Aman Palestin Menggegarkan Bumi UTP


Sedar tidak sedar,sudah 2 tahun berlalunya perang Al Furqan antara Gaza dan Israel,yang mana sekurang-kurangnya meragut 2000 nyawa manusia yang tidak bersalah,dibunuh secara tidak berperikemanusiaan.Namun,hari demi hari masyarakat antarabangsa terus dilekakan dan dialpakan dengan isu-isu lain yang dihangat-hangatkan lagi oleh media zionist.

Oleh itu,badan NGO seperti Aman Palestin memainkan peranan yang amat penting dan signifikan dalam menyeru masyarakat kita,terutamanya masyarakat Malaysia dalam sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman Zionist Yahudi.

Di sini saya campakkan sedikit gambar-gambar kepada anda semua.

Talk Aman Palestin di Univesiti Teknologi Petronas









AMAN PALESTIN

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006,
pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


VISI

Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini.


MISI

Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.


Objektif

Antara matlamat utama ialah:
  • Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
  • Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
  • Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara.
  • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.
  • Merancang aktiviti secara bersepadu.
  • Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.
  • Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

Aktiviti

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
  • Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.
  • Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
  • Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
  • Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.
  • Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
  • Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
  • Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
  • Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
  • Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.

Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Puasat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg dan Projek Pakaian Musim Sejuk.


Kerjasama

Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO's) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya.

http://amanpalestin.net

3 comments:

H-n-f said...

ko x call pon semalam. adoi. ingat mcm leh jmpe ko lak smlm.

danialarief said...

aku habes kredit kot.hahaha.aku ingatkan kau bz ngan martial arts kt utp tu...

IRC CARNIVAL 2010 said...

MOVIE PREMIERE: EVOLUSI KL DRIFT 2
First screening in UTP and Malaysia on the 23rd February! In cinema: 25th March. 3 Backstage Passes for 3 lucky draw winners! 30 door gifts for 30 early birds! Limited seating, First come first serve basis. Also special appearance by the actors and actresses! www.irccarnival.com

WORD-WITS COMPETITION 2010
Got the wits? Test your general knowledge skills with Word Wits! An Inter-university competition. Represent your university NOW! Participants will obtain certificates from NST! First come first save basis. www.irccarnival.com

PHOTOGRAPHY COMPETITION
Love photography? Display your skills with just one snap! Irresistible prizes waiting! Open for registration. www.irccarnival.com

TRAINING CENTRE
Troubles with assignments and projects? Come for the Online database and Citation training! Certificates from National Library of Malaysia. Only 120 seats up for grab! Hurry and Register NOW, absolutely FREE!Open to ALL! www.irccarnival.com

UTP OPEN CHESS COMPETITION
Which are you? King? Queen? or Pawns? Prepare for the BLACK and WHITE battle in UTP OPEN Chess Competition 2010! Prizes up to RM1750! Ranking points by Malaysian Chess Federation. Certificates provided. Register NOW! www.irccarnival.com

ALSO!

MOTIVATIONAL TALK BY Datuk Sheikh Muzaffar Shukor
www.irccarnival.com