A New Decade Resolution,Maybe..

Alangkah ruginya jikalau saya mengakhiri tahun ini dengan ketiadaan sebarang posting bukan?

Ya.Rugi.
(minum milo dalam mimpi)

1 Januari 2009 seperti berlaku pada semalam hari.Apabila menjejakkan langkah ke tahun 2009 dengan suatu keazaman dan keyakinan bahawa saya boleh melonjakkan diri saya kepada yang lebih baik.

Namun,saya akui juga,banyak juga rintangan yang dilalui sepanjang tahun ini.Kadang kala ingin saja berputus asa terhadap kehidupan kerana masalah-masalah yang pelbagai tiba-tiba sahaja menyambar pada tahun 2009.Bukan sahaja SPM sahaja yang menjadi taruhan,malah seluruh masa depan bergantung pada tahun ini akan tetapi saya dapat mengharungi cabaran-cabaran tersebut.Masa depan yang saya maksudkan bukan tertakluk kepada result SPM,akan tetapi kepada masalah yang lain.Tidak diceritakan di sini.

Banyak juga kenangan manis tahun 2009 sebenarnya.

(hanookah tidak elok untuk kesihatan,dont try it at all)

Berbanding dengan tahun sebelumnya,tahun 2009 menemukan saya dengan ramai kawan dan sahabat dari selurug negara.Dunia pun ada.Dari Australia,Mesir,Kedah,Negeri Sembilan.Anda sebut sahaja(kalau Zimbabwe takdela kot).Perkenalan ini menyebabkan saya rasa lega hati kerana masih ramai yang mahukan kepada kebaikan.Mahukan kepada deen.


Tidak lupa juga tahun ini,bermacam-macam event besar yang menarik telah dianjurkan.Antaranya Save Gaza,Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis,dan bermacam-macam lagi yang banyak sedikit mewarnai perjalanan hidup saya sebagai Danial.Kerana seorang Danial itu mahukan hidupnya menjalani satu kehidupan yang berbeza dan lebih aktif dalam setiap sudut aspek kehidupannya.


(2011 nanti Shah Alam akan menjadi juara KASBI insyallah)

Jadi,untuk tahun yang mendatang,saya berharap,saya AKAN terus mengorak langkah ke hadapan,menjadikan setiap diari kehidupan saya lebih baik,lebih diperbaiki dari semasa ke semasa.Untuk itu doa sahabat dan kawan adalah amat diharapkan kerana semua tahu bukan,doa itu senjata orang mukmin.

What An Excitement



Pendahuluan

Saya tidak sangka sekali.Jumaat hingga Ahad baru-baru ini merupakan cuti saya paling menyeronokkan dan menggembirakan.Selalunya,cuti yang kita biasa sinonim dengan tempat-tempat seperti Langkawi,Australia,Cherating dan sebagainya.Kem Nur Sungai Merab?Jauh sekali.Program cuti saya di Kem Nur Sungai Merab(promo2) kali ini membawakan satu anjakan pemikiran dan paradigma kepada diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan peserta yang lain.

Meskipun sudah ada ketetapan dalam diri untuk mengambil bidang yang saya minati sebelum menyertai kem tersebut,kem ini hanya sebagai taukid untuk saya menjadi lebih bersemangat dan energetik .

Mengisi Ruang Jiwa Yang Lesu

Saya akui setelah lama tidak berprogram secara kerap,terasa seperti wujud satu kekosongan dalam diri.Seperti satu kecacatan yang invisible yang sukar untuk dikesan.Akan tetapi,bila bersama sahabat-sahabat sepemikiran,sehati jiwa,yang masing-masing ingin membawa kebaikan kepada diri dan juga kepada dunia secara amnya.Barangkali saya merasakan itulah tujuan kami menyertai program ini.Bukan sekadar planning kerjaya,bahkan ingin menjadikan diri lebih baik daripada sebelumnya.Selalunya kita biasa dengar bukan rohani dan jasmani ada makanan dia yang tersendiri.2 jenis makanan yang lazat ini kami telah nikmati semasa di program tersebut.


Kita Ada Peranan Masing-Masing

Pada awal-awal program,satu soalan lazim dan wajib wujud semasa kem bermula."Anta nak jadi apa?","Nak pergi ke luar negara ke dalam negara je?" dan sebagainya.Bermacam-macam jawapan timbul.Ada yang mahu menjadi engineer,doktor,pakar komputer dan ada yang tidak tahu apa yang mereka mahu jadi semasa dewasa nanti.Usah risau.Saya yakin dan pasti,setelah ke kem tersebut,wujud satu matlamat dalam diri mereka.Kawan saya yang sebelum ini memamg gila-gila sains,tetapi setelah ke KLS,berubah hati ingin menjadi lawyer.Dan saya juga yakin bahawa,jika kita mendalami sesuatu bidang ketika waktu ini,tidak semestinya kita akan mempraktikkan pada masa hadapan.Ini menunjukkan kita akan mempunyai peranan masing masing yang berbeza kerana jikalau negara kita hanya mempunyai engineer dan doktor semata-mata,saya merasakan negara ini tidak akan ke mana-mana.


Konklusinya,

What an excitement.Betul-betul menghidupkan jiwa yang lesu,yang tiada hala tuju.(dipetik dari status facebook)




Hebahan Kem Lepasa SPM 2009




Salam sejahtera semua..

satu hebahan penting kepada semua..

ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?

ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?

ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?

ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?

ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga, blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?

Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS,ANDALAH YANG KAMI CARI!-

Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi,dunia akhirat InsyaALlah!

Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :

Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?

DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?

TEMUI KAMI SECARA LIVE....

MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI.. .

DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..

INILAH....

Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...

didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5

JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!

"Kem Lepasan SPM 2009"(KLSPM)

Dengan izinNya,satu- satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

LAYARI

www.kemlepasanspm.blogspot.com


akan menggegarkan ANDA pada :

25 - 27 DISEMBER 2009

bertempat di :

Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :

RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)

Anjuran :

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)

penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.

**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok

DAFTARLAH SEKARANG!!!

HUBUNGI wakil KAMI :

EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698

Shah Alam Menggegarkan UKM

Salam, berikut merupakan keputusan kontinjen Shah Alam untuk KASBI

Bola sepak terbuka lelaki:
Harimau Malaya - Kalah di peringkat kumpulan (Ke - 3 kumpulan)
Boleh Je FC - Kalah di peringkat kumpulan (Ke - 3 kumpulan)
Ruhul Jadid - Kalah di peringkat kumpulan (Ke - 4 kumpulan)
The criterion - Kalah di peringkat kumpulan (Ke - 3 kumpulan)

Bola sepak Bawah 21
Hira 1431- Kalah di peringkat kumpulan

Bola keranjang 3 on 3
Kalah di peringkat kumpulan

Bola tampar
Shah Alam A - Ketiga
Shah Alam B - Kedua

Hendak memetik satu hadith yang saya belajar semasa di zaman persekolahan suatu ketika dahulu.Moga boleh diambil ibrah dan lantas dipraktikkan dalam kehidupan sebagai manusia Belia mahupun remaja



Daripada Abu hurairah R.A, Bahawa Rasulullah S.A.W Bersabda: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ” (Riwayat Muslim)

Mohammad Danial b Mohd Asri
Pemain Midfield Harimau Malaya
Team Shah Alam Klang

Ini Jalan Saya 2010

Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009, STAM telah diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar.

Penubuhan Akademi Ikatan Muslimin Perak (AIM) ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang akan mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra-universiti. Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman.

Photobucket


Anda juga berminat?

Boleh hubungi saya di danialarief@yahoo.com ataupun 0139992032.

Juga boleh rujuk kepada laman web ni http://ismaweb.net/v2/Article1514.html

Notis Ringkas Pasca SPM

Barangkali pembaca akan terkejut membaca post ini.Dalam kepala,mesti berlegar-legar ungkapan "Waah..Danial sudah kembali!".

Ya.Danial sudah kembali.Dengan nafas yang segar,menguyah gula-gula Halls perisa mint membuatkan diri ini ber eager untuk kembali menulis.

Mana tidak!SPM yang menjadikan saya berhenti untuk menulis untuk seketika.Bukan tidak boleh menulis,tapi kadang-kadang,kenalah tunjukkan komitmen sedikit bukan?Dalam kata erti yang lain,menampakkan diri ini rajin menelaah kitab-kitab SPM padahal tidak.

Apa-apa pun,saya amat mengharapkan pada diri saya dan keizinan dari Tuhan untuk menjadikan tahun baru ini(hijri) dan tahun hadapan(masihi) ,tahun yang lebih baik dan sentiasa diperbaiki.

Salaam Maal Hijrah

-Danial Al-Asr-
Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores