semakin menjadi-jadi di sana

~salam coretan umum~







Seperti yang mana kita tahu.kondisi di Gaza kian parah dan sampai kepada kemuncak.




dengan blockade yang dilakukan regim paling tiada perikemanusiaan.tidak kisah la apa-apa bahan yang disekat dari luar spt bahan api,makanan,ubat-ubatan dan sebagainya.Rakyatnya juga menghadapi situasi mati secara perlahan akibat kekurangan serta kedhaifan yang maksimum.

Ditambah pula dengan kenyataan Menteri Luar Israel yang terang-terang mengistiharkan pembatalan perjanjian genjatan senjata antara faksi-faksi Palestin seperti Hamas dan sebagainya.Kerana sejarah telah membuktikan mereka Yahudi memang tidak dapat menepati janji mereka.Akibatnya gugurnya ramai syuhada' di bumi yang diberkati.


Alloh swt. berfirman :"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” (QS Ali Imran, 3: 169)

tetapi malangnya kebanyakan daripada kita tidak mengambil kisah sekali pun tentang saudara-saudara kita di sana.tidak malukah kita? anak Palestina menyindir kita,termasuk rakyat,pemerintah dan sbgainya kerana ketiadaan sokongan daripada kita kecuali sedikit.

fikir.dimana suis anjakan paradigma kita?sila layari http://infopalestina.com/ms untuk berita terkini

Kem Lepasan SPM 2008 anjuran PEMBINA



Khusus buat semua lepasan-lepasan spm 2008!


Persatuan Belia Islam Nasional sekali lagi akan mengadakan KEM LEPASAN SPM bagi siri yang ketiga.
Program yang bakal memberi seribu satu pendedahan kepada semua bakal penuntut di Universiti dalam dan luar negara, serta panduan dan perkongsian pengalaman daripada penuntut-penuntut dari pelbagai Universiti !


Program ini juga bakal memberi persediaan mental di samping ketenangan fizikal dengan berbagai-bagai aktiviti dan games!



untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari http://kemlepasanspm.blogspot.com

mereka memerlukan kita.

~salam coretan ukhuwah~

sebenarnya tiada apa-apa signifikansi pun dalam menaip entri ini.cuma ingin menunaikan tanggungjawab dalam mengingatkan bersama-sama dalam merealisasikan 'allahu ghayatuna' sebagai matlamat kita yang paling mulia inshallah.

sedikit perkongsian sebenarnya yang dikongsikan.ditujukan lebih-lebih lagi kepada penulis


ikhwah,

setiap manusia itu mempunyai kelemahan dalam bentuk yang tersendiri.tidak semua manusia mampu mencapai ke suatu maqam seperti Rasullulah.oleh itu,jamaah memainkan peranan.bergerak dari satu point yang sentrik.menggerakkan kerja secara jamaie
mengingatkan antara satu sama lain

setelah dikaji-kaji.setelah diperhati,dinilai..
berada dalam lingkungan tarbiyah adalah amat diperlukan.sebab itulah kita dimuliakan oleh Allah dari orang-orang yang tidak berada dalam lingkungan.bukan kerana rasa ujub dan riak.hanya rasa izzah dan i'lak semata-mata kerana pepatah seorang salafussoleh:


"kami dimuliakan oleh Islam"
tetapi ingat!
perlunya ada satu pemikiran yakni pemikiran yang tiada sempadan.biasanya digunakan terma 'open minded' atau 'think out of the box' atau sebagainya.mungkin masyarakat di luar sana tidak mendapat tarbiyah,tetapi apakah hak kita untuk merendah-rendah mereka seperti memandang serong kepada mereka.mengutuk-ngutuk mereka.hanya dengan alasan kita mempunyai added value dalam diri kita.mungkin mereka lebih baik daripada kita.mungkin dalam segi ketakwaan kerana orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang paling bertakwa bukan?mungkin mereka ada apa yang kita tiada,mungkin mereka tiada apa yang kita ada.
Allah pernah berbicara tentang perkara ini dalam firmanNya dalam surah Hujurat.
"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengolok-ngolokkan suatu kaum yang lain
kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang
mengolok-mengolok"-ayat ke 11 surah hujurat
koleksi yang baek.koreksi yang buruk.bersama-sama kita kikis sifat yang dinyatakan di atas
kerana semua itu tidak diperlukan.
sekadar perkongsian

Kem Anak Soleh Permata Hatiku(KASEH)


~salam coretan ukhuwah~
hendak diwar-warkan disini bahawa Persatuan Tenaga Pengajar Sekolah Integrasi Assyakirin akan menganjurkan Program KEM ANAK SOLEH PERMATA HATIKU atau pun KASEH buat julung-julung kalinya.Program ini juga akan dikendalikan oleh beberapa Fesi yang berpengalaman dan sangat berkaliber.
antara pengisian dan program yang akan diadakan adalah seperti:-
  • al quran quotient
  • intelligent quotient
  • spiritual quotient
  • emotional quotient
  • physical quotient

lagi butir-butir program:-

tempat: Sekolah Integrasi As Syakirin, No.14 - 28,jalan balapan 13/32, ss 13, Shah Alam

tarikh: 24 nov - 5 dis 2008

masa: 8.30 am - 5.00 pm ( berulang )

yuran: RM 250.00 termasuk lawatan

Jadi,tunggu apa lagi.daftarkan anak-anak segera supaya mereka dapat melalui satu pengalaman.satu pengalaman yang penuh pengembaraan.penuh suasana tarbiyah dengan harapan mereka akan dapat menjadi penggerak ummah dan generasi harapan pada masa akan datang.

sila hubungi Ust Haez di 0137263560 untuk sebarang pertanyaan lanjut

atau sila lawat http://sekolahintegrasiassyakirin.blogspot.com

pertolongan makin hampir?

~salam coretan ukhuwah~










seperti yang diketahui ikhwah,



Israel telah sengaja melanggar perjanjian genjatan senjata yang dilakukannya bersama bersama kumpulan atau faksi-faksi Palestina terutamanya Hamas.Sejak beberapa bulan lalu telah disepakati bersama perjanjian yang dan 'key player' kepada perjanjian ini adalah Mesir.Dalam tempoh perjanjian,keadaan lebih aman berbanding sekarang di mana zionist telah menceroboh kembali dan melakukan serangan secara tiba-tiba dan sangat aggrasive.




Wang dibayar wang.kata dibalas kata.

Dalam kes ini,mujahid-mujahid seperti Hamas di Palestina membalas serangan zionist dengan roket Qassam yang tidak lebih kurang daripada 100 roket.tidak lupa juga kepada faksi Jihad Islami juga telah menyerang balas serangan Zionist dengan beberapa roket Quds ke arah pemukiman Yahudi.





ikhwah,


jika direnungkan kembali,situasi ini tidak berubah seperti pada zaman Rasullah s.a.w yang kita cintai.refresh kembali apabila Rasullah dalam perjalanan ke Mekah dengan niat untuk mengerjakan ibadat Haji terpaksa berhenti di kawasan Hudaibiyah.pendek cerita,Rasullulah mengadakan perjanjian dengan kafir Quraish Mekah.Perjanjian tersebut jika ingat kembali tidak begitu menyebelahi umat Islam.
Perjanjian Hudaibiyyah


masa berlalu.


kafir quraish telah melanggar perjanjian kerana menyerang sekutu kaum muslimin dan akibatnya.....tercetusnya kepada peristiwa fathul mekah.



saya tidak mahu mempredict apa2 kemungkinan.tetapi jika dirujukkan kembali kepada sejarah.segalanya mungkin berlaku.mungkin tidak lama lagi zionist akan berambus pergi dari bumi anbia yang suci.apakah mungkin kemenangan sudah hampir seperti yang diwahyukan oleh Allah dalam surah al baqarah ayat 214.berbunyi:



"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang

kepadamu ujian seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang sehingga rasul dan orang-orang yang beriman berkata

"Bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir

sekadar perkongsian