Arief oh Arief

Agaknya,betullah kata orang-orang lama,begitu berharganya sebuah masa.Masa itu emas lah,perak,jingga,oren dan sebagainya.Ada yang kata masa itu kehidupan,bak kata Al Banna Hasan.

(Dewan besar di Pusat Islam)


Ya.Betul.Mid Sem Break telah bermula,dan beberapa hari sudah berlalu.

Pada asalnya,saya hendak pergi ke Ipoh untuk beberapa hari,untuk menuntut sedikit ilmu-ilmu agama daripada tok-tok guru di sana.Di sana terdapat beberapa tok guru hebat seperti As-Sheikh Razmi yang asalnya dari Kelate,sekarang menetap di Tambun dan juga Sheikh Shahruzaman yang juga pakar dalam bidang Aqidah.


(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merasmikan penubuhan Dewan Huffaz)


Segala penelitian sudah dilakukan.Rancangan sudah siap sejak beberapa minggu sebelum cuti.Rancang,rancang.Rupa-rupanya,saya terlupa,tidak merujuk kepada penasihat saya di atas sana,bahawa dia juga telah merancang perjalanan hidup saya.Pada 3 bulan akan datang,cuti sem bagi sekolah adik saya juga telah bermula.3 Bulan cuti.Umpama cuti mahasiswa universiti.

Adik berumur 11 tahun,tidak pandai memasak Mee Sedap(keluaran WINGS) jikalau dia kelaparan.Tapi itu tidak mengapa,jikalau dia tidak reti memasak,biasanya parents akan memberi dia duit dan order pizza dan sebagainya.Natijahnya,saya boleh melihat dia semakin comel montel.


(Pengetua Darul Quran berucap,ada pengetua ye?)

Setelah beberapa hari cuti,rutin harian,sama.Internet.Buku.Bola.Itu saya.Adik saya,facebook,chatting dan xbox.Bukan hendak memalukan adik saya,hehe,tetapi sangat kelakar apabila melihat adik saya berfacebooking tanpa memakai baju.Itu selepas mandi.Hendak cerita bahawa kritikalnya seseorang boleh terjadi ketika waktu-waktu cuti sebegini

Harap-harap minggu dapat saya pergi ke Ipoh untuk bertalaqqi dengan Sheikh-sheikh tersebut.Ipoh,doakan kedatangan saya dengan selamat.

2 comments:

Ramadhan Aldin said...

jom mai sini

danialarief said...

sori la bro..tak dpt mai...sibuk kat kl..haihhh...

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores