selesai sudah

~salam coretan ukhuwah~

alhamdullilah.penat.letih.ngantuk.mengekang mata.tempoh yang lama.semata-mata untuk SMA
tidak disangka sebenarnya.tafsir hadith yang kejam.tauhid fiqh yang byk ragam.dan sebagainya.apa pun pejam celik pejam.SMA sudah sampai ke plot peleraian.gembira tak gembira=syukur.Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada pihak SAMTAJ daripada guru hinggalah kepada pelajar kerana memberikan layanan baik kepada saya semasa menduduki peperiksaan SMA.Jazakumullah.

hari ini.hari yang dirasakan seperti hari kemenangan bagi kami.walaupun baru tamat peperiksaan SMA.belum tahu hasil peperiksaan.tidak tentu mumtaz mahupun jayyid jiddan.amat payah.

satu masa pada hari khamis pukul 3.22,saya berjalan-jalan di sekitar alam lain.alam maya.membuka mel.ada satu emel menarik yang hendak dikongsikan.mungkin ramai dah tahu.mungkin tidak.tapi apa-apa pun.moga menjadi satu ********.[isikan sendiri]

bunyinya begini

Nama, rupa dan hakikat

Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Satuperkara yg hanya ada nama maka ia tdk akan mendatangkan faedah ataukesan. Jika menyebut api, maka itu bukanlah api, tetapi percakapantentang api. Percakapan tentang api bukanlah api dan ianya tdk akanmendatangkan faedah walaupunkita bercakap tentang api berjuta kali.Jika kita lukiskan gambar api, maka itu juga bkn api, tetapi ituadalah rupa api. Rupa api tdk akan memberi kesan panas kepada kita. Ianya tdk akan mendatangkan kesan panas kpd sesiapapun yg menyentuhnya.Api yg kecil tetapi ianya adalah api,maka ia blh digunakanutk membakar kayu api dan seterusnya blh digunakan utk memasak makananatau memanaskan badan. Jika api itu api maka ia tentu meah menyala dania mesti panas. Jika ia hanyalah rupa api, maka ia tdk akan panas danianya tdk akan blh digunakan utk memasak makanan atau memanaskanbadan. Perkataan dan rupa tidak mendatangkan faedah sepertimanaperkataan dan rupa api. Kita mesti mendapatkan hakikat api. Kita mestimendapatkan api yg betul. Api yg betul mesti panas dan blh digunakanutk memasak makanan. Jika api itu tdk panas maka iu bknlah api.

Warna atau rupa gula adalah putih. Gula mempunyai rasa yg manis dan jika iadimaskkan ke dalam secawan the, maka teh itu akan menjadi manis. Jika`gula' itu mempunyai rupa spt gula tetapi ia tdk manis, maka sudahtentu ianya adalah bkn gula. Ia mungkin kaca atau garam.Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Agamajuga mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Nama dan rupa agama adalahmudah utk dilaksanakan, tetapi ianya tdk mempunyai kesan dan faedah ygtelah dijanjikan ole Allah SWT. Kita blh memberitahu semua manusiabahawa agama kiat adalah agama Islam dan nama kita adalah nama orangIslam, tetapi itu tdk bermakna bahawa kita mempunyai hakikat agamaIslam di dalam diri kita. Untuk menzahirkan rupa Islam kita blhmenukar pakaian kita kepada pakaian Islam. Kita blh melakukan srtamerta. Tidak perlu mengambil usaha yg lama untuk mengubah rupa kitakepada rupa Islam. Di dalam beberapa beberpa mingu kita blh mempunyaijanggut, berserban dan memakai jubah yg panjang. Kita akan kelihatanseperti seorang yg beragama. Pakaian kitaboleh mirip dgn pakaian Nabis.a.w. Apabila kita blh bercakap tentang agama , membaca Al-Quran dgnbaik dan blh berbahasa Arab, maka kita tentu akan kelihatan sepertiorg yg mempunyai agama yg sempurna.. jika org lain menyangka bahawakita mempunyai agama tetapi kita sendiri tidak beranggapan begitu makaitu adalah kurang bahaya. Apa yg lebih bahaya adalah apabila kitatelah menyangka bahawa diri kita telah mempunyai agama yg sempurna.

Apabila kita mempunyai perasaan seperti ini maka kita tidak akanberusaha lgi untuk membawa hakikat agama yg sebenarnya di dalam dirikita. Pakaian, serban dan janggut kita telah membuatkan kita menyangkabahawa kita telah ada agama. Pada hakikatnya kita baru mempunyai rupaagama tetapi agama yg sebenarnya belum masuk lagi ke dalam diri kita.Usaha yg menekankan kepada rupa agama dengan memberikan kepentingankepada pakaian, janggut, serta purdah tdk akan boleh bertahan lama.Apabila dilanda dengan dugaan atau ujian daripada Allah SWT segalarupa agama itu akan hilang dalam sekelip mata.. kita boleh menukarrupa kiat kepda rupa agama apabila kita mendengar ceramah agam ygbersemangat. Kita tidak boleh mendapat hakikat agama hanya denganmendengar ceramah agama. Ceramah agama yg bersemangat akan dapatmenimbulkan keinginan di dalam diri kita untuk mendapatkan agama.Untuk hakikat agama datang dalam diri kita, maka kita perlumelapanagkan masa, berkorban diri dan harta untuk membuat kerja agama.Untuk hakikat agama datang dalam kehidupan kita, kita perlu membuatkerja agama dengan cara betul dan dengan bersungguh-sungguh. Usahauntuk mendapatkan hakikat agama akan mengambil masa puluhan tahun.Hakikat agama tidak akan datang dengan tiba-tiba di dalam beberapahari. Hakikat agama akan datang perlahan-lahan. Sebelum hakikat agamadatang dalam kehidupan, kita perlu mendapatkan hakikat iman. Untukmendapatkan hakikat iman, sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah mengambilmasa membuat usaha mempertingkatkan iman selama lebih kurang tigabelas tahun. Setelah sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mendapat hakikat imanmaka barulah hakikat agam datang di dalam kehidupan mereka. Amalanagama yg pertama datang dalam kehidupan mereka adalah solah.Walaupun kita ingin membawa agama yang sempurna di dalamkehidupan kita tetapi kita telah lupa untuk berusaha mendapatkan asasagama iaitu hakikat iman atau hakikat kalimah Lailahaillallah. Usahayg kita buat pada masa ini hanyalah untuk meniupkan keinginan kepadaagama, menimbulkan kesedaran bahawa agama itu, penting dan menimbulkanfikir tentang pentingnya iman dan agama. Segala kuliah, forum, ceramahdan muzakarah yg kita adakan hanyalah untuk maksud ini. Selepas kuliahdan ceramah, keinginan dan semanagat kepada agama semakin bertambahtetapi oleh kerana `usaha' tidak dibuat dan masa tidak dilapangkanuntuk membuat usaha maka amalan agama hanya tinggal di dalam semangat,fikir, risau dan keinginan sahaja. Kesan dari ceramah dan kuliah agamayang bersemangat , kita akan mendapat rupa atau bentuk amalan agamatetapi bukan hakikat agama.Agama dikatakan mempunyai hakikat hanya apabila amalan agama itumendatangkan kesan dan faedah kepada yang mengamalkannnya.

Kesan ataufaedah dari amalan agama yang mempunyai hakikat atau `roh' sepertisolah ialah solahnya boleh menarik bantuan Allah SWT serta bolehmenyelesaikan semua masalah dunia dan akhirat. Solah yang mempunyaihakikat akan menyebabkan keinginan untuk melakukan maksiat berkurang.Apabila solah mempunyai hakikat maka ia dapat mencegah kita darimelakukan dosa dan maksiat. Apabila kita hanya mempunyai rupa danamalan agama, maka ianya tidak akan member faedah kepada kitasepertimana rupa api tidak akan member faedah kepada kita sehinggalahrupa api itu bertukar menjadi hakikat. Jikalah rupa amaln agama tidakboleh memberi faedah di dunia tentulah ianya tidak boleh mendatangkanfaedah di akhirat.Apakah faedah solah apabila solah itu ada hakikatnya? AllahSWT berfirman yg bermaksud:`Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solah. Sesungguhnya itu beratkecuali mereka yang kusyuk hatinya.' (Al – Baqarah:45)Allah SWT berfirman lagi yg bermaksud:`Sesungguhnya solah itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar' (Al-Ankabut: 45)Jika solah kita tidak boleh mendatangkan faedah sepertimana dijanjikanoleh Allah SWT, maka solah itu hanyalah rupa sahaja. Ia belummempunyai hakikatnya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan solah yangdikatakan solah oleh Allah SWT . Bersolah sahaja tidak mencukupi. Kita perlu mendapatkan hakikatnya, barulah solah itu memberi kesandanfaedah kepada kita di dunia dan akhirat.

Petikan dari buku "Enam perkara asas kecemerlangan diri" karangan DrNasoha.

jadi sesiapa yang rajin jemputlah ke open house rumah masing-masing.alang-alang jemputlah saya.huhu.seperti "alang-alang celuplah ke pekasam" bak kata seorang sahabat.tribute to ADLI

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores