A New Decade Resolution,Maybe..

Alangkah ruginya jikalau saya mengakhiri tahun ini dengan ketiadaan sebarang posting bukan?

Ya.Rugi.
(minum milo dalam mimpi)

1 Januari 2009 seperti berlaku pada semalam hari.Apabila menjejakkan langkah ke tahun 2009 dengan suatu keazaman dan keyakinan bahawa saya boleh melonjakkan diri saya kepada yang lebih baik.

Namun,saya akui juga,banyak juga rintangan yang dilalui sepanjang tahun ini.Kadang kala ingin saja berputus asa terhadap kehidupan kerana masalah-masalah yang pelbagai tiba-tiba sahaja menyambar pada tahun 2009.Bukan sahaja SPM sahaja yang menjadi taruhan,malah seluruh masa depan bergantung pada tahun ini akan tetapi saya dapat mengharungi cabaran-cabaran tersebut.Masa depan yang saya maksudkan bukan tertakluk kepada result SPM,akan tetapi kepada masalah yang lain.Tidak diceritakan di sini.

Banyak juga kenangan manis tahun 2009 sebenarnya.

(hanookah tidak elok untuk kesihatan,dont try it at all)

Berbanding dengan tahun sebelumnya,tahun 2009 menemukan saya dengan ramai kawan dan sahabat dari selurug negara.Dunia pun ada.Dari Australia,Mesir,Kedah,Negeri Sembilan.Anda sebut sahaja(kalau Zimbabwe takdela kot).Perkenalan ini menyebabkan saya rasa lega hati kerana masih ramai yang mahukan kepada kebaikan.Mahukan kepada deen.


Tidak lupa juga tahun ini,bermacam-macam event besar yang menarik telah dianjurkan.Antaranya Save Gaza,Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis,dan bermacam-macam lagi yang banyak sedikit mewarnai perjalanan hidup saya sebagai Danial.Kerana seorang Danial itu mahukan hidupnya menjalani satu kehidupan yang berbeza dan lebih aktif dalam setiap sudut aspek kehidupannya.


(2011 nanti Shah Alam akan menjadi juara KASBI insyallah)

Jadi,untuk tahun yang mendatang,saya berharap,saya AKAN terus mengorak langkah ke hadapan,menjadikan setiap diari kehidupan saya lebih baik,lebih diperbaiki dari semasa ke semasa.Untuk itu doa sahabat dan kawan adalah amat diharapkan kerana semua tahu bukan,doa itu senjata orang mukmin.

2 comments:

emir.abu.khalil said...

Allahu sahhil laka umuraka ya akhi. teruskan berjuang, meskipun berada di Ipoh. SAK akan merindui enta.

fadhil said...

tak terlupa, ana mngenali enta di tahun 2009 yg mulia ini juga.. moga masih terus brukuhuwah, smpy bila2..

Allhumma innaka ta'lam anna hazihil qulub..