Sinar Harapan Itu Masih Ada


1. Ini pengalaman baru saya.Saya tidak pernah melihat begitu ramai manusia berbondong-bondong dari seluruh pelusuk negara semata-mata untuk menghadirkan jasad ke satu konvensyen.Saya hanya tersekat bak lori DMG melalui hiruk pikuk traffic jam di satu jalan Subang Jaya menuju ke Federal Highway.Teruk dan tidak relevan sekali perumpamaan saya ini.


2. Saya di sana sebagai peserta juga tidaklah begitu fokus semasa kertas kerja dibentangkan kerana udara yang sejuk nyaman,makanan yang bombastic serta tempat duduk yang empuk menaikkan lagi kadar peratus keinginan saya untuk tidur.hanya seketika.


3. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur Aman Palestin dan kepada pekerja-pekerja mereka yang cekap dan bergaya dalam usaha mereka membawa rakyat Malaysia mengenali hakikat yang selama ini mereka dambakan.

4. Moga negara Malaysia ini disinari kebenaran secerah matahari seperti gambar bergaya KBAZ yang dipaparkan di atas.Moga-moga

5.Secara kasarnya di pandangan kita sememangnya Israel disokong oleh satu ikatan kuasa paksi antarabangsa dalam menggerakkan misi mereka dalam menjatuhkan the bonding of ukhuwah di kalangan ummah.Akan tetapi kita yang bergelar mukmin mahupun pengganti Tuhan di muka bumi yang istimewa ini akan terus disokong oleh suatu kuasa/aturan yang hebat dan berkuasa.Maha Suci Allah. Sehebat mana 'mereka' merancang hebat lagi Allah merancang bukan?

*nombor 1 & 2 rekaan seorang manusia yang penuh dengan tipu helah

*nombor 3 &4,saya betul-betul maksudkannya.





ini ustaz abdullah zaik

dr azzam tamimi membakar penonton?

adakah ini Anugerah Industri Muzik 2009?

1 comment:

emir.abu.khalil said...

"Saya mengucapkan sehebat-hebat ketahniahan kepada pihak"

walaupun anda ikhlas, tidak bermakna bahasa boleh anda rosakkan sesuka hati danial... :D

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores