Kami Adalah Khaled Saed

Sekali lagi,terdetik jari jemari ini untuk menulis secara rambang.

Pada hari ini sudah bertarikh 14 Febuari,beberapa hari selepas kejayaan menggulingkan sang diktator Mesir Ammu Hosni Mubarak.

Kadangkala timbul persoalan-persoalan seperti di bawah:-
  1. Kenapa nak ambil tahu sangat isu-isu ni?
  2. Sebenarnya siapa dia Hosni Mobarak?
  3. Dan Sebagainya.

Okeylah,macam ni kisahnya.

Kisahnya bermula seperti ini.

  • Pakcik Hosni Mobarak merupakan Presiden Mesir yang keempat tak silap saya semenjak 1981.Sebelum itu,beliau merupakan Ketua Tentera Udara Mesir yang berjaya mengalahkan Israel dalam menawan kembali Semenanjung Sinai pada perang masyhur 6 October

  • Disebabkan kejayaan ini,beliau menjadi seorang national hero,dipuja-puja rakyat Mesir ketika itu.Kemudian juga,Presiden sebelumnya,iaitu Anwar Sadat telah mengangkat beliau menjadi Naib Presiden kepada negara republik itu.

  • Setiap manusia akan menemu ajalnya,lalu presiden Anwar Sadat juga telah menemuinya ketika beliau dibunuh ketika perayaan ketenteraan di Kaherah.Beberapa tembakan telah dilepaskan oleh tentera yang terdiri daripada kumpulan marching.Alasan?tidak puas hati atas treaty yang dilakukan Anwar Sadat dalam perjanjian Camp David anjuran America bersama Israel

  • Hosni naik jadi Presiden.Undang-undang Darurat diperkenalkan.Undang-undang yang mana kerajaan berhak menangkap sesiapa yang disyaki,tanpa soal siasat,dibicarakan di Mahkamah Tentera dan sebagainya.Polis tiada kenal erti belas kasihan.Terdapat sebuah ungkapan daripada rakyat mesir bahawa seorang polis lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.

  • Ramai aktivis politik berhaluan kiri ditangkap,dari pihak sosialis,liberalis mahupun ikhwan sendiri.Semua dipenjarakan tanpa sebab yang munasabah.

  • 30 tahun berlalu,ekonomi Mesir semakin merudun,teruk,hancur.Masalah sosial berleluasa,pengangguran,inflasi,harga barang yang tinggi dan sebagainya menyebabkan rakyat sudah tidak tahan dengan keadaan yang mereka lalui.Cuba bayangkan 30 tahun.

Semasa di Mesir beberapa bulan lepas,saya ada membuat sedikit provokasi kepada guru Bahasa Arab saya.Sahaja ingin melihat respon beliau.Saya menanyakan soalan kepada beliau "Kenapa rakyat Mesir benci sangat pada Hosni Mobarak?Bukankah dia ke yang telah memenangi perang 6 October terhadap Israel?"
Respon yang diberi,tempias lempias atas muka saya.Mungkin selepas ini saya tidak akan menanyakan soalan sedemikian kepada rakyat Mesir,jangan cari nahas.

(mungkin revolusi kali ini antara perancangan rapi pro2 humanisme dan penyembah-penyembah syaitan.mungkin tidak)

Jikalau ada sebarang kekeliruan,rujuklah pada ustaz-ustaz,pakar analisis politik yang lebih mampan.

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores