Ya,pening dan serabut.
*Pembaca budiman, sebelum membaca pandangan saya ini, terlebih dahulu diharapkan agar menyimpan sentimen politik kepartian yang saudara miliki, kerana saya menulis atas tiket seorang muslim
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YBSerdangmohonampunSultanSelangor/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhatibakuitaksebutnamaSeriPaduka/Article/
1. Merujuk 2 peristiwa di atas, sebagai seorang Muslim, saya sangat kecewa dengan tindakan rakan seIslam saya yang meletakkan kedudukan Non-Muslim sedemikian rupa.
2. Walaupun dari segi hukum ia tidak bercanggahan, berhujahkan Rasulullah juga pernah mendoakan keIslaman Umar Al-Khattab yang masih kafir dan Abu Jahal. Juga kenyataan bekas Mufti Perlis dalam Malaysiakini tentang hukum orang kafir masuk ke Masjid tidak haram.
3. Namun kita mesti ingat, Rasulullah hanya mendokan orang kafir dalam doa peribadi, bukannya diaminkan seramai 1000 orang!
4. Ia sebenarnya sangat 'signifikan' ataupun ada maksud tersirat yang perlu kita ketahui. Mungkin ramai yang menyedarinya, mungkin juga tidak.
5. Sejak zaman khalifah lagi, doa kepada individu khusus ketika khutbah jumaat adalah batu pengukur kepada wala' sesuatu kawasan kepada seorang pemimpin. Seorang pemimpin yang mana rakyat di suatu kawasan itu angkat kerana ketinggian ilmunya, kehebatan wara'nya. Lalu rakyat Islam di situ akan menyerahkan batang lehernya kepada pemimpin yang dilantik itu. Bermakna mereka memberi kepercayaan kepada khilafah itu untuk mengatur kehidupan mereka. Samada mahu mengutip cukai, mengisytihar jihad, dan sebagainya.
Ketika nama bukan Islam yang disebut ketika Khutbah Jumaat, adakah wala' kita diletakkan di atas individu tersebut? Adakah kita rela hidup kita diatur oleh nya?
Jika tidak pun, layakkah namanya disebut dalam majlis kebesaran umat Islam, di dalam rumah Allah? Seperti mengagung-agung kannya? Dimanakah maruah umat Islam?
6. Ketika bulan Ramadhan, biasanya pihak masjid atau surau akan menjemput penceramah untuk memakmurkan masjid. Penceramah tersebut mestilah mahir dalam ilmu agama, terhindar dari maksiat, dan pandai berbicara. Itu 'standard' bagi aktiviti masjid di seluruh dunia. Ketika Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menjadi 'pentazkirah' di Kajang Sentral baru-baru ini, ia menjadikan beliau sebaris dengan para alim ulama.
Tujuan Allah mencipta bulan Ramadhan adalah untuk memberi galakan kepada umat Islam untuk meningkatkan taqwa. Adakah dengan ucapan orang yang tidak mengenal syahadah mampu meningkatkan taqwa? Sudah tiada lagikah orang Islam yang layak memberi tazkirah di mimbar?
7. Sebagai orang muda, saya melihat peristiwa ini sebagai indikator bahawa umat Islam di Malaysia telah dibutakan dengan politik. Betul, politik adalah sebahagian dari Islam. Tetapi tidak semua perkara boleh dilakukan dalam politik atas nama Islam.
8. Ingatlah kata-kata Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sampai di Baitul Maqdis untuk membukanya: " Kamilah kaum yang dimuliakan dengan Islam". Wahai umat Islam di Malaysia, bangunlah dari tidur dan lihat apa yang berlaku di depan mata!
*Sekali lagi saya menyeru pembaca agar menilai tulisan saya dengan pandangan seorang Muslim yang rasional.
http://heimujahid.blogspot.com
4 comments:
oh, la. ingatkan anta yang tulis. terbeliak mata ana baca. lain kali tulis; sumber : [link] bahagian atas ye. hehe. bagus! syukran.
link selalunye kena bawah..
oh yeke. ok, tapi kalau nyatakan "sumber : __" kan lebih best daripada letak link dan tak kate ape2. sorry la cerewet haha
hahaha.cerewet sungguh.
Post a Comment