mencuba nasib futsal

~salam coretan ukhuwah~




beberapa hari lepas.saya dijemput oleh sepupu saya untuk bermain futsal dengan nya dengan penuntut-penuntut taylor's college di arena sport planet bersebelahan dengan Sunway Pyramid mahupun Sunway Lagoon.futsal taylors diadakan pada setiap hari isnin,rabu dan khamis.bermula dari 4,30 petang hingga 6 petang.



sampai ke lokasi.dikenalkan kepada beberapa penuntut taylors.



"Hai,im Faruq,im Kumar,im Harith...dan sebagainya",mereka memperkenalkan diri.introduction nyer sangatlah friendly penuh dengat benih-benih kemesraan.

tidak lupa juga kepada penuntut melayu yang ada disana.bro rasydan dan abg kecik berkepala botak.lupa nama nya.semua nyer friendly benar.

dalam setiap perkara yang dilakukan.tidak boleh tidak mesti berpandukan kepada matlamat yang ingin dicapai.bagi saya.matlamat yang ingin dicapai ketika berfutsal dengan mereka ialah untuk mencapai mardahatillah.kemudian untuk belajar berspeaking english.kerana kebanyakan daripada mereka merupakan anak kepada golongan elit negara.ada yang anak kepada datuk dan sebagainya.faham-faham sendiri.dan terakhir sekali untuk observe keadaan muda mudi zaman kini.penuh pancaroba.tension sikit mula lah untuk menghisap rokok.diberi kebebasan sedikit.mula lah dilakukan aksi-aksi kurang menarik dengan jantina yang lawan jenis.

"are u going tonite alief or what?",kata kawannya dengan nada yang hmm..
"yeah baby.lets party n disco tonite"berkata alief dengan berkobar-kobar jiwa.
clubbing dan disco sudah menjadi sebati dengan diri mereka.Coco Bana menjadi teman hidup mereka.Tidak lupa juga Modesto.club-club ternama di lembah klang.cuma dang dut sahaja yang tidak menjadi pilihan.entah kenapa.bagi mereka hidup ini hanya untuk dienjoy semata-mata tanpa difikirkan balasan akibat perbuatan-perbuatan tersebut.

sambung lagi.
terus sahaja ke babak perlawanan futsal
babak yang paling tegang
semasa perlawanan.perkataan **** tidak bole tidak juga mesti digunakan oleh mereke
kerana apa.nafsu marah yang menjiwai diri mereka.seperti yang pernah ditulis oleh senior saya.adakah kita ini thermometer atau thermostat.yang hanyut atau yg control?sila rujuk http://warnahitamputih.blogspot.com untuk penerangan lanjut.mereka terpengaruh dengan kawan sekelas mahupun serumah lalu disebatikan perkataan-perkataan tersebut dalam jiwa lantas keluar lah perkataan yang kurang lazat untuk didengari.hilang mood untuk bermain bola.tapi apakan daya ini saja medium bagi saya untuk bermain bola secara ramai-ramai di hari sekolah.demi mencapai 'qawiyul jism'.

tulisan ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mereka.tetapi sebagai iktibar kepada kita untuk berhati-hati dengan jerat-jerat seperti ini.agar kita bersedia untuk menghadapi cabaran di luar yang genting penuh gangguan dan godaan.terutamanya yang duduk di 'asrama'.bersedialah.sama-sama kita persiapkan diri dengan secukup-cukup tarbiyah dan ilmu untuk meredah apa yang akan kita hadapi nanti.
sekadar perkongsian

No comments: