Kami Bukan Rasis Melayu

Perjalanan kami ke UNITEN dari Akademi Ikatan Muslimin mengambil masa sebanyak 5 jam.Entah mengapa begitu lama masa yang diambil.Mungkin penyinggahan bas ke R&R yang banyak menyebabkan perjalanan tergendala seketika.Basnya juga tidaklah menarik seperti bas yang gah dan eksklusif seperti Plusliner atau sebagainya.Diberi nama Bas Carat.Saya tidak tahu apa itu Carat dan asal usulnya.Agaknya bahasa orang Penghok.Mungkin.


Cerita sebenar di sini,setelah beberapa penelitian dan musahabah,beberapa perkara yang dapat disimpulkan semasa konvensyen Al Banna yang berlangsung dengan gilang-gemilang tadi.Gemilang bukan kerana ramainya yang hadir ke program tersebut,gemilangnya kerana pada hakikat bahawa masih ada rakyat Malaysia yang mengdambakan satu pemikiran,satu ideologi,satu sistem yang syumul,bertindak sebagai nizom kehidupan.


Mungkin terdapat beberapa resolusi yang dikemukan setelah selesai konvensyen,akan tetapi saya ingin menenengahkan 2 aspek paling penting



1)Pembinaan Sahsiah Orang Melayu Muslim

Kita percaya agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam, berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa memimpin dan menerajui risalah Islam.

Di sini ISMA mencadangkan perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi. Berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.


2)Perpaduan Melayu

Antara penghalang besar kepada Melayu hari ini untuk menjadi satu bangsa yang terhormat dan memimpin ialah disebabkan oleh sikap kepartian yang melampau hingga mengakibatkan perpecahan. Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Anfal: 46).

Moga konvensyen ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan dimensi pemikiran ummat yang akan mendatang.Mungkin bukan kepada tempoh masa yang sekejap,tetapi menepati cara yang betul,pada asas yang kukuh.

1 comment:

emir.abu.khalil said...

belum sempurna tulisan enta ni. =) tulislah lagi.

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores