Pakcik Nak Buat IC??

It's another day in office.Basically,kerja saya yang kebiasaan di pejabat,adalah untuk melayan pengunjung tetamu yang datang.Selalunya mereka akan ingin meluahkan aduan atau mengisi borang-borang skim yang disediakan kerajaan negeri seperti SMUE,SKW,TAWAS dan sebagainya.

Boleh dikatakan sejak saya mula bekerja di pejabat,tiada lah sangat yang datang ke pejabat membuat aduan.Hanya beberapa orang sahaja.Tidak Ramai.Tapi apa yang berlaku di pejabat pada hari ini satu peristiwa dasyat.

Seorang pakcik datang ke pejabat saya.Beliau ingin meminta sedikit bantuan.

"Dik,pakcik sebenarnya hilang dompet.Dalam tu semua ada ic,kad bank semua.jadi pakcik pun block la kad bank tu takut kalau org nk curi duit .Pastu acik nk buat ic,acik g JPN,denda rm500 tapi pakcik dapat kurangkan jadi rm80,sebab sebelum ni acik dah hilang byk kali.So memang mahal.pakcik nak keluarkan duit dari bank,tapi tak boleh.Pakcik pun bawak skali report polis ke bank,tapi still tak bagi kuarkan duit.So pakcik pergila ke JPN mintak kurang,cerita kisah pakcik,Mak bapak pakcik tkde kat rumah sebab dorang pergi ke Penang.Pakcik terpaksa jual fon pakcik semata2 untuk tambang teksi.Driver tu sanggup tolong beli fon tu rm30.pakcik guna duit tu guna tambang ktm,teksi,turun naik pejabat.Gerakan,DAP,UMNO,semua pakcik pergi untuk mintak bantuan.pakcik ni orang sini dik.Semua orang kenal pakcik di sini,tp tula,pakcik segan nak mintak duit kat kawan-kawan pakcik,malu lah,nak letak air muka kat mana kan.?"

Ini sebahagian daripada cerita beliau kepada saya.Beliau siap menunjukkan surat-surat yang dikeluarkan MAIWP,JPN,Jabatan Kebajikan Negara yang memberi kelonggaran kepada beliau untuk membayar rm80 daripada rm500 yang saya katakan sebelumnya tadi.Beliau siap menulis kisah perjalanan yang sedih ini dalam sebuah kertas.Berbentuk esei.

Saya terus mengangkat gagang telefon.
Saya membuat beberapa panggilan kepada rakan kerja saya di office seksyen 24,mereka memberitahu procedure-procedure.Dan tidak dapat membantu pakcik tersebut.Saya rasa bersalah.Masalah kecil seperti ini menjadi satu benda yang susah untuk diselesaikan.Saya rasa Allah memang benar memberi ujian kepada hambanya kan?Saya masih tidak sangka,akan adanya kes yang sebegini.Ending nya,kita kena borak-borak la kot.

Terima kasih kepada akauntan Kak Saira ngan Pak Hanip yang menjadi hero kepada saya.Lepas ini mungkin ada kes dan ujian yang lebih teruk bakal menimpa saya.

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores