One Night In Gaza







ini satu pengalaman.satu perkongsian






pengalaman berharga.manis dirasa.tenang di hati


didatangi penduduk bumi barakah(palestin).



Isteri kepada As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi






mereka petah berkata-kata sehingga ceritera-ceritera mereka seakan-akan menjadi



satu visual di depan mata-mata yang hadir ke forum baru-baru ini yang sempat saya hadirkan diri.mungkin juga kerana semangatnya saya kerana dihadiri oleh penetap bumi yang dinyatakan oleh Rasullulah sebagai bumi jihad itu.segar bugar dijadikan saya.





Mungkin semua sudah maklum akan kisah-kisah karamah yang berlaku


semasa perang Gaza baru-baru ini yang berlanjut selama 23 hari.Penuh insiden kekejaman,keganasan,ketidakadilan dan lain-lain.






Ini antara isi-isi ucapan yang diberikan oleh Ummu Muhammad:

"Zionis menyangka dengan serangan ini mereka mampu membuat jiwa Gaza kendur dari penentangan (muqawamah), tapi kerana serangan inilah sebenarnya jiwa Gaza semakin kuat ikatannya dengan penentangan (muqawamah) ini. Sesungguhnya Muqawamah ini pasti Mustamirrah (berterusan)! "


"Selama 23 hari Perang Furqan berlaku,para ummahat telah berjaya melahirkan 1300 mujahid baru setelah syahidnya 1000 lebih penduduk Gaza.Ini bukti kekuasaan Allah yang sentiasa bersama kami di Gaza".

Formulanya mudah=we help Allah's deen,Allah will help you.Falaa Ghaalibalakum.


Nasihat mereka kepada kita:



Quran dan Sunnah sebagai pasak kehidupan
Kembali kepada cara/minda para Sahabiyah yang salaf(terdahulu)

Teruskan kehidupan dengan tarbiyah.
Ibu2 mendidik anak2.melahirkan rijal-rijal.mujahid dan mujahidah.
Pemuda-pemuda bangkit dari kelalaian.
Menjadi abid di malam hari dan menjadi asadud da'wah di siang hari

*maaf.saya tidak dapat share gambar kerana ketidaksharpan camera.
camera tak seberapa katakn
boleh diikuti perkembangan terkini di http://infopalestina.com/

Refleksi Cuti Saya

salam ku kirimkan

sedar tidak sedar,pejam celik pejam celik

kita telah sampai ke penghujung rancangan realiti yang berakhir dengan pelbagai ceritera
serta insiden-insiden kehidupan.kehidupan bercuti

saya memang tidak suka akan cuti.

jika ditengok2,dilihat kembali.tiada apa-apa hasil yang besar yang saya lakukan pada cuti penggal ini.malah usaha pun tiada kerana tiada suasana yang dpt mengoptimumkan cuti penggal ini dengan sebaiknya.

skop cuti penggal kali ini cuma terletak dalam lingkungan:-


duduk rumah-->baca buku(sedikit)-->tengok tv-->tusyen-->homework(last minute)-->futsal-
internet of course-->berprogram(jumlahnya amat sedikit)

banyak masa telah dibazirkan,sedangkan masa ditafsirkan oleh Imam Al Banna sebagai kehidupan.kehidupan=nyawa.sampai bila saya hendak membuang nyawa saya.Nampaknya saya belum begitu menghayati(tadabbur)sebetul-betul akan kalam Tuhan dari Surah Al Asr.

gembiranya habis cuti penggal ini

ini satu perkongsian
harap maklum

Action Speaks Louder Than Words




saya ucapkan terima kasih
.:the end:.



Aviation or.........?


Hari ini saya agak pelik.


Semasa dalam dapur,memakan scrambled egg ditambah dengan cheese scallops,

mak saya mulakan pertanyaan.Dia bertanya kepada saya bahawa dia bercadang untuk memasukkan ke Aviation School selepas SPM di Bintulu.Tiada paksaan.Jika sudah graduate dari tempat itu,saya boleh terus bekerja sebagai domestic pilot.Pengajian mengambil hanya 1 setengah tahun dan starting salary sekurang-kurangnya RM 6000.Yuran untuk 2 tahun pengajian adalah sebanyak rm300000.Kebetulan pula institut aviasi tersebut dimiliki oleh kawan kepada mak saya.


Ceritanya di sini,mak saya amat mengharapkan saya agar menjadi orang yang berduit kerana tempoh yang shortcut.


Saya ini manusia juga kadang kala terpesona dengan cakap-cakap emak saya itu.

Bayangkan RM 6000 sebagai gaji,hanya selepas 1 tahun setengah belajar terbang.

Apa-apa pun,saya sudah ada ketetapan saya sendiri.Bukan tidak mahu menjadi orang yang berwang,tetapi kadang,kala(selalunya)orang yang berduit banyak itu tiada keberkatan padanya lantas menjadikan jiwa ini ditarik ketenangan daripadanya.
Mungkin ini akan saya jadikan priority nombor dua.kerana ia adalah harapan mak saya.
Apa-apa sekalipun,matlamat utama yang menjadi priority kerana matlamat utama inilah yang telah lama memandu saya untuk menjadi apa pada pada masa hadapan nanti



Tragedi Berlebam Carlos

Tidak seperti hari-hari biasa,hari itu hari yang istimewa.Lebih tepat malam yang istimewa.

Hari itu hari jumaat.Keluar rumah 6 45 am.Pulang 9 mlm.Baru sahaja habis pulang dari tuitiontes yang memenatkan akal.Alangkah bagusnya jikalau saya diberi sebotol Brands utk diminum.Mungkin dapat menambahkan tenaga.

Saya telah ajak akan Aiman utk ke restoran Carlos Two.Kebetulan pula saya masih belum menunaikan hak perut saya sejak waktu tengah hari.

Nescafe Ice,Milo panas dan Char kuew teow dipesan.Malang sekali,bukan milo yang dibawa,nescafe susu masam yang dibawa.Saya hirup sahajalah..

Ini hiburan yang paling dahsyat.

Sedang asyik menikmati Carlos,tumbuk menumbuk berlaku.Antara seorang Pakcik veteran dan seorang anak muda.Pakcik tersebut telah datang ke Carlos Two untuk membawa pulang ke rumah anak perempuannya yang keluar dengan anak muda durjana.Anak perempuannya memberontak.Anak muda itu tumbuk akan bapa si perempuan itu.Kekecohan bermula.Kerusi terus.terbang.tinggi.

Kasihan akan si pemilik kedai Carlos.Kerugian hanya dibawa oleh pemuda-pemuda sebegitu kepada kedai itu.Pengalaman pertama saya.LIVE.MUBASYIR.LANGSUNG punya SIARAN

ini kisah benar bertarikh 6 march 2009 hari jumaat

Saya Agak Terkilan

diingatkan kepada pembaca
bahawa saya sedang menikmati ais krim lazat ketika menulis post ini

sedikit perkongsian diari bertarikh 2 Mac 2009

saya menulis di dalam diari saya yang tidak pernah wujud sekalipun.
Begini ia berbunyi:-

"Saya tiba di tempat pengajian pada tepat waktunya.cut.cut.cut.cut...
terus sahaja ke main point ceritera.Pengetua SAMTTAJ dijemput ke atas pentas untuk memberi sedikit ucapan berkenaan pelancaran program 3K.cut.cut.cut

Tiba-tiba,beliau berkalam."Mengapa perlu pakai kurta pakistan sedangkan dalam peraturan sekolah tidak termaktub?Selekeh,tidak kemas.Baru buat sesi usrah sekali sudah mula nak pakai baju2 sebegitu.Kamu ingat orang Pakistan hairan ke nak pakai baju Melayu,jadi,knapa kita nak pakai baju Pakistan mereka".

Saya tidak menyangka akan keluar kata-kata seperti itu daripada seorang pengetua.Kata-katanya telah begitu menusuk sesetengah daripada sahabat-sahabat(tabligh) saya yang berada di tempat pengajian yang sama.Inikah realiti guru-guru yang berada di luar ini walaupun bertitle sekolah agama?

Walaupun saya dengan sahabat-sahabat tidak berada dalam satu pemahaman fikrah dan jamaah.Tetapi,mereka tetap membawa risalah Tuhan di tempat/sekolah/asrama mereka.Merekalah yang membawa usaha-usaha dakwah di SAMTTAJ.

ini satu realiti.

*tidak berniat untuk mengecilkan hati mana-mana pihak,terutamanya pihak sekolah.
Tetapi isu ini harus dibangkitkan dan dipertahankan*

Nak Sekali,Mesti Nak Lagi


saya berjalan,saya melihat


diumumkan kepada para remaja yang berumur 13-17 tahun

akan diadakan Karnival Futsal Remaja Kelab Remaja ISMA(KRIM)


Tarikh : 15 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Sport Real Arena, Klang, Selangor
Masa : 8.00 pagi ~ 12.00 tengah hari


PENYERTAAN

Remaja lelaki berumur 13~17 tahun sahaja
1 kumpulan : 7 orang
Yuran : RM70.00 (satu kumpulan)
tarikh tutup pendaftaran:12 Mac

PENDAFTARAN & PERTANYAAN

Abu Aiman : 019-2392274
Anas : 017-6609062

untuk pengetahuan lanjut sila layari http://krimsak.blogspot.com/