Tiada Gambar

Mukaddimah semata-mata.pembuka bicara dengan memanjatkan kesyukuranku kepada Rabbku
di atas hidayah dan inayah dan kasih serta cinta kepada hambaNya.Selawat dan salam ke atas Baginda

An-Nabiyul Akhiruzzaman.Muhammad s a w , ahli baitnya,para salafusolleh,syuhada dan auliya
serta mujahid-mujahid sang pengembala dunia yang menegakkan kalimahMu Ya Allah pada tempat yang paling mulia.


Agaknya sudah beberapa ketika saya tidak menjejakkan jari jemari yang 10 ini untuk sebarang post baru.Agaknya perasaan malas serta rasa tiada kepentingan dalam menulis menyebabkan perkara ini.Bukannya tiada isu atau cerita kehidupan utk diceritakan,malah banyak sekali yang mahu diluahkan.Malangnya.

Pelik agaknya tahun ini,lebih-lebih lagi pada raya eidul adha baru-baru ini.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas,kerana pemergian nenek ke Rahmatullah menjadikan family gathering tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya.Mungkin sudah tiada rasa keterikatan dengan keluarga ataupun kerana hilang keberkatan ukhuwah dalam keluarga yang menjadi asas kekuatan sesebuah keluarga tersebut.Apa-apa pun,lupakan sahaja.

Sebenarnya,jauh dalam lubuk hati saya,rindu saya terhadap zaman persekolahan sebelum-sebelum ini dikenangkan kerana pada cuti 2008 ini,kehidupan saya hanya berkitar di sekitar

Subang Jaya-Shah Alam-Klang-Hulu Langat-Seremban

tiada apa-apa matlamat yang sebenar dalam meronda-ronda sekitar kawasan ini kecuali mendapat keredhaan Allah yang mana saya rasa saya tidak mendapatnya.Menziarahi rumah saudara,kawan mahupun ke berbagai tempat tidak memenuhi objektif yang ditetapkan oleh saya semasa sebelum cuti.Malangnya.

sebuah perkongsian kehidupan

memecah kesepian



Khamis bertarikh 4 December,saya ke kuliah sains yang mengambil tempat di Subang Jaya.

Pendek cerita,diajarkan si pengajar tentang Pathogens iaitu satu istilah atau frasa yang membawa makna microorganisma yang mengancam,tidak berperikemanusiaan kerana ia bukan seorang manusia.

Pathogen ini terdapat 4 jenis iaitu Fungi, Bacteria, Virus dan Protozoa.Semua ini boleh dielakkan dengan disuntikkan vaksin semasa kita kecil-kecil dulu.Ingat lagi tak?Kenangan terindah..

Malang sekali, saya selalu tidak hadir ke sekolah semasa ada program suntik menyuntik ini.
Sekarang saya baru sedar,saya telah melakukan kesilapan besar.Kemungkinan tinggi saya mempunyai peluang yang kecil untuk melawan pathogens tersebut.

Tetapi sehingga kini,saya hanya mampu berasa bersyukur kerana masih dapat menjalani hidup seperti biasa.Hanya menunggu masa.
Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores