Kadang Kala Sejarah itu Membosankan

Salam Ukhuwah

Rasanya sudah lama saya tidak menulis di sini ye.Betul tak?(Betul!!jwb pembaca)
Bukan apa.Biasalah,saya ni manusia kadang kala terasa malas dalam diri ini.Tambahan pula dengan ketiadaan idea untuk menulis.Tidak seperti mereka yang sudah lama dalam arena ini.


Straight to the Point

Yerp.Hampir 2 minggu sudah saya menjejakkan 2 kaki beserta 10 jari kaki ke
SAMTTAJ a.k.a Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jamaah.Pelajar-pelajarnya mesra.Guru-gurunya bersemangat untuk mendidik kami.Berbaloi sungguh usaha saya setelah berpenat lelah pada cuti Disember lalu apabila saya terpaksa berkeras dengan pegawai Jais semata-semata untuk ke sekolah baru.

Bak kata Tuhan:
"Sesungguhnya pada kesusahan ada kesenangan" (harap2 begitulah)


Sejak masuk ke sekolah baru,saya perasan pelajar-pelajar tekun gila belajar.Lagi-lagi semasa pelajaran Math+ Add Math.Tidak macam saya,selalu sempoi2 je blaja.Akibatnya,kuranglah kegempakan dalam result.Nasihatkanlah saya ni.

Tidak seperti mereka,saya lebih cenderung kepada subjek Sejarah,Sivik dan sebagainya berbanding Add Math dan
yg sewaktu dengannya.Bagi pelajar lain,Sejarah mungkin nampak bosan,mungkin kerana cara P&P guru Sejarah yang kurang enak(selamba kritik guru,maafkan saya)






KENAPA??

Saya tertarik dengan satu bahagian muqadimah yang saya baca dari buku Ini Sejarah Kita.Ia mengatakan untuk kita memahami Islam,perlunya penguasaan yang mantap pada 2 aspek iaitu Sains Tulen(kanan) dan Sains Sosial(kiri).Sejarah juga terdapat dalam Sains Sosial cth:SEJARAH,law,business dan sebagainya

Senang cerita,kedua aspek2 menjelaskan fenomena alam,lebih tepat lagi iaitu Ketentuan Tuhan dalam sesuatu perkara untuk panduan kita dalam kehidupan seharian.Terdapat banyak dalil tentang Sunnatullah dalam Quran yang rasa2nya kita bole cari dalam quran.

Buku tersebut juga mengatakan pentingnya Sains Sosial daripada Sains Tulen kerana penguasaan manusia terletak kepada mereka yang menguasai bidang Sains Sosial.

Saya bagi satu perumpamaan,jika perumpamaan ini salah..sila betulkan saya.

Saya(Sains Sosial):Yang menggunakan alat/wasilah
Duit(Sains Tulen)=Alat/wasilah mencapai matlamat
Produk=Matlamat

Kesimpulannya,saya suka SEJARAH(walaupun tidak pernah mendapat A)



sekadar perkongsian






1 comment:

Anonymous said...

Considering the things whether it spark our brain left or right is like we are liberalizing the knowledge discipline itself. To master knowledge discipline is first we have to master discipline.

Any knowledge does not belongs to left or right, but, I admit it cultivates either both. But, just receive it as a knowledge, think it as our brain conditionally received as whole, not partially.

Then, we'll see, it's better to walk with two legs rather than being a handicap.

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores