The Definition of Merdekaisme

I still remember those old days,when we have to go to the cyber cafe to use the internet.Then,mama bought our first home PC.Few years later,each of us got our own piece of laptop.That is Merdeka




These are some of the defintion of our Malaysia's independence according to different point of views and way of thinking.
Seorang lelaki bertanya kepada saya,apa itu merdeka?Saya menjawab,kita belum merdeka.Perbualan ini berlaku dalam imaginasii saya.

Aksi-Aksi Ramadhan Saya

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna.Selangkah demi selangkah,setahun pun sudah berlalu.




Saya tahu dan saya begitu pasti lebih 80 peratus orang Islam di Malaysia ini pernah mendengar lirik lagu di atas.Mana tidaknya,bulan Ramadan sahaja,lagu ini penuh sesak memenuhi ruang udara radio-radio aliran utama dan kudus seperti Era,Hot mahupun IKIM.fm.

Jika direwind kembali,sudah beberapa siri ramadhan yang saya sudah lalui,mahupun anda.Setahun demi setahun.Year by year.Bulan ini,bulan Ramadhan.Pejam kelip pejam kelip,Ramadhan lagi.Haihh.Bukan saya hendak mengeluh,tetapi begitu cepatkan masa berlalu.

Saya tidak pasti,sudah baikkah Ramadhan saya sebelum-sebelum ini.Mari kita lihat.

Saya masih ingat lagi,detik-detik dahulu semasa mula-mula berkecimpung dalam bidang ramadhan.Semuanya bermula dari kecil-kecil dahulu.Antara tahun puasa yang 'menarik' ialah pada tahun:-

  • 2000-Membantu ajk masjid munwarah seksyen 27,basuh pinggan.Dipaksa.Masa itu kecil-kecil lagi.Hari terakhir sahur,dapat t-shirt ngan duit RM20(spatutnya RM 30,tetapi ada seorang kawan ambil.Oleh kerana dia lebih tua 3 kali ganda daripada saya ketika itu,saya tidak berani melawan)
  • 2001-Tidak tidur seminggu siang malam,main basikal tengah malam di sekitar kawasan seksyen 27 Shah Alam pada pukul 2 hingga 5 pagi,pergi 7 Eleven dan slurpy semestinya satu kewajipan ketika itu.
  • 2003-Teringat lagi masa ini,mak cik India belakang rumah(tak ingat nama dia,mungkin auntie Murugiah) membekalkan stok mercun yang montok.Mercun bom ada,mercun bola ada,thunderclap.Tiap-tiap hari,duit saku habis terbakar.Bukan main lagi baling mercun ketupat dalam porch rumah jiran-jiran.Nakal masa tu.
  • 2004-Semasa terawih,saya akan ke cyber cafe,berentap mendapatkan gelaran juara Counter Strike.Ketika itu,saya penembak yang handal.
  • 2005-hilan.lupa.ditelan
  • 2006-hilang.lupa.ditelan
Lupa ditelan zaman purba.Bagaimana dengan tahun




2009/1430 h?

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna.Selangkah demi selangkah,setahun pun sudah berlalu.


Seruan Kacamatahitam Kepada Rakyat Malaysia

Salam alaykum daripada H1n1 dan Salam satu malaysia.

Mungkin pembaca akan berasa curious kenapa seruan itu kepada rakyat Malaysia sahaja.Seperti mana yang kita sudah tahu,wabak H1n1 ini merupakan bala berskala global dan antarabangsa melibatkan negara gergasi dan kenit seperti USA,Israel mahupun Malaysia.Malah ia juga boleh dianggap sebagai satu pengajaran dan mungkin ada hikmah di sebalik penularan wabak dangerous ini.

Tetapi,kenapa Malaysia sahaja.

Saya melihat,rakyat Malaysia melihat penularan ini sebagai satu perkara yang remeh temeh terutamanya di kalangan bangsa yang takkan hilang di dunia iaitu Melayu.Ke mana sahaja saya pergi,dari R&R Seremban sehinggalah Mall sekitar Kuala Lumpur dan Johor,semuanya kelihatan tenang bergembira dengan pasangan masing-masing tidak memakai facemask.

Saya juga terfikir,kenapa kadar kematian di Malaysia meningkat secara drastik,sedangkan WHO meramalkan bahawa fatality rate kita adalah rendah tetapi statistik menunjukkan sebaliknya?WHO meramalkan 5000-20000 akan kehilangan nyawa akibat penularan penyakit ini yang dikatakan lebih berbahaya dari virus-virus yang pernah menghantui kita sebelum ini seperti Selsema Burung dan SARS.Jika perkara ini terus berlaku,saya tidak akan terkejut sekiranya angka seperti 5 juta nyawa akan melesap pergi secara katak.

Saya tunjukkan satu perbandingan rate kematian Di Malaysia berbanding dengan negara-negara yang lain.


Country Deaths Total Confirmed Cases Mortality rate(%)
Hong Kong 4 6,417 0.0623
Indonesia 3 812 (11 Aug) 0.3695
Malaysia 51 2,955 1.7259
Philippines 8 3,207 (30 July) 0.2495
Singapore 10 3,071 (11 July) 0.3256
Thailand 97 8,877 (2 Aug) 1.092
Vietnam 2 1,275 0.157
Australia 102 28,987 0.3519
New Zealand 14 2,984 (11 Aug) 0.469


Lihat.The fatality rate mencecah 4 kali ganda di negara kita berbanding negara-negara lain yang dilaporkan mempunyai berkali-kali ganda kes h1n1.Adakah ini satu kebetulan semata-mata.

Jadi,sebagai penulis kepada si-kacamatahitam.blogspot.com,saya menyeru kepada semua pihak termasuk saya sendiri untuk lebih berwaspada dan mengambil langkah-langkah precaution untuk mengelakkan penyakit ini.

Kepada pihak sekolah,terutamanya SAMTTAJ,perlulah disediakan facemask kepada pelajar-pelajar kerana kita tahu di sekolah tersebut terdapat beberapa kes positif h1n1 tetapi tidak ada sebarang tindakan pro aktif yang diambil.

Sedikit kalam dari Tuan Guru Hadi Awang yang saya terbelek-belek di laman web PAS

Sekali lagi,saya menyeru diri saya sendiri.

Komersial Pecah 2009

Barangkali ini iklan yang akan ditunjukkan di Mesir mahupun negara-negara arab lain.Kebarangkaliannya tinggi nian bak kata Hatem.




Ramadhan Kareem - Wallahu Akram!


Targetuna:-

  • Berkesempatan untuk hidup/syahid semasa bulan mulia ini
  • Merasa manisnya Malam 1000 Bulan
  • Mendapat pengalaman baru berRamadhan dalam apa bentuk pengalaman pun
  • Memenangi Anugerah Juara Ramadhan 2009m /1430 h

biiznillah.Ini dia perutusan hari kemerdekaan 52 dari meja pimpinan.Ada masa boleh la jenguk-jenguk.Maklumlah kaliankan semuanya sibuk-sibuk.

Danial Bercerita Tentang Cinta

Terlebih dahulu saya mengucapkan Tasbih dan Hamdallah,merasakan hidup ini sebagai satu manifestasi pengabdian kepada Tuhan yang Maha Pencipta


saya dicelah-celah itu


Barangkali,pembaca akan terwonder-wonder,di manakah saya menangkap gambar seperti ini?Mungkin ada yang tidak berwonder-wonder,tidak kisah pun.

Nampakkah muka saya di celah-celah itu?Pasti tidak akan nampak.

1. Walaupun di dalam bilik kuliah, belajar di tengah-tengah percampuran antara lelaki dan perempuan,alhamdulilah batas sempadan masih dapat dikawal.Malahan,apabila sahaja terjadinya komunikasi dengan perempuan,boleh diekspresikan seperti skru-skru di seluruh badan bagaikan hendak tercabut dengan bunyi yang tidak menyenangkan.Segan silu saya.




pemilik web saifulislam.com


2. Barangkali itu fitrah semulajadi antara opposite jantina.

Barangkali juga,kita pernah mendengar tentang masalah so sial yang berlaku di kalangan remaja-remaja(sekumpulan dengan saya) yang sungguh membimbangkan dan perkara ini dibincangkan di satu kuliah yang baru saya hadiri baru-baru ini,mendengar perkongsian selama beberapa jam oleh Ustaz Hasrizal and the geng.Sangat menarik beliau mengupas tentang isu sosial dan lebih spesifiknya.Cinta.

3. Beliau menceritakan,mind set minda pemuda seperti saya ini dalam memahami maksud cinta adalah sangat jumud dan konservatif.Cinta zaman pemuda seperti saya ini selalunya hanya berkaitan dengan 'aweks-aweks' dan 'coupling'.Konsep cinta yang manis dan suci dikotori dengan pemahaman yang hina dan kejam terhadap perkataan cinta itu.

4. Matlamat tidak menghalalkan cara.Perkara ini selalu berlaku secara kita sedar ataupun kita tidak sedar.Pernahkah kita mendengar istilah-istilah seperti abang angkat,kakak angkat dan sebagainya?Tiada dapat dinafikan.Ustaz Zahirudin(Penasihat I Luv Islam) pula berpendapat bahawa ini helah-helah yang tiada akan kehabisan sampai bila-bila pun.Semuanya hendak di'angkat2'kan.

5. Cinta itu fitrah manusia yang tidak akan pernah berubah.Dahulu datuk kita Adam juga bercinta dengan nenek kita iaitu Hawa.Ya.Ia tidak akan berubah.Anak kecil menangis menandakan ia inginkan susu ibunya bukan?Di kala global warming,saya ke kedai runcit membeli air untuk menghilangkan dahaga saya dengan Gatorade.Itu Fitrah.Berbeza dengan kemodenan materi.Sentiasa mengikut kesesuaian zamannya.

6. Cinta itu juga sebuah perhatian.Kebanyakan daripada kita mesti tahu akan realiti anak gadis sekarang yang kebanyakannya selalu melarikan diri daripada rumah.Mengapa??Tiada perhatian ibu bapa walaakin si pakwa yang lebih memberikan perhatian.Tidak mustahil boleh jadi perkara-perkara seperti ini.

7. Cinta itu satu simptom ataupun satu penyakit?

Kadang kala kita melihat kawan kita tersenyum,tersengeh-sengeh ala-ala monyet,mabuk cinta dengan kekasih.Dapat sahaja message,tersenyum lebar main sakan.Tetapi itukah penyakit ataupun simptom?Ustaz Hasrizal menerangkan lagi bahawa ia adalah sebuah simptom kepada satu penyakit yang terselindung di sebalik diri kita ini.Aqidah.Aqidah dalam konteks keyakinan umum.Saya bagi contoh.Seorang pemandu memakai tali pinggang semasa di jalan raya takut kepada polis yang bakal menyamannya?Padahal polis itu belum ada lagi kelihatan.Sama juga dengan akidah kepada Allah.Kita tidak nampak tetapi kita perlu percaya keterlibatan kita dengan cinta-cinta monyet saduran kehinaan ini bakal dibayar di negeri lain kelak.

8. Seorang peserta program bertanya kepada Ustaz Zaharudin,"Saya rasa cinta kepada aweks dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan".Simple ustaz menjawab.

"Tidak cukupkah cinta Rasullulah dan Allah untuk mencapai kejayaan.Cinta Rasullulah itu sangatlah kamu tidak syukuri sehingga baginda hendak wafat,boleh disebutkan lagi Ummati,ummati.Jangan harap kita dapat bercinta jikalau cinta Allah dan Rasul tidak kita hargai."

Terpaku saya ketika itu.

Saya harap perkongsian ini bermanfaat sedikit sebanyak kepada pembaca seperti saya dan sama-sama kita berfikir.zikir.renung.I advice myself first.Rest of all,its up to you.



'Cinta Kepada Jalan-Jalan Perlunya Pada Monyet'

Program Rehlah Santai Kelab Remaja ISMA Shah Alam


Saya tahu tajuk di atas tiada kena mengena langsung dengan hebahan yang bakal saya hebahkan kali ini.Ini hebahan dia.Di bawah.

Rehlah Kelab Remaja ISMA Shah Alam merupakan antara salah satu wadah kelab ini dalam mengumpul remaja-remaja sekitar Shah Alam untuk bersama-sama dalam satu program yang di dalamnya akan diadakan aktiviti-aktiviti yang menarik. Aktiviti-aktiviti seperti taaruf, merenung ciptaan Illahi dan sebagainya dapat meningkatkan lagi jatidiri yang di dalam setiap remaja Muslim.

Oleh itu, kepada remaja di luar sana, sahutlah seruan ini serta memeriahkan lagi program rehlah untuk kali ini bersama-sama dalam agenda kita membina remaja muslim yang hebat. Butirannya:-

Boys only!!!

Tarikh : Sabtu - 15 OGOS 2009
Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan
Masa : 8.00 Pagi - 6.00 petang
Yuran : RM 20

Kami tidak memaksa bahkan kami sekadar mempromosikan sahaja.Terpulanglah kepada masing-masing.Manalah tahu kalau berminat,bolehlah hubungi nombor di bawah:-

Cikgu Hardi : 019-2039390
Abang Fairul:0136616676

Sebarang masalah mahupun problemekasi boleh lah pembaca rujuk web lawa ini di http://krimsak.blogspot.com/

Kacamatahitam Sudah Dibebaskan.

Decent Introduction

Panasnya terik itu.Terik pada 1 Ogos.
Pada mula-mulanya,niat paling besar adalah untuk berjalan-jalan sekitar bandaraya.Maklumlah,saya ini tidak begitu mengerti jalan-jalan rumit yang ada di KL ini.
Pagi kami sekawan 4 orang bergerak ke KL menuju ke central market.Di sanalah segalanya bermula.

central market-----jalan amber--------sogo----------LRT SOGO(jalan raja laut)

Untuk pengetahuan,saya telah mempelajari berbagai nama jalan baru yang sebelum ini tak pernah pun dikunjungi saya.Maklumlah,orang assobiyah Shah Alam/Subang Jaya.
Jalan TAR,Jalan Yap Ah Loy,Jalan Tun Sambanthan..dan bermacam-macam lagi.Tetapi,sebaik tiba di Jalan Raja Laut(LRT Sogo),ini kisah nya....

Before Action
berada di centra market untuk meninjau barang kraftangan

The Raid
Kira-kira pukul 3.58..aduhh..alangkah indahnya saat itu dengan kadar adrenalin dalam tubuh yang meningkat secara mendadak.Pada awalnya,di kawasan sekitar LRT itu sudah tiada orang berhimpun.Saya sudah bersedia untuk pulang ke Shah Alam.Tetiba,polis FRU mula melakukan aksi provokasi terhadap orang ramai.Orang puntang lintang berlari berkeliaran mencari tempat yang selamat.Bagi saya dan Halim pula(seorang sahabat),kami berlari tiada hala tuju,ingin mencari tempat yang safe.Tetapi kami tidak sedar bahawa kami sedang berlari ke arah 6 orang Polis yang membuat satu line untuk menghalang kami daripada berlari.Kami berhenti di hadapan Polis.Kami senyum ala-ala tenang orang yang beriman kepada mereka.Mereka pun senyum sinis kepada kami.Pap!!.digrab nye tangan dan dikasari sedikit dengan menolak cara yang zalim dan dibawa ke trak black maria.


Black Maria

apalah nasib aku ini?aduhai..



danial terus menyenyum lagi.despite oleh penangkapan yang brutal

Malang sekali lagi,saya dan Halim merupakan orang yang terawal ditangkap di sekitar LRT Sogo dan paling awal berada di dalam trak polis.Masa berlalu,seorang demi seorang masuk ke dalam trak tersebut.Kami berkenalan-kenalan.Ada yang tinggal jauh di Dungun dan Seremban.Selebihnya hanya sekitar Shah Alam dan Kuala Selangor.Borak-borak.Tiada perasaan resah mahupun gelisah kerananya semua sudah dijangkan.Saya juga berkenalan juga dengan seorang lepasan STAM yang bakal ke Mesir lepas raya.Bidang syariah.Berbincang tentang STAM dan Mesir merupakan tajuk perbualan utama kami.

Selain itu,saya dan rakan-rakan ditahan Black Maria dari pukul 3.58 sehinggalah pukul 6.Sangatlah lama dan panas yang amat.Sudahlah berwarna hitam,kipas pun ingin ditutupnya.Biadap.Sekitar pukul 6 kami dibawa ke PGA Cheras(Pusat Gerakan Awam).


The
Interrogation



'Si Subra yang sangat gelap'



salah seorang mangsa hak asasi manusia di malaysia


Kedatangan kami ke PGA Cheras disambut mesra oleh Officer Subra 105069.Mukanya tidaklah hensem.Gelap-kegelapan.Beliau menahan kami umpama kami ini pendatang haram dari 'Mongolia' ataupun Indonesia.Dialog yang berlaku antara saya dengan Si Subra:-


Subra:Umur berapa?(sambil mencatatkan nama saya di dalam borang scholarship barangkali)
Danial:18,masih bersekolah..
Subra:U datang KL apa tujuan?
Danial:First saya datang sini dengan kawan-kawan hendak happy2.Shopping.bila sampai je LRT
kena tangkap.Tiba-tiba je.
Subra:U knapa tak cakap kat polis itu?
Danial:Dia dh tangkap,nak cakap cmne lagi(sambil memikirkan Si Subra ini mungkin seorang yang agak dungu juga)


Untung juga dapat berada dalam tahanan Polis,dapatlah juga makan free.Menunya nasi putih disertakan dengan ikan goreng mini dan sup yang tiada rasa.Biasalah,kami kan orang yang hendak diraikan.


Lirih Pembebasan

Setelah berlama-lamaan di tempat tahanan,kami akhirnya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.IC dipulangkan.Ada yang pulang dihantar oleh Polis dengan trak hitam.Disumbat-sumbat penuh seperti kontena di Thailand pada tahun 2004.Semua selamat.


Kepada yang masih ditahan...bertahanlah....
Doa sentiasa mengalir dari kami.Sekian.

saksikan!




Into The Wild 2007

kehijauan alam,menyejukkan mata kuyu saya.


'God Bless You',barangkali itulah kalam yang akan dilafazkan guru Nasrani saya ketika murid sedang bersin.Pelikkan,sama sahaja maknanya dengan 'yarhamkallah'.Mungkin itu merupakan antara titik persamaan antara agama saya dan agama samawi yang kuno-kuno dahulu.

Tidak dinafikan,memang saya malu.Kadang kala,guru Nasrani saya itu lebih mempraktikkan sunnah nabi daripada saya praktikkan.Kerana dalam agama mereka juga mengajarkan begitu.Contoh ade hadith yang bercerita ttg jikalau kita mengutuk seseorang maka kutukan itu akan kembali kepada kita.Dan guru Nasrani saya itu sering memasakkan lagi hadith(dalam cara yang berbeza) setiap kali beliau masuk ke dalam kelas.



Beliau akan selalu berkata:-




'What goes around,comes around'


Beliau juga kadang kala memberi motivasi yang jarang sekali guru-guru di sekolah beri.Guru-guru di sekolah(kerajaan) selalunya hanya tahu mengcondemn semata-mata.



Beliau juga seperti tahu pemikiran dan hati saya lalu memberi taujih sesuai dengan nya:-


If you want people to love you,you should love yourself.God created us as his most superb masterpiece.Different from all kind of his creation.



Apabila saya terdengar kata-kata ini dari mulutnya,mungkin,dalam kepala saya,mungkin dia ini seorang ahli falsafah agaknya.Belajar di U.K.Energetic.Charismatic.Kalam-kalam motivasi beliau.Namun,teringat juga saya kepada satu kalam agung yang mentaukidkan lagi kata-kata guru saya di atas.-


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ


Banyak lagi contoh kata-kata yang saya malas hendak tuliskan.Cukup-cukuplah tu.

Akhir sekali,beliau juga menasihati saya agar melihat satu filem ini.Filem ini yang mungkin dapat memberi satu suntikan inspirasion kepada saya agar menjadikan hidup saya ini lebih ada harganya dan juga bermakna.Into The Wild(2007).Saya tidak berapa ingat nama pelakonnya tetapi saya sudah menontonnya.Sangat Best.