disimpang raya.ramadhan 1429 dikenangi

~salam coretan ukhuwah~







isu pilihan

ramadhan telah berlalu.meninggalkan diri.meninggal setiap individu.sedih dan pilu rasanya kerana dia meninggalkan kami.KERANA APA?




kerana tiadalah lagi Sahur yang bercirikan ala-ala catering di masjid negeri

kerana tiadalah lagi Iftar yang bercirikan ala-ala buffet di hotel-hotel


kerana tiadalah lagi morey yang disediakan oleh pihak masjid




wahai bumbur lambuk dihias daun hijau.selamat tinggal

wahai kurma comel yang diderma oleh para penderma yang ikhlas.selamat tinggal




pilu.haru.hiba.dan ape2 perkataan lah yang boleh diungkapkan di sini sebagai meratapi pemergian ramadhan yang dicintai.




berikut adalah peristiwa bersejarah pada bulan ramadhan 1429:-







  1. kemalangan antara skuter nouvo penulis dengan si cina berkereta waja di jalanraya


  2. pembedahan major dilakukan terhadap penulis di Ampang Puteri Specialist Hospital


  3. majlis iftar perdana diadakan di Hira Shah Alam


  4. program iktikaf di masjid negeri anjuran Guru Tarbiyah institusi assyakirin


  5. baju batch form3 siap dan komisennye..besar


  6. pemergian arwah Ukh Siti Hajar binti Izham anak kepada Pengerusi Institusi Assyakirin.semoga pembaca dapat membacakan al fatihah dan menyedekahkan kepadanya


  7. terlupa hendak tulis di atas.pemergian Mak Cik Azah.kawan kepada ibu penulis dan beliau meninggalkan 5 ke 7[tak ingat]anak-anak yang inshallah mendoakan ibunya.dengan sepenuh2 doa.


  8. ....................................................................................................




banyak peristiwa sebenarnya yang telah mengambil tempat.tetapi tidak mahu dikongsikan.kerana rasa kedekut dan malas serta merasakan tidak perlu dan penting untuk penulis menuliskannya.mungkin rasa menyesal kerana tidak dapat memanfaatkan sebaik-baiknya peluang ramadhan yang diberikan seluas-luasnya kepada penulis.





penulis hendak mengajak diri penulis sendiri serta kepada ikhwah & akhwat untuk meneruskan jihad tarbiyah sepertimana yang berjaya dilakukan pada bulan Ramadhan.hendak memetik kalam seorang senior hira dahulu tetapi diubah sedikit matannya dan ia berbunyi begini.



"Ramadhan bukan lah segalanya.tetapi ramadhan lah bermula segala-galanya"



moga kita telah melalui ramadhan dengan janji yang dikatakan Rasulllah di mana di awal bulan dilimpahi rahmah,pada pertengahan pengampunan dari tuhan serta paling penting penjauhan dari api neraka.inshallah.



bersambung pasca hari raya........





SEKADAR CORETAN







Iltizam Ramadhan 1429

iltizam ramadhan 1429
(diatas edisi khas,bukan yg terbaru)

muat turun sekarang

sampai jua.namun


"Allahu yubaarik fiina barakatan kabiratan li'malina wa da'watina"
[fastabiqul khairat]
melangkah jauh
membawa diri
mendidik jiwa
meransang minda
BERHIJRAH
di bulan penuh barakah
selamat menjalani persekolahan ramadhan
percuma
istimewa tiada bandingan
satu permulaan.satu kemenangan
bagi yang menghayatinya

tribute to bro hakim.lelaki helang

sekadar perkongsian.kerana bak kata seorang sahabat.dabelm(alias dia) dia berkata:-

"Sharing is caring,caring is gheying"(tak begitu faham)







seorang sahabat[abg hakim] memberi peringatan dengan smgtnya:















Ada seekor burung helang.Burung helang baru sahaja berumur 30-40 tahun.Mengikut kajian sains, helang dikatakan boleh hidup sehingga 80 tahun[berapi-api].Sesampai sahaja umur 40 tahun, burung helang tersebut boleh dikatakan agak tidak bermaya kerana memang secara semula jadinya burung tersebut akan jadi begitu.Malah fizikalnya akan turut berubah.Kukunya akan jadi lembik,paruhnya akan mencecah hingga ke lantai dan malah sayap-sayap tidak berupaya menerbangkan burung itu tinggi-tinggi.tidak seperti zaman-zaman muda dahulu.



Lalu burung helang tersebut berjumpa dengan guru nya(goreng2 sket) untuk meluahkan perasaannya terhadap keadaannya yang sebegitu rupa.Burung helang itu mahu menjadi muda kembali lalu pun di'briefing'kan akan cara atau method dalam mengembalikan keadaannya seperti di zaman2 mudanya yang indah.nostalgia.indah dikenang,rupa2nya tidak ubah seperti parit longkang.antara perkara yang dibriefingkan kepadanya ialah:-










  • pergi ke gunung yang tertinggi[boleh tahan lagi]

  • paruh mesti ditanggalkan[u can imagine yourself]

  • tanggalkan bulu2[sdgkn bulu ayam dicabut melompat2 mcm nak tergila]

  • tanggalkan kuku[eiiiiii]

  • diami tempat itu selama 30 hari[gile tak crazy,cold badai]





dalam proses ini burung memulakan aksi ngeri dengan menanggalkan paruh dan seterusnya.semua itu dilakukan dengan penuh mujahadah dan kesabaran.Dalam masa 30 hari,wajah burung helang itu berubah 180 degree.dari tak bermaya menjadi 'tongkat ali'.kuku bertukar jd parang.tajam.bulu2 jadi lebat.tip top.hebat tak hebat!!!!









quiz trivia ramadhan.menangilah hadiah terhebat sepanjang zaman tiada tolok bandingannya di atas wajah muka bumi ini.sila jawab dalam hati semata mata + akal.


soalan pertama

siapa anda dalam cerita tersebut?

soalan kedua

apakah bulan pd tempoh 30 hari tersebut?












jadilah orang yang ada fikiran lantas berfikir









selamat menjalani bulan penuh brain/heart wash



selamat menunaikan kewajipan ibadah puasa di bulan kareem ini



moga kita menjadi pemenang pada tahun ini.



*jgn bg org lain mng*

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores