Tiada Gambar

Mukaddimah semata-mata.pembuka bicara dengan memanjatkan kesyukuranku kepada Rabbku
di atas hidayah dan inayah dan kasih serta cinta kepada hambaNya.Selawat dan salam ke atas Baginda

An-Nabiyul Akhiruzzaman.Muhammad s a w , ahli baitnya,para salafusolleh,syuhada dan auliya
serta mujahid-mujahid sang pengembala dunia yang menegakkan kalimahMu Ya Allah pada tempat yang paling mulia.


Agaknya sudah beberapa ketika saya tidak menjejakkan jari jemari yang 10 ini untuk sebarang post baru.Agaknya perasaan malas serta rasa tiada kepentingan dalam menulis menyebabkan perkara ini.Bukannya tiada isu atau cerita kehidupan utk diceritakan,malah banyak sekali yang mahu diluahkan.Malangnya.

Pelik agaknya tahun ini,lebih-lebih lagi pada raya eidul adha baru-baru ini.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas,kerana pemergian nenek ke Rahmatullah menjadikan family gathering tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya.Mungkin sudah tiada rasa keterikatan dengan keluarga ataupun kerana hilang keberkatan ukhuwah dalam keluarga yang menjadi asas kekuatan sesebuah keluarga tersebut.Apa-apa pun,lupakan sahaja.

Sebenarnya,jauh dalam lubuk hati saya,rindu saya terhadap zaman persekolahan sebelum-sebelum ini dikenangkan kerana pada cuti 2008 ini,kehidupan saya hanya berkitar di sekitar

Subang Jaya-Shah Alam-Klang-Hulu Langat-Seremban

tiada apa-apa matlamat yang sebenar dalam meronda-ronda sekitar kawasan ini kecuali mendapat keredhaan Allah yang mana saya rasa saya tidak mendapatnya.Menziarahi rumah saudara,kawan mahupun ke berbagai tempat tidak memenuhi objektif yang ditetapkan oleh saya semasa sebelum cuti.Malangnya.

sebuah perkongsian kehidupan

2 comments:

Unknown said...

janganlah dibiarkan keterikatan dalam keluarga itu semakin renggang. Satukannya kembali kerana terasa kehilangan kelak apabila suasana harmonis dalam keluarga itu tiada lagi...

danialarief said...

terima kasih..

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores