disimpang raya.ramadhan 1429 dikenangi

~salam coretan ukhuwah~







isu pilihan

ramadhan telah berlalu.meninggalkan diri.meninggal setiap individu.sedih dan pilu rasanya kerana dia meninggalkan kami.KERANA APA?




kerana tiadalah lagi Sahur yang bercirikan ala-ala catering di masjid negeri

kerana tiadalah lagi Iftar yang bercirikan ala-ala buffet di hotel-hotel


kerana tiadalah lagi morey yang disediakan oleh pihak masjid




wahai bumbur lambuk dihias daun hijau.selamat tinggal

wahai kurma comel yang diderma oleh para penderma yang ikhlas.selamat tinggal




pilu.haru.hiba.dan ape2 perkataan lah yang boleh diungkapkan di sini sebagai meratapi pemergian ramadhan yang dicintai.




berikut adalah peristiwa bersejarah pada bulan ramadhan 1429:-







  1. kemalangan antara skuter nouvo penulis dengan si cina berkereta waja di jalanraya


  2. pembedahan major dilakukan terhadap penulis di Ampang Puteri Specialist Hospital


  3. majlis iftar perdana diadakan di Hira Shah Alam


  4. program iktikaf di masjid negeri anjuran Guru Tarbiyah institusi assyakirin


  5. baju batch form3 siap dan komisennye..besar


  6. pemergian arwah Ukh Siti Hajar binti Izham anak kepada Pengerusi Institusi Assyakirin.semoga pembaca dapat membacakan al fatihah dan menyedekahkan kepadanya


  7. terlupa hendak tulis di atas.pemergian Mak Cik Azah.kawan kepada ibu penulis dan beliau meninggalkan 5 ke 7[tak ingat]anak-anak yang inshallah mendoakan ibunya.dengan sepenuh2 doa.


  8. ....................................................................................................




banyak peristiwa sebenarnya yang telah mengambil tempat.tetapi tidak mahu dikongsikan.kerana rasa kedekut dan malas serta merasakan tidak perlu dan penting untuk penulis menuliskannya.mungkin rasa menyesal kerana tidak dapat memanfaatkan sebaik-baiknya peluang ramadhan yang diberikan seluas-luasnya kepada penulis.





penulis hendak mengajak diri penulis sendiri serta kepada ikhwah & akhwat untuk meneruskan jihad tarbiyah sepertimana yang berjaya dilakukan pada bulan Ramadhan.hendak memetik kalam seorang senior hira dahulu tetapi diubah sedikit matannya dan ia berbunyi begini.



"Ramadhan bukan lah segalanya.tetapi ramadhan lah bermula segala-galanya"



moga kita telah melalui ramadhan dengan janji yang dikatakan Rasulllah di mana di awal bulan dilimpahi rahmah,pada pertengahan pengampunan dari tuhan serta paling penting penjauhan dari api neraka.inshallah.



bersambung pasca hari raya........





SEKADAR CORETAN







No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores