Danial Bercerita Tentang Cinta

Terlebih dahulu saya mengucapkan Tasbih dan Hamdallah,merasakan hidup ini sebagai satu manifestasi pengabdian kepada Tuhan yang Maha Pencipta


saya dicelah-celah itu


Barangkali,pembaca akan terwonder-wonder,di manakah saya menangkap gambar seperti ini?Mungkin ada yang tidak berwonder-wonder,tidak kisah pun.

Nampakkah muka saya di celah-celah itu?Pasti tidak akan nampak.

1. Walaupun di dalam bilik kuliah, belajar di tengah-tengah percampuran antara lelaki dan perempuan,alhamdulilah batas sempadan masih dapat dikawal.Malahan,apabila sahaja terjadinya komunikasi dengan perempuan,boleh diekspresikan seperti skru-skru di seluruh badan bagaikan hendak tercabut dengan bunyi yang tidak menyenangkan.Segan silu saya.




pemilik web saifulislam.com


2. Barangkali itu fitrah semulajadi antara opposite jantina.

Barangkali juga,kita pernah mendengar tentang masalah so sial yang berlaku di kalangan remaja-remaja(sekumpulan dengan saya) yang sungguh membimbangkan dan perkara ini dibincangkan di satu kuliah yang baru saya hadiri baru-baru ini,mendengar perkongsian selama beberapa jam oleh Ustaz Hasrizal and the geng.Sangat menarik beliau mengupas tentang isu sosial dan lebih spesifiknya.Cinta.

3. Beliau menceritakan,mind set minda pemuda seperti saya ini dalam memahami maksud cinta adalah sangat jumud dan konservatif.Cinta zaman pemuda seperti saya ini selalunya hanya berkaitan dengan 'aweks-aweks' dan 'coupling'.Konsep cinta yang manis dan suci dikotori dengan pemahaman yang hina dan kejam terhadap perkataan cinta itu.

4. Matlamat tidak menghalalkan cara.Perkara ini selalu berlaku secara kita sedar ataupun kita tidak sedar.Pernahkah kita mendengar istilah-istilah seperti abang angkat,kakak angkat dan sebagainya?Tiada dapat dinafikan.Ustaz Zahirudin(Penasihat I Luv Islam) pula berpendapat bahawa ini helah-helah yang tiada akan kehabisan sampai bila-bila pun.Semuanya hendak di'angkat2'kan.

5. Cinta itu fitrah manusia yang tidak akan pernah berubah.Dahulu datuk kita Adam juga bercinta dengan nenek kita iaitu Hawa.Ya.Ia tidak akan berubah.Anak kecil menangis menandakan ia inginkan susu ibunya bukan?Di kala global warming,saya ke kedai runcit membeli air untuk menghilangkan dahaga saya dengan Gatorade.Itu Fitrah.Berbeza dengan kemodenan materi.Sentiasa mengikut kesesuaian zamannya.

6. Cinta itu juga sebuah perhatian.Kebanyakan daripada kita mesti tahu akan realiti anak gadis sekarang yang kebanyakannya selalu melarikan diri daripada rumah.Mengapa??Tiada perhatian ibu bapa walaakin si pakwa yang lebih memberikan perhatian.Tidak mustahil boleh jadi perkara-perkara seperti ini.

7. Cinta itu satu simptom ataupun satu penyakit?

Kadang kala kita melihat kawan kita tersenyum,tersengeh-sengeh ala-ala monyet,mabuk cinta dengan kekasih.Dapat sahaja message,tersenyum lebar main sakan.Tetapi itukah penyakit ataupun simptom?Ustaz Hasrizal menerangkan lagi bahawa ia adalah sebuah simptom kepada satu penyakit yang terselindung di sebalik diri kita ini.Aqidah.Aqidah dalam konteks keyakinan umum.Saya bagi contoh.Seorang pemandu memakai tali pinggang semasa di jalan raya takut kepada polis yang bakal menyamannya?Padahal polis itu belum ada lagi kelihatan.Sama juga dengan akidah kepada Allah.Kita tidak nampak tetapi kita perlu percaya keterlibatan kita dengan cinta-cinta monyet saduran kehinaan ini bakal dibayar di negeri lain kelak.

8. Seorang peserta program bertanya kepada Ustaz Zaharudin,"Saya rasa cinta kepada aweks dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan".Simple ustaz menjawab.

"Tidak cukupkah cinta Rasullulah dan Allah untuk mencapai kejayaan.Cinta Rasullulah itu sangatlah kamu tidak syukuri sehingga baginda hendak wafat,boleh disebutkan lagi Ummati,ummati.Jangan harap kita dapat bercinta jikalau cinta Allah dan Rasul tidak kita hargai."

Terpaku saya ketika itu.

Saya harap perkongsian ini bermanfaat sedikit sebanyak kepada pembaca seperti saya dan sama-sama kita berfikir.zikir.renung.I advice myself first.Rest of all,its up to you.



No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores