Palestin Bukan Isu Kita Lagi?

Tulisan ini sekadar apa yang ada di dalam kepala saya yang kecil ini.

Saya masih ingat lagi,December 2008 kita digegarkan dengan serangan Zionis terhadap Palestina.Ketika itu,keadaan riuh.Semangat ambil tahu tentang saudara kita di sana seolah-olah tiada penghujung.Seolah-olah sahaja.

Namun,ramai yang masih tidak sedar peperangan masih berlangsung.Yang tahu baguslah.Isu Palestina ini dijadikan seolah-olah perkara yang hangat-hangat tahi ayam untuk diperkatakan.Awal sahaja panas.Sekarang,sejuk sahaja..

Tidak boleh dipersalahkan kepada sesiapa.Mungkin isu yang lebih hangat dan tinggi nilai komersial yang dijadikan tumpuan oleh media massa.Dalam surat khabar.Dalam Buletin Utama.Pilihanraya Bagan Pinang.Konsert Black Eyed Peas.Lain-lain mungkin.Menenggelamkan isu Palestina.Saudara kita.

Insiden di Masjid Al Quds baru-baru ini yang menyaksikan orang Islam ditembak di perkarangan masjid dan dilarang untuk memasuk kawasan masjid adalah satu penghinaan yang besar kepada ummat Islam.Di manakah kemuliaan orang islam?

Seteruk mana pun kita ini,marilah sekurang-kurangnya sama-sama menyahut seruan,marilah ambil tahu tentang masalah Palestina.Tidak mahu menyampaikan kepada orang lain pun tidak mengapa.Ambil tahu sudah cukup kerana ia sudah memenuhi tuntutan hadis rasullah yang menyuruh kita mengambil tahu tentang saudara-saudara kita.Jikalau tidak,kita bukan dari golongan mereka.Menyampaikan kepada orang lain,amatlah digalak-galakkan.

Terakhir,ntuk maklumat dan tepat dan sahih,disarankan jangan bergantung seratus peratus kepada surat khabar dan other mainstream media.
Berita-berita terkini boleh diperolehi di http://infopalestina.com dan yang satu rangkaian dengannya.

Insyallah,kita tolong mereka dengan kita tolong diri kita dahulu.Dengan tahu.

Wallahu Musta'an







bagi menambahkan semangat.

1 comment:

psychomatix said...

Salam.

Isu Palestin dan mana2 lokasi kependudukan umat Islam di dunia ini adalah isu semua Muslimin. Kita tidak boleh berlalu sambil mengatakan "Itu tidak berlaku di sini."

Persoalan kedua - jika ianya isu kita ... maka apa yg perlu kita lakukan? Itulah dia yang harus pertama sekali kita semua duduk dan bertukar pendapat - dari level kita yg paling kecil ... apa yg boleh kita lakukan.

Apa pun, bukan wang yg mereka perlukan tetapi bantuan tenaga dan politik dunia utk mengusir Yahudi Zionis keluar dari Palestin.

Sebagai seorang blogger - teruskan menyebar isu sebenar di tanah genting Gaza dan teruskan menyebutnya sehingga semua umat Muslimin tidak melupakan apa yang terjadi di Palestin. Doakan keselamatan saudara2 kita di sana dan semoga Yahudi Zionis semuanya dihancurkan sebelum mereka mampu melangkah untuk membunuh saudar2 kita.

Salam Perjuangan!

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores