~salam coretan ukhuwah~saya merasakan masih sempat lagi untuk menceritakan hikayat hari raya yang lepas.
perjalanannya panjang.tapi '
pendek' cerita akan diberi.haha
tiba di
Batu Pahat.aku nampak kilang
Munchy's.menandakan aku sudah berada di bumi 'noh gadut'.terkelip2 mata.baru bangun tidur katakan.sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Johor.tidak boleh tidak.mesti kene tidur.mustahil kalau insan yang bernama
Mohd Danial Mohd Asri untuk berjaga sepanjang perjalanan.
Tiba di rumah
Mak Cik.sudah tentu isteri kepada pakcik saya.
Pak Nana.Datuk Bandar Batu Pahat.lebih dikenali sebagai
Elvis Presley Batu Pahat.kerana minatnya terhadap Elvis seakan-akan taksub dengan nya.besar rumahnya.memang betul-betul istana.tidak begitu cantik.tidak begitu buruk.
tambahan dengan apartment yang baru dibelinya di sebelah rumah.kami 4 keluarga dicampak sana sebagai tempat penginapan.selesa.alhamdullilah.
Gema takbir.beralun-alun.mendayu-dayu kedengaran dari bawah bukit.kerana apartment yang kami duduki terletak di atas bukit2.sayu kedengaran.teringat kembali kepada saudara-saudara yang telah pergi.meninggalkan kami menuju Tuhan.mari kita membaca surah Al-Fatihah dan menyedekahkannya kepada semuat umat Islam.Di Palestine,Morocco,Chechnya,Iraq dan lain-lain.
hilangkan duka buat sementara.sedang bercerita tentang raya.mana boleh sedih.kene la bergembira kan?
subuh yang sejuk.bunyi-bunyian yang pelik didengari.rupa-rupanya ayam berkokok.orang bandar kan.mana ada ayam di bandar.dalam mode yang sangat biasa.boleh la semangat.mandi sunat raya.solat subuh bersendirian.di suatu sudut.kerana semua sibuk menidurkan diri.dibuai mimpi.takut hendak dikejutkan.akibatnya nanti adalah buruk nanti.kena templek sekali.segan
forward 4X
-takbir
-solat raya
selepas sahaja menunaikan solat di Solok.kami pun beraya la.beraya sakan la.duit raya.malang sekali.harapan dipatahkan.apabila beraya.dapatlah sekeping 2 RM.takkan masa Ramadhan sahaja nak infaq banyak-banyak.masa Syawal ni pun kenelah jugak kan.satu peristiwa pelik berlaku semasa dalam proses beraya:-
-beri salam masuk rumah-
-salam tuan rumah lelaki-
-memberi salam kepada tuan rumah perempuan-
seorang makcik.separuh umur.dia hulurkan tangan.gembira betul ni.awal-awal masuk nak bagi duit raya dah.hampa.rupa-rupanya dia nak salam.hah?betul.bersalaman.lain dengan kalimah memberi salam.cukup berbeza.teragak2.serious.terpaku 6 saat.kira lagi saat masa tu.terpaksa lah.demi menjaga hatinya.agaknya saya fobia akan raya.lagi-lagi pada tahun depan
[jemput-jemput lah ke rumah open house masing-masing]tiba..
dah banyak dah raya rumah orang nih.jadi kesudahannya?pulang ke bandar.ke rumah di bandar.Jadi,apa sebenarnya kesudahan perkongsian ini?tak bawa ke mana.malas nak cerita lagi.sebenarnya.semoga kita bertemu di Syawal pada tahun depan yang lebih baik.lebih aksi.lagi-lagi aksi yang 'pelik'
Jadi lah orang-orang yang cemerlang,gemilang,terbilang,pelik dan asing lagi diasingkan
*added value*
sekadar perkongsian