mengapa jadi begitu

~salam coretan ukhuwah~

tarikh itu tarikh yang menarik.
hari itu hari yang meriah.ceria.dalam lautan ukhuwah.bersama-sama ikhwah.
ziarah menziarahi.open house sana dan open house sini.terbaik daiiii............

Ahad 19 Oktober 2008

pada pagi yang enak.huhu.
telah diadakan jamuan raya ISMA kawasan Shah Alam Klang
dikira-kira,ditambah-tambah dan ditolak-tolak.
yang menziarah bilangannya amat menakjubkan.200 orang ke atas.
bermula dengan sesi kata-kata aluan daripada YDP ISMA Shah Alam Klang Dr Amin.
sangat terharu.walaupun tak terharu.
kemudian diikuti dengan sedikit mau'izah dan tazkirah daripada ust Rusydi Alias.hebat kata-katanya.tidak mahu *dikongsi*.4 orang sahabat dari institusi assyakirin juga hadir pada majlis gilang gemilang itu.terima kasih semua.

mendapat makanan.lalu dimakan.sangat lapar.menunggu hampir 1 jam setengah untuk makanan disiapkan.satu pengalaman.

berita terbaru telah tiba di telinga saya.
seorang akh bernama Yamin telah mengalami penyakit mednjsdTIS.tidak pasti apa penyakit itu.tp yang pastinya ia berakhir dengan suku kata 'tis'.otaknye telah dijangkiti virus berbahaya.akibat pencemaran alam sekitar.akibatnya sangat dasyat.ingatannya terhadap semua perkara.0 peratus.saya dengan beberapa sahabat bergegas ke Pantai Medical Centre utk melawat beliau.alhamdullilah semakin pulih and will be fully recovered in a few weeks time.inshallah.

isi penting tulisan ini baru saja hendak bermula

semasa berada dalam perjalanan ke hospital di dalam bas.saya berdiri di depan skrin kaca asiamedia.net.satu benda yang menarik saya dapat semasa menonton skrin kaca yang dikhaskan untuk pengiklanan.apa-apa jenis pengiklanan.satu iklan menarik yang saya usha.
dalam bentuk animasi 3D.terdapat tiga watak.berlatakarkan pemandangan alam semulajadi.di sebuah taman.watak pertama saya gelarkan ia sebagai BIRU kerana seluruh kulitnya yang biru.ia hendak bermain jongkat jongket akan tetapi malangnya tiada orang yang hendak bermain dengannya.

tiba-tiba.muncul 2 watak baru.COKLAT dan MERAH.mereka datang kepada BIRU dan berpura-pura mahu bermain dengan si BIRU.COKLAT & MERAH menaiki permainan tersebut di segenap kawasan permainan.apabila BIRU sudah terangkat.mereka melepaskan diri daripada permainan tersebut dan BIRU pun terjatuh.sangat jahat.

sedih si BIRU.apabila dia mendapat tahu kedua-dua kawannya itu dalam hati mereka hipokrit semata-mata.pasrah.kemudian BIRU lari ke tempat gelongsor untuk menikmatinya pula.sekali lagi COKLAT dan MERAH menggerakkan aksi.mereka berebut-rebut untuk meluncur gelongsor.padahal si BIRU telah sampai dahulu daripada mereka.lalu si BIRU pasrah kembali.

kisah menarik ini hendaklah dikiaskan kepada kita dalam kehidupan seharian kita.
di mana semuanya berpusing-pusing sekitar kalimah 'ukhuwah'.dalam kehidupan seharian.tidak dinafikan kita mampu memperoleh kawan yang ramai.100 orang?200?202.5 kwn?10000 kwn?penting sebenarnya kawan ini.merekalah lingkaran bulatan pelindung kita.satu payung untuk kita berada bawahnya.yang akan menasihati kita dikala kita tersilap dan dinasihati dikala mereka membuat kesilapan

tetapi persoalannya.seramai manakah kawan kita yang sanggup berada bersama kita?dikala senang,mewah ataupun dikala kita ditimpa kesusahan.BERAPA RAMAI?amatlah sedikit sekali kecuali mereka yang benar-benar faham akan apa itu ukhuwah.apa kepentingannya terhadap pembangunan islam yang mulia ini.jangan dibincangkan pasal politik.jikalau ukhuwah tidak terjaga terhadap sesama kawan.

sekadar perkongsian
[gambar akan diupload apabila ada kesempatan]


*lupa

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores