Terus Terbang Tinggi Post Spesel

Saya postkan posting kali ini khas untuk kamu berdua Nafis dan Farahiyah yang telah FLY ke Tanta dan Mansourah.




Maafkan segala salah silap kami.Tengah mood hari raya lagipun.Itu yang nak berminta-minta kemaafan daripada kau orang..heh

Hahaha.Saya harap kehadiran saya di airport bersama kamu semua dapat membuatkan kau orang tahu bahawa seorang kawan itu akan tetap berada bersama di hati walaupun kau orang jauh di perantauan.Masih ramai yang menghargai kehadiran kau orang.

To Nafis,jangan guna pen(hadiah) tu untuk benda-benda cikai.Guna masa exam nanti.Insyallah gempak result.hehe

To Farah,haha..sorilah takde hadiah ke apa-apa.Saya tak semasyuk bro Rahim.hehe.Hadiah saya,harapan dan doa sahaja.Kira hadiah la jugak kan..kalau terjumpa Qayyum di sana..sampaikan salam sayang saya kepada beliau.

Tidak lupa juga kepada bro-bro senior yg telah dan akan pergi ke Mesir nanti.Bro Munir,Fuad and sebagainya.Doakan saya dapat menjejaki langkah-langkah kalian.

Maafkan saya jika saya terlebih-lebih dan terlalu emosional.

Untuk Kau 2 Orang

the 2 days were sad and full with sorrow.








Hari Ini Hari Hosni Mobarak

Salam Satu Malaysia.Duit Raya Ditambah.Open House Diteruskan


Salam Eid Mubarak.Eid Sa'id.
Kullu Am Wa Antum Bikhair.
Taqaballahu minna wa minkum.
Minal Ai'idin wal Faizin.


Tanah Melayu

I wonder,macammana suasana eid fitri ketika berada di zaman abad ke-15?Macammana boleh timbul lagu-lagu raya bagai cendawan?Kenapa raya di Malaysia,hari yang sedih,terkenang arwah nenek atau orang yang tersayang?Bagaimana dengan membaca Yasin di setiap kubur orang yang disayang pada pagi raya?


Australia.NZ.America.Egypt

Hari yang gembira.Makan-makan dengan penuh passion.Mesti makan dengan Malaysian society ataupun dengan konco-konco Datuk Anifah.cuma sedih tidak dapat beraya bersama keluarga.ada mercun kat kampung.di sana ada tak?tidak dapat merasa kuih raya mak.sambal goreng nenek dan asam pedas makcik yang delicious.

Pernahkah ada pengkaji hari raya yang mengkaji asal-usul hari raya dan evolusinya?Kalau ada,beritahu saya.Interested.






Maafkan saya.gambar saya tiada disini.semuanya Dirated x dan kacak-kacak.huhu



Matrikulasi Ramadhan-Syawal 1430h

Terasa begitu cepat detik waktu berlari dan musim pun berganti




Aku mengunyah butir debu-debu
Yang garing di kebun tamarMu

Terlalu mudah aku melepaskan Ramadhan berlalu
Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu


Pernah kutinggalkan kau Tanpa beralas syukur
Lalu lebur peluang terkubur Rindu kemudian subur
Pernah ku abai nikmat Damai yang hadir hinggap
Kini kusingkap tirai dan tingkap Perbetul tiap silap
kan kupastikan ramadhan Berlalu dengan makna
Tarbiyah taqwa tersisip ke tiap inci nyawa
Ku bimbang tiada esok Untuk ku sambut lagi
Bulan tercinta pendamai jiwa Limpah rahmat Ilahi



si-kacamatahitam.blogspot.com

Enjit-Enjit Semut.Siapa Sakit Buat Tak Tahu


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

5 September 2009





”Dahulu kita ada pejuang bangsa yang sejati, dan pejuang Islam yang sejati. Tetapi kini semua itu tidak wujud lagi. Perjuangan nasionalis mahupun islamis telah diancam dengan arus liberalisasi, demokrasi dan globalisasi. Arus-arus ini telah menyebabkan parti-parti politik berkompromi tentang hak-hak bangsa semata-mata ingin mencapai kemenangan dalam pilihanraya,” tegas Ustaz Abdullah Zaik






Memberi contoh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Ustaz Abdullah (Presiden ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia)mengatakan bahawa ahli gerakan tersebut dipenjarakan setiap hari, diseksa dan dibunuh, namun tetap kekal dalam tema perjuangan ”Islam Adalah Penyelesaian” tanpa terdorong untuk menuruti arus demokrasi yang lebih. Oleh itu, beliau berkata ISMA akan komited dalam mendidik masyarakat Muslim khususnya Melayu untuk kembali kepada ajaran Islam terlebih dahulu kerana inilah yang akan menjamin kejayaan yang hakiki.








1.Boleh rujuk laman ini jika hendak mengetahau dengan menyeluruh(taklah menyeluruh pun)
2.credit to akhi Nu'man for the wonderful pictures of life
3.End

New Perspective Of Independence??

Bosan dengan persepsi kebiasaan erti kemerdekaan?

Mahukan perspektif baru dan segar dalam menafsir erti kemerdekaan?

Mengapa kita gagal untuk bersatu atas satu akidah walaupun berbeza pendapat ?

Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?

Mengapa kita terus menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita walaupun kita tahu kita adalah umat terpilih dan dimuliakan Allah Taala?




Tarikh
5 September 2009 / 15 Ramadhan 1430H

Masa
8.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi
Dewan Serbaguna Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(Masjid Negeri Selangor)


Aktiviti-aktiviti
Forum Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna & Melukis (6-12 tahun), Pertandingan Membuat Kolum, Pameran, Teka Silang Kata & Gerai Jualan.


Jom ! Kita ramaikan Forum Kemerdekaan ke-52 anjuran ISMA Shah Alam

http://ismashahalam.blogspot.com
http://krimsak.blogspot.com

Muslim,Obama,Ramadhan-MoR

Satu Pengiktirafan.Atau Ini Sekadar Persepsi Saya yang Bukan-bukan

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores