Indahnya Hidup Dicontoh dan Bercontoh.



Contoh

Seringkali kita diperdengarkan dengan kata nama contoh.Kalau ditakrifkan makna kata contoh ini,kita akan mendapati ia bermaksud barang atau sebahagian dari sesuatu yg serupa,semacam, dan keadaannya sama dengan semua sesuatu yang ada,sesuatu yg dapat mewakili sesuatu yang lain kerana sama sifat-sifatnya.Contoh juga bermaksud sesuatu yg akan atau yang disediakan untuk ditiru atau diikuti.Ia mungkin juga bermaksud pola ataupun patern,mahupun model atau tauladan yang diikuti.Ini serba sedikit tentang ma'na dan erti contoh.



Beberapa Contoh

Dalam kehidupan kita di dunia ini,kita tidak lari dari melakukan sesuatu atau perkara tidak kira ia dalam bentuk pelajaran,pekerjaan,sukan,hobi,dan seluruh aspek kehidupan kita.Pelbagai contoh yang kita boleh ambil dalam kehidupan kita,seperti dalam aspek kempimpinan yang ditunjukkan Tun Dr Mahathir mahupun Tok Guru Nik Aziz.Contoh dalam berakhlak seperti yang ditunjukkan Umar Bin Abd Aziz(contoh yang disebut2kan zmn sekarang oleh suatu pihak,disebut2 tetapi tidak diamalkan).Ada juga contoh dalam perniagaan seperti yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan senior-senior saya seperti abang Alwi,abang Mursyidi,Akhi hakeem adzman,soufi anual,nukman halim dan sebagainya.Tidak lupa juga contoh orang yang hebat dalam perniagaan,tetapi tidak beretika dalam menjalankan perniagaan tersebut.Apa-apa yang dirasakan halal,dilanggarnya begitu sahaja.Matlamat menghalalkan cara.Buat dulu cari dalil seperti yang dilakukan sesetengah pihak.


Sejauh mana?

Saudara sekalian,pernah atau tidak kita terfikir sejauh manakah kita dalam meletakkan neraca yang betul dalam memilih dan memberi contoh?Hakikat realitinya,orang-orang kita,masyarakat manusia di Malaysia,terutamanya Melayu Muslim sering tergelincir sedikit dalam menimbang neraca mencari contoh dengan sebaiknya.Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil contoh-contoh hebat seperti daripada Rasullulah mahupun tokoh-tokoh ternama untuk dijadikan praktis.Contoh-contoh bagi mereka hanyalah semata-mata dalam aspek keseronokan seperti penyanyi barat yang dibawa ke I-City.Lady Gaga mahupun Justin Bieber.Kalau bolasepak,dipilihnya Fernando Torres seolah-oleh dia seorang wali Tuhan.Sejauh manakah kebenaran kita dalam memilih contoh?


Bagaimana kita mencari contoh yang betul?




Untuk permulaan,kita boleh mengambil contoh-contoh terdekat,seperti kawan-kawan kita,abang dan kakak kita yang lebih senior.Ini kerana mereka mempunyai pengalaman.Kita juga yang ada pengalaman juga boleh memberi contohKita berkawan-kawan dengan kawan kita yang baik akhlaknya dan yang sejuk mata memandang(jangan fikir lain ye) ^_^.Atau kita juga boleh mulakan diri kita dengan sifat-sifat 10 yang ada di atas.


Jadi apa tunggu lagi.

Jom sama-sama kita hidup bercontoh dan mencontohi.Alangkah indahnya hidup bercontoh.

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores