pertolongan makin hampir?

~salam coretan ukhuwah~










seperti yang diketahui ikhwah,



Israel telah sengaja melanggar perjanjian genjatan senjata yang dilakukannya bersama bersama kumpulan atau faksi-faksi Palestina terutamanya Hamas.Sejak beberapa bulan lalu telah disepakati bersama perjanjian yang dan 'key player' kepada perjanjian ini adalah Mesir.Dalam tempoh perjanjian,keadaan lebih aman berbanding sekarang di mana zionist telah menceroboh kembali dan melakukan serangan secara tiba-tiba dan sangat aggrasive.




Wang dibayar wang.kata dibalas kata.

Dalam kes ini,mujahid-mujahid seperti Hamas di Palestina membalas serangan zionist dengan roket Qassam yang tidak lebih kurang daripada 100 roket.tidak lupa juga kepada faksi Jihad Islami juga telah menyerang balas serangan Zionist dengan beberapa roket Quds ke arah pemukiman Yahudi.





ikhwah,


jika direnungkan kembali,situasi ini tidak berubah seperti pada zaman Rasullah s.a.w yang kita cintai.refresh kembali apabila Rasullah dalam perjalanan ke Mekah dengan niat untuk mengerjakan ibadat Haji terpaksa berhenti di kawasan Hudaibiyah.pendek cerita,Rasullulah mengadakan perjanjian dengan kafir Quraish Mekah.Perjanjian tersebut jika ingat kembali tidak begitu menyebelahi umat Islam.
Perjanjian Hudaibiyyah


masa berlalu.


kafir quraish telah melanggar perjanjian kerana menyerang sekutu kaum muslimin dan akibatnya.....tercetusnya kepada peristiwa fathul mekah.



saya tidak mahu mempredict apa2 kemungkinan.tetapi jika dirujukkan kembali kepada sejarah.segalanya mungkin berlaku.mungkin tidak lama lagi zionist akan berambus pergi dari bumi anbia yang suci.apakah mungkin kemenangan sudah hampir seperti yang diwahyukan oleh Allah dalam surah al baqarah ayat 214.berbunyi:



"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang

kepadamu ujian seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang sehingga rasul dan orang-orang yang beriman berkata

"Bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir

sekadar perkongsian

3 comments:

mind teaser ! said...

wah, ini sangat bagus.
cm lame xterkenangkn cte dlu utk kait ngn zaman kita.
er,btul2 layak ke kte nk trima pangkat dpt syurga cm zaman R cuma sbb kesusahan yg kita rasa ala2 cm kesusahan yg zaman R rase ye?
heh.ini boleh kait sama2 pulak.
sambung2 kait2~

senikehidupan said...

mempredict ada ye?? haha ;)

si berkaca mata said...

heh.kait mengait.mcm menjahit.
mempredict tu satu perkataan yang bakal terbit dalam kamus dewan inshallah pada tahun 2020.