Jangan Nangis Mesir

1.Alhamdullilah baru sahaja menjejakkan kasut atas tanah air tercinta Malaysia.

2.Perjalanan ke Malaysia dengan beberapa transit di Jordan dan Bangkok agak menyakitkan kerana mengambil masa sangatlah lama.

3.Hmmm..Cairo.Pengalaman di Mesir yang baru saya lalui baru-baru ini,suatu pengalaman yang menarik dan mencabar.Kalau sebelum ini,perasaan Perintah Berkurung dan Darurat hanya berlegar-legar di dalam buku sastera Bukit Kepong dan sebagainya,di Mesir pula,saya baru mengerti apa itu Kod Merah,Kod Kuning,Sekatan jalanraya.

4.Di kawasan perumahan saya,di Hayyu Asyir,Madinah Nasr tidaklah terlibat sangat dengan Demonstrasi melawan pemerintah,tetapi ada sekali itu pada 30 Januari rasanya(jumaat),terdapat satu demo di sekitar Gami' dan Masjid Salam.

5.Balai polis di Hayyu Asyir terbakar,lantas melepaskan semua banduan Mesir.Bersenjatakan dengan pelbagai senjata parang,pisau,pedang malah AK 47,mereka melakukan rompakan sana sini kerana tiada kawalan Polis.

6.Saya sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Mesir pada tarikh saya menghantar kawan saya ke airport.Ditahan di airport,beberapa sahabat saya yang tidak membawa passport telah ditahan polis,dan dibawa ke dalam trak.Saya dengan beberapa sahabat lain yang membawa passport terus meneruskan perjalanan menghantar kawan ke tempat scanning barang.

7.Komunikasi diputuskan selama seminggu menyebabkan kami terputus dengan hubungan luar,cth:sahabat malaysia,mesir,family dan sebagainya yang menyebabkan kami terpinga-pinga,seolah-olah tidak tahu menahu tentang kejadian di Mesir.Rasanya rakyat Malaysia lebih makruf tentang insiden di Mesir daripada kami.Jikalau diteruskan beberapa hari lagi(pemutusan komunikasi),rasanya rakyat Malaysia yang akan membuat demonstrasi.

*sori kelam kabut,idea celaru.

1 comment:

Harith said...

Sudah berdemo pun

http://www.youtube.com/watch?v=HqlD1UsXR_s&feature=player_embedded

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores