam.dan sebagainya.apa pun pejam celik pejam.SMA sudah sampai ke plot peleraian.gembira tak gembira=syukur.Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada pihak SAMTAJ daripada guru hinggalah kepada pelajar kerana memberikan layanan baik kepada saya semasa menduduki peperiksaan SMA.Jazakumullah.

hari ini.hari yang dirasakan seperti hari kemenangan bagi kami.walaupun baru tamat peperiksaan SMA.belum tahu hasil peperiksaan.tidak tentu mumtaz mahupun jayyid jiddan.amat payah.

satu masa pada hari khamis pukul 3.22,saya berjalan-jalan di sekitar alam lain.alam maya.membuka mel.ada satu emel menarik yang hendak dikongsikan.mungkin ramai dah tahu.mungkin tidak.tapi apa-apa pun.moga menjadi satu ********.[isikan sendiri]

bunyinya begini

Nama, rupa dan hakikat

Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Satuperkara yg hanya ada nama maka ia tdk akan mendatangkan faedah ataukesan. Jika menyebut api, maka itu bukanlah api, tetapi percakapantentang api. Percakapan tentang api bukanlah api dan ianya tdk akanmendatangkan faedah walaupunkita bercakap tentang api berjuta kali.Jika kita lukiskan gambar api, maka itu juga bkn api, tetapi ituadalah rupa api. Rupa api tdk akan memberi kesan panas kepada kita. Ianya tdk akan mendatangkan kesan panas kpd sesiapapun yg menyentuhnya.Api yg kecil tetapi ianya adalah api,maka ia blh digunakanutk membakar kayu api dan seterusnya blh digunakan utk memasak makananatau memanaskan badan. Jika api itu api maka ia tentu meah menyala dania mesti panas. Jika ia hanyalah rupa api, maka ia tdk akan panas danianya tdk akan blh digunakan utk memasak makanan atau memanaskanbadan. Perkataan dan rupa tidak mendatangkan faedah sepertimanaperkataan dan rupa api. Kita mesti mendapatkan hakikat api. Kita mestimendapatkan api yg betul. Api yg betul mesti panas dan blh digunakanutk memasak makanan. Jika api itu tdk panas maka iu bknlah api.

Warna atau rupa gula adalah putih. Gula mempunyai rasa yg manis dan jika iadimaskkan ke dalam secawan the, maka teh itu akan menjadi manis. Jika`gula' itu mempunyai rupa spt gula tetapi ia tdk manis, maka sudahtentu ianya adalah bkn gula. Ia mungkin kaca atau garam.Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Agamajuga mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Nama dan rupa agama adalahmudah utk dilaksanakan, tetapi ianya tdk mempunyai kesan dan faedah ygtelah dijanjikan ole Allah SWT. Kita blh memberitahu semua manusiabahawa agama kiat adalah agama Islam dan nama kita adalah nama orangIslam, tetapi itu tdk bermakna bahawa kita mempunyai hakikat agamaIslam di dalam diri kita. Untuk menzahirkan rupa Islam kita blhmenukar pakaian kita kepada pakaian Islam. Kita blh melakukan srtamerta. Tidak perlu mengambil usaha yg lama untuk mengubah rupa kitakepada rupa Islam. Di dalam beberapa beberpa mingu kita blh mempunyaijanggut, berserban dan memakai jubah yg panjang. Kita akan kelihatanseperti seorang yg beragama. Pakaian kitaboleh mirip dgn pakaian Nabis.a.w. Apabila kita blh bercakap tentang agama , membaca Al-Quran dgnbaik dan blh berbahasa Arab, maka kita tentu akan kelihatan sepertiorg yg mempunyai agama yg sempurna.. jika org lain menyangka bahawakita mempunyai agama tetapi kita sendiri tidak beranggapan begitu makaitu adalah kurang bahaya. Apa yg lebih bahaya adalah apabila kitatelah menyangka bahawa diri kita telah mempunyai agama yg sempurna.

Apabila kita mempunyai perasaan seperti ini maka kita tidak akanberusaha lgi untuk membawa hakikat agama yg sebenarnya di dalam dirikita. Pakaian, serban dan janggut kita telah membuatkan kita menyangkabahawa kita telah ada agama. Pada hakikatnya kita baru mempunyai rupaagama tetapi agama yg sebenarnya belum masuk lagi ke dalam diri kita.Usaha yg menekankan kepada rupa agama dengan memberikan kepentingankepada pakaian, janggut, serta purdah tdk akan boleh bertahan lama.Apabila dilanda dengan dugaan atau ujian daripada Allah SWT segalarupa agama itu akan hilang dalam sekelip mata.. kita boleh menukarrupa kiat kepda rupa agama apabila kita mendengar ceramah agam ygbersemangat. Kita tidak boleh mendapat hakikat agama hanya denganmendengar ceramah agama. Ceramah agama yg bersemangat akan dapatmenimbulkan keinginan di dalam diri kita untuk mendapatkan agama.Untuk hakikat agama datang dalam diri kita, maka kita perlumelapanagkan masa, berkorban diri dan harta untuk membuat kerja agama.Untuk hakikat agama datang dalam kehidupan kita, kita perlu membuatkerja agama dengan cara betul dan dengan bersungguh-sungguh. Usahauntuk mendapatkan hakikat agama akan mengambil masa puluhan tahun.Hakikat agama tidak akan datang dengan tiba-tiba di dalam beberapahari. Hakikat agama akan datang perlahan-lahan. Sebelum hakikat agamadatang dalam kehidupan, kita perlu mendapatkan hakikat iman. Untukmendapatkan hakikat iman, sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah mengambilmasa membuat usaha mempertingkatkan iman selama lebih kurang tigabelas tahun. Setelah sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mendapat hakikat imanmaka barulah hakikat agam datang di dalam kehidupan mereka. Amalanagama yg pertama datang dalam kehidupan mereka adalah solah.Walaupun kita ingin membawa agama yang sempurna di dalamkehidupan kita tetapi kita telah lupa untuk berusaha mendapatkan asasagama iaitu hakikat iman atau hakikat kalimah Lailahaillallah. Usahayg kita buat pada masa ini hanyalah untuk meniupkan keinginan kepadaagama, menimbulkan kesedaran bahawa agama itu, penting dan menimbulkanfikir tentang pentingnya iman dan agama. Segala kuliah, forum, ceramahdan muzakarah yg kita adakan hanyalah untuk maksud ini. Selepas kuliahdan ceramah, keinginan dan semanagat kepada agama semakin bertambahtetapi oleh kerana `usaha' tidak dibuat dan masa tidak dilapangkanuntuk membuat usaha maka amalan agama hanya tinggal di dalam semangat,fikir, risau dan keinginan sahaja. Kesan dari ceramah dan kuliah agamayang bersemangat , kita akan mendapat rupa atau bentuk amalan agamatetapi bukan hakikat agama.Agama dikatakan mempunyai hakikat hanya apabila amalan agama itumendatangkan kesan dan faedah kepada yang mengamalkannnya.

Kesan ataufaedah dari amalan agama yang mempunyai hakikat atau `roh' sepertisolah ialah solahnya boleh menarik bantuan Allah SWT serta bolehmenyelesaikan semua masalah dunia dan akhirat. Solah yang mempunyaihakikat akan menyebabkan keinginan untuk melakukan maksiat berkurang.Apabila solah mempunyai hakikat maka ia dapat mencegah kita darimelakukan dosa dan maksiat. Apabila kita hanya mempunyai rupa danamalan agama, maka ianya tidak akan member faedah kepada kitasepertimana rupa api tidak akan member faedah kepada kita sehinggalahrupa api itu bertukar menjadi hakikat. Jikalah rupa amaln agama tidakboleh memberi faedah di dunia tentulah ianya tidak boleh mendatangkanfaedah di akhirat.Apakah faedah solah apabila solah itu ada hakikatnya? AllahSWT berfirman yg bermaksud:`Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solah. Sesungguhnya itu beratkecuali mereka yang kusyuk hatinya.' (Al – Baqarah:45)Allah SWT berfirman lagi yg bermaksud:`Sesungguhnya solah itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar' (Al-Ankabut: 45)Jika solah kita tidak boleh mendatangkan faedah sepertimana dijanjikanoleh Allah SWT, maka solah itu hanyalah rupa sahaja. Ia belummempunyai hakikatnya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan solah yangdikatakan solah oleh Allah SWT . Bersolah sahaja tidak mencukupi. Kita perlu mendapatkan hakikatnya, barulah solah itu memberi kesandanfaedah kepada kita di dunia dan akhirat.

Petikan dari buku "Enam perkara asas kecemerlangan diri" karangan DrNasoha.

jadi sesiapa yang rajin jemputlah ke open house rumah masing-masing.alang-alang jemputlah saya.huhu.seperti "alang-alang celuplah ke pekasam" bak kata seorang sahabat.tribute to ADLI

disimpang raya.ramadhan 1429 dikenangi

~salam coretan ukhuwah~







isu pilihan

ramadhan telah berlalu.meninggalkan diri.meninggal setiap individu.sedih dan pilu rasanya kerana dia meninggalkan kami.KERANA APA?




kerana tiadalah lagi Sahur yang bercirikan ala-ala catering di masjid negeri

kerana tiadalah lagi Iftar yang bercirikan ala-ala buffet di hotel-hotel


kerana tiadalah lagi morey yang disediakan oleh pihak masjid




wahai bumbur lambuk dihias daun hijau.selamat tinggal

wahai kurma comel yang diderma oleh para penderma yang ikhlas.selamat tinggal




pilu.haru.hiba.dan ape2 perkataan lah yang boleh diungkapkan di sini sebagai meratapi pemergian ramadhan yang dicintai.




berikut adalah peristiwa bersejarah pada bulan ramadhan 1429:-







  1. kemalangan antara skuter nouvo penulis dengan si cina berkereta waja di jalanraya


  2. pembedahan major dilakukan terhadap penulis di Ampang Puteri Specialist Hospital


  3. majlis iftar perdana diadakan di Hira Shah Alam


  4. program iktikaf di masjid negeri anjuran Guru Tarbiyah institusi assyakirin


  5. baju batch form3 siap dan komisennye..besar


  6. pemergian arwah Ukh Siti Hajar binti Izham anak kepada Pengerusi Institusi Assyakirin.semoga pembaca dapat membacakan al fatihah dan menyedekahkan kepadanya


  7. terlupa hendak tulis di atas.pemergian Mak Cik Azah.kawan kepada ibu penulis dan beliau meninggalkan 5 ke 7[tak ingat]anak-anak yang inshallah mendoakan ibunya.dengan sepenuh2 doa.


  8. ....................................................................................................




banyak peristiwa sebenarnya yang telah mengambil tempat.tetapi tidak mahu dikongsikan.kerana rasa kedekut dan malas serta merasakan tidak perlu dan penting untuk penulis menuliskannya.mungkin rasa menyesal kerana tidak dapat memanfaatkan sebaik-baiknya peluang ramadhan yang diberikan seluas-luasnya kepada penulis.





penulis hendak mengajak diri penulis sendiri serta kepada ikhwah & akhwat untuk meneruskan jihad tarbiyah sepertimana yang berjaya dilakukan pada bulan Ramadhan.hendak memetik kalam seorang senior hira dahulu tetapi diubah sedikit matannya dan ia berbunyi begini.



"Ramadhan bukan lah segalanya.tetapi ramadhan lah bermula segala-galanya"



moga kita telah melalui ramadhan dengan janji yang dikatakan Rasulllah di mana di awal bulan dilimpahi rahmah,pada pertengahan pengampunan dari tuhan serta paling penting penjauhan dari api neraka.inshallah.



bersambung pasca hari raya........





SEKADAR CORETAN







Iltizam Ramadhan 1429

iltizam ramadhan 1429
(diatas edisi khas,bukan yg terbaru)

muat turun sekarang

sampai jua.namun


"Allahu yubaarik fiina barakatan kabiratan li'malina wa da'watina"
[fastabiqul khairat]
melangkah jauh
membawa diri
mendidik jiwa
meransang minda
BERHIJRAH
di bulan penuh barakah
selamat menjalani persekolahan ramadhan
percuma
istimewa tiada bandingan
satu permulaan.satu kemenangan
bagi yang menghayatinya

tribute to bro hakim.lelaki helang

sekadar perkongsian.kerana bak kata seorang sahabat.dabelm(alias dia) dia berkata:-

"Sharing is caring,caring is gheying"(tak begitu faham)







seorang sahabat[abg hakim] memberi peringatan dengan smgtnya:















Ada seekor burung helang.Burung helang baru sahaja berumur 30-40 tahun.Mengikut kajian sains, helang dikatakan boleh hidup sehingga 80 tahun[berapi-api].Sesampai sahaja umur 40 tahun, burung helang tersebut boleh dikatakan agak tidak bermaya kerana memang secara semula jadinya burung tersebut akan jadi begitu.Malah fizikalnya akan turut berubah.Kukunya akan jadi lembik,paruhnya akan mencecah hingga ke lantai dan malah sayap-sayap tidak berupaya menerbangkan burung itu tinggi-tinggi.tidak seperti zaman-zaman muda dahulu.



Lalu burung helang tersebut berjumpa dengan guru nya(goreng2 sket) untuk meluahkan perasaannya terhadap keadaannya yang sebegitu rupa.Burung helang itu mahu menjadi muda kembali lalu pun di'briefing'kan akan cara atau method dalam mengembalikan keadaannya seperti di zaman2 mudanya yang indah.nostalgia.indah dikenang,rupa2nya tidak ubah seperti parit longkang.antara perkara yang dibriefingkan kepadanya ialah:-










  • pergi ke gunung yang tertinggi[boleh tahan lagi]

  • paruh mesti ditanggalkan[u can imagine yourself]

  • tanggalkan bulu2[sdgkn bulu ayam dicabut melompat2 mcm nak tergila]

  • tanggalkan kuku[eiiiiii]

  • diami tempat itu selama 30 hari[gile tak crazy,cold badai]





dalam proses ini burung memulakan aksi ngeri dengan menanggalkan paruh dan seterusnya.semua itu dilakukan dengan penuh mujahadah dan kesabaran.Dalam masa 30 hari,wajah burung helang itu berubah 180 degree.dari tak bermaya menjadi 'tongkat ali'.kuku bertukar jd parang.tajam.bulu2 jadi lebat.tip top.hebat tak hebat!!!!









quiz trivia ramadhan.menangilah hadiah terhebat sepanjang zaman tiada tolok bandingannya di atas wajah muka bumi ini.sila jawab dalam hati semata mata + akal.


soalan pertama

siapa anda dalam cerita tersebut?

soalan kedua

apakah bulan pd tempoh 30 hari tersebut?












jadilah orang yang ada fikiran lantas berfikir









selamat menjalani bulan penuh brain/heart wash



selamat menunaikan kewajipan ibadah puasa di bulan kareem ini



moga kita menjadi pemenang pada tahun ini.



*jgn bg org lain mng*

between the two days

__________________________________________________________





merdeka!!

merdeka!!

merdeka!!

merdeka!!

merdeka!!

teriak PM pada tepat 12 tgh mlm.

"krack-krack,booommm2.......",barangkali itu la bunyi yang mungkin kita dengari setiap kali berlakunya sambutan hari kemerdekaan..tak lupa juga...(aku sayang kepada mu.dayang cintakan mu ataupun mentera..semerah pagi...mentera...semerah pagi mahupun yang sama waktu dengan nya)itulah alunan muzik irama lagu rock,pop rock,balada mahu pun *tut* seperti yang termaktub dalam salah satu karya hebat dan masyuk faisal tehrani.itulah bunyi-bunyian yang bising lagi membingitkan(ntah kenapa rakyat malaysia terasa syok sgt )

yang akan mewarnai malam merdeka dengan penuh riang gembira+full of happiness(bg mereka)



Heh.bila dah malam merdeka ni.faham2 sahaje.bila dah kumpul satu tempat.tengok,dengar dengan asyik sesuatu konsert bercampuran man n woman.boys n girls.mula la.selepas habes sahaja konsert.'permainan' pun bermula.diajak ke suatu tempat.gelap dan romantis.si kacak menghembus ayat-ayat manis.cinta kepada si gadis.si gadis menjawab "ahhh..sedap...romantik la.."...10 minit kemudian.kegadisan dirobek-robek dengan rela si gadis tuan empunya badan manakala serigala buas menerkam dengan nafsu remaja.huhu.cuba bayangkan.(tgh bayangkan spt di layar perak)..mashallah.'adzim' remaja-remaja zmn kini.sudah maju.bak kata Berita Harian kan.
dunia sudah berubah....................................................




______________________________________________________


RAMADHAN incoming



"mak,jom gi masjid mak.sheikh sudais turun lek..",berkata syed safwan dengan tiba-tiba.
"nak buat ape?",soal emaknya dalam keadaan dilemma.
"buat ape lg.mesti la nak solat maghrib.pastu kalau ade mase,abg nak bace quran.solat sunat lain2 lagi.ramadhan dah nak masuk dah",berkata syed safwan dengan perasaan yang gembira.
Ibunya pun terasa bersalah.muka menjadi blurr.dan berpikir.bagus betul anaknya.untung rasanya mendapat anak yang soleh seperti syed safwan.

____________________________________________________________________



dapatkah anda merungkai segala peristiwa di atas?....processing.....di mana kita berada di kala terjadinya malam2 di atas?adakah kita sibuk dengan Merdeka yang penuh dengan gejala gejala hitam pahit yang merebak ke seluruh negara umpama cendawan celup ke pekasam(baru pnyer peribahasa)


atau pun


kita sibuk dengan mempersiapkan diri.menguatkan segala kekuatan untuk menghadapi ramadhan daripada segi fizikal mahupun rohaniah?


so menjelang ramadhan ni.diajak diri ini terutamanya.dan juga orang lain utk bersama-sama
mengabdikan diri masing masing yang jahil hina dan tak berdaya dengan menghidupkan bi'ah ramadhan.dengan mengambil sebanyak-byk nya mutiara daripada tarbiyah ramadhan yang disediakan khusus untuk kita pada bulan yang mulia ini.sbb ingat geng pada bulan ramadhan :-

AWWALUHU RAHMAH (awalnya rahmat)
AUSATUHU MAGHFIRAH (dipertengahannya keampunan)
WA AKHIRUHU ITQUM MINAN NAR (dan akhirnya terselamat dari api neraka)...
miahiahiahia
(jgn byk gelak,gelap hati)

saja hendak berkongsi.segala baik dan buruk datang drpd Allah.dan asbab berlakunya sesuatu keburukan dalam tulisan ini adalah datang daripada diri yang tak tahu menulis ini.

*haraf dimaafkan.takde gmbr hendak dikongsi.malas*





back to school season



dah lama aku tak duk depan laptop ni.taip bende2 merapu.cuti baru ni macam-macam aktiviti.pehhhhh.penat.sgt penat.penat tak penat kene pegi sekolah gak isnin ni.aduhai aduhai.rase macam nak cuti lagi.tapi takut kena sound ngan mudir.hehe.




ada satu hari tu aku gi futsal.bertarikh unknown hari ahad.futsal telah dianjurkan oleh PEMBINA(Persatuan Belia Nasional) dan KRIM(Kelab Remaja ISMA).mmg gempak.sebanyak 4 kumpulan telah mengambil bahagian.antaranya ialah Unisel,Institusi As-Syakirin, Institusi Hira dan juga buat julung-julung kali nya Kelab Remaja ISMA juga telah mengambil bahagian.hahaha.




ini result friendly baru-baru ni:-



    1. Unisel

    2. As-Syakirin

    3. Hira

    4. Kelab Remaja ISMA(cuba lagi yer)




................................................................................................



ada satu hari tu aku dengan laghanya telah menonton mcm-mcm filem barat.umpama mat dadah dengan dadahnye.aku ngan akmal(kwn) dengan filem2 best.yg paling best cerita Superman Return dengan Evan Almighty.dalam cerita Superman.aku perasan Lois Lane bengang dgn Superman sebab tinggalkan Metropolis dan akibatnya Lois tulis satu article yang bertajuk :



"The world doesnt need a saviour like Superman".



benarkah?



dikala ummah tengah sibuk dengan hiburan.bercouple.bercinta2.merempit.dadah dan sebagainya.mungkin mereka tak faham.mungkin di dalam lubuk hati mereka.suara mereka menjerit 'HELP!!' bergema tapi malang sekali tiada kedengaran.mereka memerlukan penyelamat.untuk membimbing mereka.aku pun juga memerlukan penyelamat.mungkin tugas menyelamat adalah satu tugas yang amat berat.



Dalam filem Evan Almighty,aku terdengar satu kalam yang barangkali bila aku dengar,aku terfikir.kalam-kalam tersebut diucapkan oleh Morgan Freeman dalam satu babak dalam restoran bersama isteri Evan:-





"Tuhan tidak akan memberi kesabaran secara bulat-bulat kepada si di uji,



sebaliknya Tuhan akan memberi dia peluang untuk bersabar.



sama ada dia memilih untuk bersabar atau tidak."





jadi tugas 'menyelamat' kalian masih banyak.masih jauh.masih berliku-liku.kerana tugas 'menyelamat' ini tidak akan dapat dicapai dalam masa sehari.mahupun dua hari.ia memerlukan kesabaran.walaupun segala ujian,tomahan dan segala duka perlu dilalui.kerana segala dan setiap ujian tersebut membuktikan Tuhan masih sayang kepadamu.bersangka baiklah kepadaNya walau dalam apa jua keadaan.satu formula=menyelamat perlunya kepada kesabaran(hanya sekadar perkongsian)





so.ape2 pun always pray 4 my success for the incoming exams.prepare yourself for the extreme awsomeness school season.





superman+evan almighty=suatu pengajaran.



















Rehlah Kelab Remaja ISMA Shah Alam



salam alaykum w b t

dengan ini di isyhtiharkan bahawa

kelab remaja ISMA Shah Alam ingin menjemput remaja(lelaki) untuk join rehlah


tempat: Kuala Selangor Sea View
masa: Rabu 2 petang hingga khamis 12 tgh hari
yuran: 15 ringgit je drpd bazer kat cc kan?hehe
aktiviti:sukan,swimming pool,bbq dan sebagainye.
berkumpul di masjid munawarah seksyen 27 pada pukul 11 pg utk pendaftaran.


hendak menyertai?

btul nak join ni?biar btoll..boleh aje.hari ni(selasa) adalah hari terakhir bg confirmation.

kalau lmbt.naseb2.


death note episode 1

salam buat bloggers.



petikan pertama



hari lalu demi hari.



heh.aku masih sini lagi.alhamdullilah wa syukrullilah.


lega sungguh.takdir aturan Tuhan.sangat extreme






kegempakan Tuhan menentukan takdir sesuatu perkara(zarah&susunan planet),


untuk seseorang mahupun segalanya yang ada.alangkah hebat Tuhan



BLANK sementara





petikan kedua




alkisah sebuah hikayat pada tarikh ** ** ****.tidak diketahui mahupun ingin diingati.


7.20 pagi


sebuah motor tercampak mana2.


motor yamaha rc ke lc tak ingat.


pastu dengan tak disangka2.


ada mayat di hadapan.


terbaring.segan tak segan tak mahu.


janggal rase nye.ada manusia mati terbaring dengan selambe di depan mata.


dalam perjalanan ke institusi assyakirin seksyen 13



dengan nouvo ku.heh.sungguh tak sangka hariitu.


aku diam.smpi ke tempat pembelajaran assyakirin.



7.50(terlambat klass)


ust basir piah berjalan menujuku.


cuwak........gentar........


aduuhh.


ustz:asl dtg lmbt?

penulis:ada org mati.

ustz:knapa org tu mati?

penulis:sbb.......................(aku b'fikir)


hmmm..kalau hendak difikirkan kembali.
si mati baru nak pergi menjejakkan kaki ke pejabat
rutin harian si mati barangkali.mungkin kita boleh sahaja berada dalam posisi sebegitu

kamu pembaca lepas sahaje membaca blog ini

kebarangkalian utk hidup atau mati

adalah 50 peratus




"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati"

(kalamullah)



tidak kiralah dia mati menaiki motorsikal ke

kereta kebal ke mahupun semasa menguyah gula-gula

sugus sambil melihat televisyen

to be continued


(petikan pertama+kedua=hakikat)

Hari Kantin As-Syakirin 2008

" profesional bertaqwa?''
hehe.sile baca petikan di bawah.
pengumuman yang pasti menggemparkan.
Sekolah Integrasi akan mengadakan HARI KANTIN SEKOLAH
2008 pada hari Jumaat, 29 ogos 2008.
Ahlan Wa Sahlan Wa Marbahan Ya RAMADHAN
semua dijemput hadir
jikalau berkesempatan.datangla beramai-ramai.
atau pun secara perseorang
(tp tak syok la)

aku.hidup.ilham pertama




ntah tiba kenapa tergerak dalam hati sanubari ini untuk menaip.



seakan-akan dipaksa untuknya.atau mungkin kerana pagi yang udara nya bebas daripada virus ancaman dunia.mungkin.mungkin kerana smgt berkobar-kobar utk menjejakan kaki ke sekolah menyebabkan perkara yang sebegini berlaku.



amatlah jarang sekali.datang peluang sebegini hanyala dalam jangka berbillion-billion masanya.

sungguh syukur ku sujudkan kepala ku di lantai hina untuk Maha Pengasih.



tetapi dalam meniti laluan dan perharungan di sekola tarbiyah.,terdapat juga beberapa masalah.masalah ummat.wahai rijal-rijal !dimanakah kamu???



"ko tgh wat ape tuh?"tye ana kepada seekor fulan sambil bercouple2 dengan selamba di tgh2 jalan."ahhh.aku tak wat ape2 la.borak ngan si 'tut' je.lepak arrr!!!"jeritnya dengan suara yang kesar lagi garau bak harimau yang tidak tertahan nafsu nya.



"abg dan,Israel tu siapa?"



'abg hidayah,boleh ajar sye tarbuyah,sbb skola ni tak penah ajar saya psl tarbiyah?"





Inikah GENERASI yang kita mahu ?



tidak tahu menahu akan asas-asasil islam



tidak tahu menahu akan saudaranya di Falasteen,Iraq,Chechnya mahupun Mindanao



tidak tahu akan ape ISLAM yang syumul dan sebenarnya





Memang benar.....tetapi apa kan daya.inilah REALITInya. dalam mengharungi arus-arus ini.ushh.teramat la menyeksakan.tau tidak
mengapa.tarbiyah dibuang.jahiliyah diagung2kan.manekan Tuhan tidak suka.sehingga Tuhan menggantikan bangsa 'super power'

dengan Zionis Israel yang dilaknat.tetapi ana percaya.kemenangan akan menjadi milik kita.pasti sekali.tiada keraguan mahupun
persoalan tentang nya.



Jadi....bersiap sedialah diri dengan segala 'keperluan' sebelum menerobos+merempuh dugaan dan cobaan.kerana jalan ini penuh
dengan nya.Bawa kembali daulah islamiyah ke dalam diri lantas membawa kembali daulah islamiyyah di atas muka bumi ini.(indah
sungguh kalam syeikh tarbbiyah ustaz mustafa masyhur)





pengenalan semata-mata







Mukaddimah semata-mata.pembuka bicara dengan memanjatkan kesyukuranku kepada Rabbku


di atas hidayah dan inayah dan kasih


serta cinta kepada hambaNya.Selawat dan salam ke atas Baginda An-Nabiyul Akhiruzzaman.Muhammad s a w , ahli baitnya,para


salafusolleh,syuhada dan auliya


serta mujahid-mujahid sang pengembala dunia yang menegakkan kalimahMu Ya Allah pada tempat yang paling mulia.




ku persembahkan post pertama ini ..........


dengan penuh kedhaifan dan serendah-rendah diri kepada Tuhanku.


wasilah ini juga hanyalah mau'izah dan peringatan bagiku semata-mata.


Namun jika ada kebaikan serta kemanfaatan


untuk para pembaca dan pencaknanya


semuanya adalah kurniaanya semata-mata.









*takde ape pun senarnye*(introduksi pertama semata-mata)