Kacamatahitam Sudah Dibebaskan.

Decent Introduction

Panasnya terik itu.Terik pada 1 Ogos.
Pada mula-mulanya,niat paling besar adalah untuk berjalan-jalan sekitar bandaraya.Maklumlah,saya ini tidak begitu mengerti jalan-jalan rumit yang ada di KL ini.
Pagi kami sekawan 4 orang bergerak ke KL menuju ke central market.Di sanalah segalanya bermula.

central market-----jalan amber--------sogo----------LRT SOGO(jalan raja laut)

Untuk pengetahuan,saya telah mempelajari berbagai nama jalan baru yang sebelum ini tak pernah pun dikunjungi saya.Maklumlah,orang assobiyah Shah Alam/Subang Jaya.
Jalan TAR,Jalan Yap Ah Loy,Jalan Tun Sambanthan..dan bermacam-macam lagi.Tetapi,sebaik tiba di Jalan Raja Laut(LRT Sogo),ini kisah nya....

Before Action
berada di centra market untuk meninjau barang kraftangan

The Raid
Kira-kira pukul 3.58..aduhh..alangkah indahnya saat itu dengan kadar adrenalin dalam tubuh yang meningkat secara mendadak.Pada awalnya,di kawasan sekitar LRT itu sudah tiada orang berhimpun.Saya sudah bersedia untuk pulang ke Shah Alam.Tetiba,polis FRU mula melakukan aksi provokasi terhadap orang ramai.Orang puntang lintang berlari berkeliaran mencari tempat yang selamat.Bagi saya dan Halim pula(seorang sahabat),kami berlari tiada hala tuju,ingin mencari tempat yang safe.Tetapi kami tidak sedar bahawa kami sedang berlari ke arah 6 orang Polis yang membuat satu line untuk menghalang kami daripada berlari.Kami berhenti di hadapan Polis.Kami senyum ala-ala tenang orang yang beriman kepada mereka.Mereka pun senyum sinis kepada kami.Pap!!.digrab nye tangan dan dikasari sedikit dengan menolak cara yang zalim dan dibawa ke trak black maria.


Black Maria

apalah nasib aku ini?aduhai..



danial terus menyenyum lagi.despite oleh penangkapan yang brutal

Malang sekali lagi,saya dan Halim merupakan orang yang terawal ditangkap di sekitar LRT Sogo dan paling awal berada di dalam trak polis.Masa berlalu,seorang demi seorang masuk ke dalam trak tersebut.Kami berkenalan-kenalan.Ada yang tinggal jauh di Dungun dan Seremban.Selebihnya hanya sekitar Shah Alam dan Kuala Selangor.Borak-borak.Tiada perasaan resah mahupun gelisah kerananya semua sudah dijangkan.Saya juga berkenalan juga dengan seorang lepasan STAM yang bakal ke Mesir lepas raya.Bidang syariah.Berbincang tentang STAM dan Mesir merupakan tajuk perbualan utama kami.

Selain itu,saya dan rakan-rakan ditahan Black Maria dari pukul 3.58 sehinggalah pukul 6.Sangatlah lama dan panas yang amat.Sudahlah berwarna hitam,kipas pun ingin ditutupnya.Biadap.Sekitar pukul 6 kami dibawa ke PGA Cheras(Pusat Gerakan Awam).


The
Interrogation



'Si Subra yang sangat gelap'



salah seorang mangsa hak asasi manusia di malaysia


Kedatangan kami ke PGA Cheras disambut mesra oleh Officer Subra 105069.Mukanya tidaklah hensem.Gelap-kegelapan.Beliau menahan kami umpama kami ini pendatang haram dari 'Mongolia' ataupun Indonesia.Dialog yang berlaku antara saya dengan Si Subra:-


Subra:Umur berapa?(sambil mencatatkan nama saya di dalam borang scholarship barangkali)
Danial:18,masih bersekolah..
Subra:U datang KL apa tujuan?
Danial:First saya datang sini dengan kawan-kawan hendak happy2.Shopping.bila sampai je LRT
kena tangkap.Tiba-tiba je.
Subra:U knapa tak cakap kat polis itu?
Danial:Dia dh tangkap,nak cakap cmne lagi(sambil memikirkan Si Subra ini mungkin seorang yang agak dungu juga)


Untung juga dapat berada dalam tahanan Polis,dapatlah juga makan free.Menunya nasi putih disertakan dengan ikan goreng mini dan sup yang tiada rasa.Biasalah,kami kan orang yang hendak diraikan.


Lirih Pembebasan

Setelah berlama-lamaan di tempat tahanan,kami akhirnya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.IC dipulangkan.Ada yang pulang dihantar oleh Polis dengan trak hitam.Disumbat-sumbat penuh seperti kontena di Thailand pada tahun 2004.Semua selamat.


Kepada yang masih ditahan...bertahanlah....
Doa sentiasa mengalir dari kami.Sekian.

saksikan!




13 comments:

emir.abu.khalil said...

"puntang lintang berlari"

i believe it's 'lintang pukang berlari'

|makhlukDIA| said...

banyak jugak kenalan ana yang kena tangkap.masa tu.doakan

Khairul said...

mcm best jer tetiba boley msuk dlm rusuhan. klu aku aku bgi flting kick free jer.. klu dia tnye apasal, mempertahankan diri ;p

Anonymous said...

alhamdulillah..awak selamat...

neway, akak perlu ucap; tahniah!
kerana pernah dan berjaya mengharungi satu detik yg membawa makna dalam hidup.
merasa ditahan oleh polis yg *kejam* xtentu pasal.

dan moga yang lain2 juga dilepaskan dengan selamat. ameen.

-k.salwa-

danialarief said...

to abg azmir:hehe
to afifa:hehe
to hnf:idea gile
to kak salwa:terima kasih(spe kak salwa eh)akak tadika tu ke?

wfhsln said...

wohh..

niat untuk berjalan2..

sekali kena tangkap..


macam xtau je 1 Ogos tu GMI nak buat demo..

ish4..


Tapi Alhamdulillah la dah dibebaskan~

danialarief said...

bak kata guru saya.kalo nk niat.niatla macam2.jadi pedagang niat.so,kat KL pun.adela byk niat masa tu.niat nk jalan2 hirup 'udara segar'.ade niat nk explore KL.ade niat nk rapatkn ukhuwah ngan kwn2..ade niat nk demo(ringan2)

ibnu ramli said...

danial tak sabar nk demo lagi.
haha.

Anonymous said...

saya pernah terdengar sebelum ni, lebih kurang bunyi dia: tidaklah seseorang itu dikatakan sudah benar-benar terjun dalam dakkwah selagi mana dirinya belum masuk penjara.
Kes akhi ni termasuk jugak ke??
hehe..

danialarief said...

wallahu'alam

..::بشرى::.. said...

BERANI sey awak jawab dengan polis tu...hahaha
apa-apa pun,saya bertegas bahawa itu adalah demonstrasi aman,yang jadi tak aman ialah bila polis ngade-ngade wt kacau

danialarief said...

berani?takdela berani mana pun.takut2 juga.beranikan semana yang boleh saja

Anonymous said...

market gle ko..haha

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores