Jauh Perjalanan,Jauh Pemandangan

Amaran:Penggunaan bahasa saya mungkin tidak seSelangor seperti dahulu kerana saya telah berpindah ke sebuah negeri Perak yang mana penggunaan bahasanya adalah lain sedikit daripada kebiasaan.Jangan terkejut.

Beberapa Muwosafat Al Perak:-

1.Sudah 1 bulan sepuluh hari saya berada di Perak.


2.Kehidupan di sini,tenang.Tiada trafik jam macam di Shah Alam dulu.

3.Medan Selera Sg Rokam.Fresh Orange nya.Cawannya sebesar cawan yang ada di Eropah.Maksud saya,agak besar.RM1.50.Tempat

4.Masjid Jamek Sg Rokam.Orang-orang yang mengimarahkannya.Agak ramai.Solat maghrib sahaja sudah memenuhi 5 barisan.Hebat bukan???cuma 80 peratusnya terdiri veteran-veteran Perang Dunia 2(mungkin)

5.UTP-Program-program menarik di sediakan di sini.17 Feb yang lalu.Sempat juga diketemukan dengan Ustaz Hasrizal dan Ustaz Habiburrahman.Talk mereka mungkin biasa,tapi isinya luar biasa.AMAN PALESTIN juga turun padang di UTP untuk mengadakan talk dan pameran berkisar Palestin.

6.Basikal-Kali terakhir saya menunggang sebuah basikal adalah pada tahun 2005.Tetapi alhamdullilah,ditakdirkan juga oleh Allah untuk kembali dalam arena berbasikal.Basikal menjadi teman ke kedai,kolej,dobi,kedai alat tulis,medan selera,padang.Sedikit fakta tentang basikal saya,basikal saya bukannya basikal yang mahal seperti SHIMANO ataupun LERUN.RM 130(Second Hand).Dilengkapi dengan tempat belakang dan bakul dihadapanya.Sesuai bagi mereka yang tidak gemar membawa beg berat yang mana kitab-kitab boleh diletakkan dalam bakul.

7.Jiran-jiran.Alhamdullilah.Jika di lembah kelang dahulu yang mana rumah saya terletak di sekitar kawasan USJ 12,kebanyakan daripada jiran saya tidak kenal.Mungkin Zouk kejiranan dan semangat rukun tetangga tidak semantap di sini.Di sini,jiran sangat mesra dan sporting.Bekas MB perak pun merupakan salah seorang jiran saya di sini.Sempatlah kami bermesra tempoh hari.

8.Rumah.Rumah saya intinya terdiri daripada kayu kayan,sedikit batu bata dan keluli mungkin.Jangan terkejut,jika saya katakan perkara ini.Rumah saya ada basement.Selama ini kita berbangga dengan basement rumah yang terdapat di USA,usah bangga lagi.Rumah ini kadang-kadang juga menjadi tempat persinggahan makhluk allah.Pernah juga berlaku beberapa insiden kacau-kacau terhadap diri saya.Sediki mulahazat,sebelum tidur,ayat kursi dan 3 Kul itu amat penting.Alhamdullilah,keadaan sudah kembali normal.

*maafkan saya orang perak jikalau saya masih belum menguasai bahasa perak dengan
semantapnya


Ini Semua hanya sebuah refleksi

4 comments:

Unknown said...

moge belajar dngn tenang dan sukses ;)

thaaqhib said...

shah alam jammed?

danialarief said...

shah alam sesak di area proton.sakit..

Khairul said...

aku duk perak pon loghat perak x kemana gak weh. haha.

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores