Ekspedisi Aman Palestin Gaza kali ke-8


Bersama murabbiku.beliau bakal berangkat ke gaza esok pagi melalui sempadan rafah dengan team aman palestin yang lain untuk menyalurkan bantuan medical dan makanan kepada penduduk gaza.harap2 satu hari nanti dapat ku jejakkan kaki ke sana

Short Film-Agenda


Sebuah short movie tentang realiti kita, umat islam. Sebuah teguran, sebuah persoalan untuk kamu semua.Kita semua

Video ini telah ditayangkan di Seminar Agenda Umat yang bertempat di Conference Centre, Cairo University pada 6 April 2012.

Brainpower Production
6 mac 2012.

Seminar Agenda Umat ISMA MESIR




Boleh daftar di sini

Kehebatan dan kesungguhan para pahlawan pejuang Islam zaman lampau amat disegani oleh segenap lapisan masyarakat dan diiktiraf oleh semua golongan manusia. Hasil perjuangan mereka yang meninggalkan kesan yang amat bermakna telah membuka mata dunia seluruhnya. Apabila diselusuri setiap detik perjalanan mereka berhempas pulas memperjuangkan Islam agar tetap berada di kedudukan yang tertinggi menaungi kehidupan manusia, terbukti kegemilangan pengaruh Islam telah tersebar meluas merentasi benua dan lautan. Dengan berkiblatkan agama yang benar inilah kita telah dapat terus hidup di muka bumi menuju kehidupan akhirat dengan sempurna dan jauh daripada norma-norma kehidupan yang merosakkan.

Namun, apabila melihat kepada beberapa episod peristiwa yang berlaku belakangan ini di seluruh dunia lebih-lebih lagi terhadap umat Islam di Malaysia, masa depan negara dan rakyat seolah-olah umpama telur di hujung tanduk menjadi pertaruhan pelbagai pihak bagi mengaut keuntungan dan kepentingan tertentu. Agenda-agenda daripada pihak luar sudah semakin bertapak kukuh di tengah-tengah masyarakat umat Islam di tanah air. Arus fahaman liberal atas nama hak-hak asasi manusia, usaha pembudayaan baru dengan nilai-nilai luar, ancaman Kristianisasi, gerakan Syiah, tuntutan-tuntutan persamaan taraf Islam dan selain Islam menjadi satu keadaan yang amat membimbangkan bagi yang mempunyai sensitiviti Islam.

Walau apa jua keadaan umat Islam pada hari ini, satu gelombang usaha yang bersunguh-sungguh perlu dikerahkan demi mempertahankan kesucian dan ketinggian Islam. Sejajar daripada itu timbul persoalan apakah sebenarnya agenda Islam dan di manakah kedudukannya dalam menghadapi segala cabaran itu serta sejauh manakah agenda yang sedia ada mampu benar-benar mempertahankan kesucian dan ketinggian Islam? Dengan ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu seminar berkenaan Agenda Umat Islam dan ia bakal berlangsung selama sehari dengan pembentangan resolusi perbincangan dan sesi dialog antara para peserta dan ahli panel undangan.


OBJEKTIF

1.0 Menekankan anasir-anasir agenda musuh seperti pluralism, kristianisasi dan lain-lain yang sedang menyerang umat Islam sekarang terutamanya di Malaysia.

2.0 Menanamkan kefahaman ringkas tentang slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat kepada masyarakat mahasiswa di Mesir.

3.0 Mengembalikan kesedaran tentang tanggungjawab supaya umat kini kembali beragenda.